✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Radix Fried Chicken -RFC-



Alhamdulillah malam semalam saya dan family termasuk abang ipar saya ke MYDIN terbesar di Melaka yang terletak berhampiran MITC. Bukan tujuan kami untuk membeli belah tapi mencari tempat yang terletaknya RFC, Radix Fried Chicken. Alhamdulillah kami dapat menikmati pelbagai makanan di situ. Bangga saya apabila berada di restoran tersebut. Bukannya kerana banyaknya duit saya (ala bukan saya pun yang belanja)..tapi bangga kerana makan di sebuah restoran yang mana pengusahanya adalah saudara seaqidah dengan saya. Yang mana ianya juga di bawah hak milik HPA Industries Sdn Bhd. Terlintas difikiran saya, padan muka kau Yahudi laknatullah. Dah tak ada orang nak makan kat KFC tu. Mudah-mudahan wujudnya RFC di negeri kelahiran saya itu, makin ramailah yang akan meninggalkan KFC yang jelas-jelas lagi hasilnya dikongsi dengan rejim zionis laknatullah.



Ada apa dengan RFC ye? Uniknya ia berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian. Hmm beginalah yang pernah ayah saya sampaikan kepada saya semenjak dia mula menjadi ahli HPA.

Hmm memang sedap. Ramai pula pelangganya di situ. Doa saya, moga ia terus berkembang pesat agar kelak nama Islam juga yang akan tinggi menjulang. Tahniah kepada pengusaha dan kakitangan-kakitangnya. Tidak lupa juga mereka yang makan di situ, secara tidak langsung menyumbang terus kepada ekonomi Islam..

Teringat pula saya kepada insan yang bergelar ayah. Semenjak dia menjadi ahli HPA dan semenjak dia melihat tayangan berkaitan HPA, sekarang ini dia terlalu teliti bab pemilihan makanan. Paling dasyatnya, kami sekeluarga tidak lagi memakan ayam. Tidak kiralah di kenduri kahwin, pasar malam atau di mana-mana sahaja. Ayah saya langsung tidak yakin dengan proses sembelihan ayam tersebut. Takkan lah rumah kami tiada ayam, kalau tidak dah lama ayah saya sediri yang sembelihnya. Yang saya yakin, hanya ayam organik HPA sahaja yang ayah saya boleh terima. Wahh syadidnya ayah saya. Namun saya bangga miliki ayah sepertinya. Tersenyum saya mengingati kata-katanya tempuh hari.

“ Nanti promote HPA kat kawan-kawan, letak kat internet ke, bagitahu semua tentang HPA. Bagitahu kawan-kawan, ayam yang diorang makan tu kadang-kadang prosesnya tidak betul.”

Wahh ayah saya ni, mentang-mentanglah baru jadi ahli, promote habis. Mudah-mudahan kami sekeluarga istiqamah dengan produk Islam ini. Bukan untuk kami sahaja, malah untuk umat Islam seluruhnya. Mudah-mudahan dengan kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam. Terus membangun bersama Islam. Takbir!!

ALLAH LEBIH MENGETAHUI

"Syaza".. 

Dialah anak usrah saya. Saya memanggilnya 'angah'. Istimewanya dia, dia terlalu menyayangi saya. Saya tidak syak lagi, memang ye. Moga sayangnya dia kepada saya hanyalah kerana Allah. Dan dia juga pandai mengambil hati saya sebagai mak usrah. Selepas patner saya keluar dari dq sambung pengajiannya di uiam, semua anak-anak usrah saya hanya memiliki saya mak usrah mereka yang masih berda di dq. Usrah berjalan seperti biasa walaupun kadang kala saya agak sibuk. Namun, ia bukanlah alasan untuk tidak berusrah. Tiba-tiba saya teringat anak usrah saya ini, Angah. Dua bulan yang lepas ada sesuatu yang menimpa saya. Yang saya sendiri tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku pada diri saya. Apa yang saya ingat ketika itu, saya asyik menangis dan kadang kala hilang keyakinan diri. Mungkin masalah--masalah yang menimpa diri saya membuatkan saya jadi begitu. Namun tidak terlambat saya untuk kembali pada Allah. Dan Angah antara insan yang berdamping dengan saya ketika itu.

"Ayong, jangan sedih-sedih ya. Ayong ingat tak lagu yang pernah angah bagi pada Ayong dulu, kalau Angah rasa sedih, sorang-sorang Angah akan dengar lagu tu." Satu masej dari Angah.

Lagu apa ye. Saya pun tidak berapa ingat ketika itu. Bila saya buka kembali peti masuk dalam hanphone saya dan segera mencari nama Angah Syaza. Oh ye lagu ini. Lirik lagu yang Angah pernah bagi kepada saya. Lagu yang dipopularkan oleh Zain Bhikha, ALLAH KNOWS. Pasti ramai yang mengetahuinya. Kadang-kadang lagu-lagu berbentuk ketuhanan juga bole menjadikan kita rasa dekat dengan pencipta. Sejak dari itu saya pula menjadi peminat lagu tersebut. Masej yang disampaikan terkena pada susuk tubuh ini. Saya beriman Allah itu lagi mengetahui segalanya. Segala apa yang berlaku kepada saya. Jadi saya tidak risau, kerana saya miliki Allah. Alhamdulillah pelbagai cara Allah wasilahkan untuk dekat kepadanya lantaran hati kita pula sering mengingatiNya. Terima kasih juga duhai Angahku. Ayong menyayangimu.

ALLAH KNOWS

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada zat yang maha AGUNG, atas nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Puji-pujian inilah layakya hanya pada Yang ESA.. 5 hari lepas blog yang saya cipta pada akhir 2009 telah hilang. Entah apalah yang telah saya lakukan. Awalnya ingin menambah gadget pada blog tersebut, tiba-tiba hilang begitu sahaja. Mungkin ada lagi, tapi ilmu yang cetek tentang IT ini tidak sejauh mana. Biarlah ia hilang di alam maya ini. Hari saya dapat ciptanya kembali. Alhamdiulillah Allah memberi kesempatan kepada saya. Teringat pada cabaran YDP DQ pada semua pimpinan untuk membuat blog. Tercabar juga ketika itu. Dan teringat pula taklifat dari kakak kesayangan saya, ateh fiqa untuk saya membuat blog. Tapi bukanlah saya membuat blog ini kerana mereka berdua,tapi kesedaran untuk menyampaikan dakwah di alam maya ini. Ilmu ini tidaklah banyak mana. Sekadar perkongsian bersama. Mudah-mudahan mendapat manfaat darinya.

-Faqierah ila Rabbi-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...