✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Radix Fried Chicken -RFC-



Alhamdulillah malam semalam saya dan family termasuk abang ipar saya ke MYDIN terbesar di Melaka yang terletak berhampiran MITC. Bukan tujuan kami untuk membeli belah tapi mencari tempat yang terletaknya RFC, Radix Fried Chicken. Alhamdulillah kami dapat menikmati pelbagai makanan di situ. Bangga saya apabila berada di restoran tersebut. Bukannya kerana banyaknya duit saya (ala bukan saya pun yang belanja)..tapi bangga kerana makan di sebuah restoran yang mana pengusahanya adalah saudara seaqidah dengan saya. Yang mana ianya juga di bawah hak milik HPA Industries Sdn Bhd. Terlintas difikiran saya, padan muka kau Yahudi laknatullah. Dah tak ada orang nak makan kat KFC tu. Mudah-mudahan wujudnya RFC di negeri kelahiran saya itu, makin ramailah yang akan meninggalkan KFC yang jelas-jelas lagi hasilnya dikongsi dengan rejim zionis laknatullah.



Ada apa dengan RFC ye? Uniknya ia berkonsepkan restoran makanan segera berlandaskan Syari’ah Islam. Segala aspek keperluan dan kehendak Syari’ah dijamin kualitinya bermula dari bekalan bahan mentah seperti ayam yang diternak sendiri dan diawasi kualiti halal dan kebersihan. Manakala aspek pengurusan dan operasinya mengamalkan prinsip etika pekerja Islam seperti adab dan tatatertib muslimin dan muslimah serta amalan zikir dan sunat sebelum memulakan kerja seharian. Hmm beginalah yang pernah ayah saya sampaikan kepada saya semenjak dia mula menjadi ahli HPA.

Hmm memang sedap. Ramai pula pelangganya di situ. Doa saya, moga ia terus berkembang pesat agar kelak nama Islam juga yang akan tinggi menjulang. Tahniah kepada pengusaha dan kakitangan-kakitangnya. Tidak lupa juga mereka yang makan di situ, secara tidak langsung menyumbang terus kepada ekonomi Islam..

Teringat pula saya kepada insan yang bergelar ayah. Semenjak dia menjadi ahli HPA dan semenjak dia melihat tayangan berkaitan HPA, sekarang ini dia terlalu teliti bab pemilihan makanan. Paling dasyatnya, kami sekeluarga tidak lagi memakan ayam. Tidak kiralah di kenduri kahwin, pasar malam atau di mana-mana sahaja. Ayah saya langsung tidak yakin dengan proses sembelihan ayam tersebut. Takkan lah rumah kami tiada ayam, kalau tidak dah lama ayah saya sediri yang sembelihnya. Yang saya yakin, hanya ayam organik HPA sahaja yang ayah saya boleh terima. Wahh syadidnya ayah saya. Namun saya bangga miliki ayah sepertinya. Tersenyum saya mengingati kata-katanya tempuh hari.

“ Nanti promote HPA kat kawan-kawan, letak kat internet ke, bagitahu semua tentang HPA. Bagitahu kawan-kawan, ayam yang diorang makan tu kadang-kadang prosesnya tidak betul.”

Wahh ayah saya ni, mentang-mentanglah baru jadi ahli, promote habis. Mudah-mudahan kami sekeluarga istiqamah dengan produk Islam ini. Bukan untuk kami sahaja, malah untuk umat Islam seluruhnya. Mudah-mudahan dengan kewujudan RFC adalah satu jihad perniagaan dalam menyediakan makanan dan produk halal kepada umat Islam. Terus membangun bersama Islam. Takbir!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...