✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

SEBUAH PERKENALAN KERANA ALLAH..



"Kakak..kakak..kakak kat mana?"
Satu jeritan seorang banat yg memag cukup2 aku kenali..
Aku lihat kelibat seorang banat bergegas mandapatkan aku.. dengan sapu tangan basah yang digenggam erat olehnya, lantas menyapu muka aku..

“Ahok..ahok..ahok..” batuk aku bertambah kuat. Rasa mahu dimuntahkan sj isi perut waktu itu. Baru sebentar td kami terpisah dr genggaman tgn apbila sbek shj rejim kerajaan laknatullah melepaskan tembakan bom pemedih mata ke arah kami. Pedihnya mencucuk2 ke muka dan seluruh badan. Zalimnya kerajaan.

“Kakak ok x?” aku masih teringat lg nada cemas saat itu.
Lantas tangan yang menyapu muka aku dengan tualanya tadi terus memeluk tubuhku. Kami berpelukan tanda bersyukur karni masih selamat. Alhamdullilah segala pujian untuk Allah..

Inilah kenangan yang msaih segar dalam ingatan aku. Pertama kali aku dipertemukan dengan seorang adik yang benar2 aku cintai kerana Allah. Tidak pernah aku rasai getaran ukwah sehebat ini sepanjang hidupku. Terlalu byk pgalaman dan knangan yg tak bisa aku lupakan..Aku masih teringat pada awal perkenalan kami suatu masa dahulu..

“Assalamualaikum..bole thu x sape ni?
“Dari ayat masej ni macam pelajar sini je..kakak senior ke junior?”

Satu masej yang pertama yang aku terima dahulu.. ape taknya aku yang mula-mula menghantar masej padanya..niatnya ingin mengenali adik-adik yang baru ketika itu. Dan bermula detik itu kami sering ber ‘sms’, bertukar pendapat, berdebat, memberi tazkirah dan sebagainya. Detik pertemuan aku dan dia cuma di rumah Allah, iaitu masjid. Indah sungguh perancangan dan penetapan yg Allah aturkan pada sebuah perkenalan ini. Namun tetap sgr pd ingatan aku, uniknya adik ini dia hanya mahu ber’sms’ shj dgnku tanpa bercakap dan bersua muka. Pernah juga aku brtanya padanya mangapa tidak mahu berjumpa. Jawapan yang ringkas diberikan padaku, dia menghormati kakak-kakak disini. Aneh sungguh jawapannya.

“Saya taknak ckp ngan kakak2, nanti sy lyn kakak ni lebih kurang je.
“Sy takut talk sy nanti ada yg t’kurag ajar. Maaf ye.”

Aku hormati pendiriannya, namun sampai bila perkara ini harus b’terusan. Suatu hari dimasjid sdg aku khusyuk mengaji diruang belakang masjid selepas waktu zohor, adik td melintasi aku. Segera aku menamatkan bacaan dan memanggilnya.

“Adik, nak g mana?”
“Maktabah, ada nak taip sikit.”
“Duduk la dulu, taaruf sikit. Maktabah lama lg tutup.”

Aduhh keluh hatinya. Ah!aku msih t’ingat lagi mimic mukanya yg menahan malu bertemu dgnku ketika itu. Akhirnya aku berjaya memecah tembok malunya pada aku dan kakak2 di dq. Mula saat itu kami sudah bole berckp scra live bila bertemu. Hari demi hari kami laluai pejalanan ukhuwah ini krn Ilahi. Sgla mcm suka dan duka kami harungi bersama sampai la detik ini, usia perkenalan kami genap setahun. Tersenyum aku melihat adik pada hari ini, dia benar-benar seorang yang tabah, jiwanya sufi dan fikrahnya haraki. Moga dialah pendukung agama Allah yang menjadi penyambung kepada rantai-rantai perjuangan Nabi Muhammad SAW. Insya Allah. Dan hinggalah disaat ini kasih sayang kami meruntun jiwa, hangat dalam tarbiyah cinta Ilahi..

APAKAH KAMI BERIMAN?

Aku hayati sungguh-sungguh ayat dari surah ankabut ayat 2. Allah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, kami telah beriman dan mereka tidak menguji.”

Air mata dari tadi terus mengalir deras. Ya Allah tidak mampu lagi rasanya diri ini untuk terus gagah berdiri. Ujian ini sangat-sangat memeritkan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Allah mentarbiyah diriku melalui ukhwah ini. Sejauh manakah hambanya beriman apabila mereka diuji. Ya, Allah menguji aku.

“Apapun berlaku, kakak sabar ye.”
“Banyakkan husnuzhon dengan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya.”
“Biar doa menjadi penghubung antara kita.”

Tanganku digenggam erat. Air mata yang dari tadi mengalir disapu lembut. Seolah-olah aku mendapat semangat yang baru. Ruh tarbiyah meniup memenuhi ruang-ruang hati yang masih lompang. Allah mentarbiyah kami. Sujud terakhirku penuh dengan doa dan pengharapan dari Allah. Hanya Dia sahaja yang dapat menbantuku. Moga ruh mahabbah yang terjalin ini kekal hingga ke syurga serta mendapat naungan mardhatillah.

Inilah ujian buat hambanya yang beriman. Tapi.. Layakkah aku begelar hamba yang beriman?

“KEIMANAN ADALAH PAKSI.”

Inilah hadaf dalam persahabatan ini.












Aku insan yg lemah, Al-faqierah ila Robbi.
Malaysia | KL

Edited pic | 14/04/2013

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...