✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

TANGGALKAN PAKAIAN SYADID!


“Ana nak semua peserta kali ini terutama yang banat, sila tanggalkan pakaian syadid.”

Lantang suara EO dalam meeting kali ini.

“Apa yang tak kenanya ni?” “Dah tu nak pakai apa pulak?” “Bla..bla..bla…???”

Pelbagai persoalan yang timbul dalam soff coordinator banat ketika itu. Berkerut dahi mendangar arahan yang masih kurang jelas penjelasannya.

‘Kita nak berdakwah kena ikut waqie sesuatu tempat. Jangan bawa ‘syadid’ di DQ datang sini. Sila tinggalkan. Ini bukan DQ tapi kawasan Felda. Kena faham sosio budaya kawasan ini…bla..bla..bla…”

“Kalau perlu pakai baju kurung pun itu yang terbaik. Dan jangan terkejut kalau yang banat ni perlu pakai tudung berselimpang zaman sekarang.”

“Tolong tanggalkan pakaian syadid!’ Nadanya kali ini lebih keras berbanding tadi.

Kelihatan banat yang lainnya tunduk membisu. Mungkin tidak tahu untuk membidas hujah-hujah yang dikeluarkan EO sebentar tadi dan mungkin rasa malu yang menyelubungi diri.

Inilah pengalaman baru bagi sesiapa yang pertama kali terjun dalam dunia dakwah ini. Sebelum ini lebih kepada latihan teori dalam kuliah-kuliah dan juga mana-mana tamrin. Namun, kali ini beberapa orang pelajar DQ yang sekaligus menjadi peserta BAKTI HUFFAZ telah menyahut panggilan dakwah ini.

Menyumbang bakti serta mengaplikasi dan menterjemahkan Al Quran kepada masyarakat felda yang memunyai fikrah dan sosio budaya tersendiri adalah suatu perkara yang mencabar. Berbeza dengan masyarakat kampung yang lain.

****

Ya, saya setuju dengan pandangan EO tadi. Namun pada hemat saya, perkara ini perlu diberi perhatian bagi peserta yang baru bertatih dalam dunia berdakwah, seperti saya. Arahan yang dikeluarkan perlu juga melihat kepada para daei. Mereka juga adalah mad’u.

Menagapa saya berkata sedemikian?

Banat misalnya, mereka telah diajar untuk berpakaian mengikut busana syariah seperti berjubah dan bertudung labuh kemana sahaja mereka tuju. Berpakaian selain jubah adalah suatu perkara yang menjanggalkan. Meskipun berbaju kurung dalam kawasan kampus. Lalu, isu ini pula pernah dimainkan dalam usaha PERKEMAT memperkasakan biah solehah. Yang mana sesetengah pihak pernah menyuarakan untuk berbaju kurung dalam kawasan kampus tetapi telah ditolak oleh mereka yang mempertahankan biah solehah.

Persoalannya, adakah berbaju kurung mencacatkan biah siolehah yang sedia ada?

Berbalik kepada masalah sebentar tadi, apabila banat disuruh untuk berbaju kurung, berjubah seluar dan sebagainya sebagai metod untuk mendekati mad’u seperti masyarakat felda, bagi saya ia suatu perkara yang biasa. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang syadid mengenai pakaian.

Apakah mereka jumud?

“Ana tak faham lah, takkan lah sebab ana pakai baju kurung pergi program tu dia boleh jadi tak bertegur dengan ana.” Luahan seorag sahabat saya.

“Tak de lah. Patutnya kita kena kekalkan imej kita sebagai seorang hafizah. Kenapa pulak nak berbaju kurung? Pakai jubah bukan jadi masalah pun.” Jawab seorang lagi sahabat saya membidas persoalan sebentar tadi..

Ini merupakan pandangan syadid sesetengah pihak. Isu pakaian sudah lama dimainkan masyarakat kampus seperti DQ. Berbeza dangan kampus-kampus yang lain.

*****

“Untuk persiapan tempat tadi ada sedikit masalah”

“Disebabkan padang futsal terletak bertentangan dengan kawasan pentas, dan ramai banin sekitar itu menjadikan pergerakan banat sedikit terbatas dan pentas agak lewat dapat dihias ”

Seorang coordinator muslimat memberi sedikit laporan dalam meeting postmoterm.

“Pasai pa pulak terbatas?”

“Kalau banin tak da kat situ, yang ada semua penduduk kampung lelaki, terbatas tak?” Tanya seorang muslimin.

“Sekali lagi ana ulang, sila kerja secara professional, tanggalkan pakaian syadid.”

Suasana meeting yang sebentar tadi agak suram menjadi sedikit tegang. Sekali lagi kelihatan banat tertunduk membisu.


Apakah ini beerti banat perlu menaggalkan pakaian syadid sekali dengan pakaian malunya itu?

Pada hemat saya, ia satu fitrah. Malu berhadapan dengan ajnabi adalah dituntut. Apatah lagi berhadapan dengan muslimin yang dikenalinya. Melakukan kerja-kerja seperti menyapu yang agak membongkokkan badan, berdiri di atas kerusi untuk menggantung atau menampal sesuatu di dinding dan sebagainya yang memerlukan beberapa anggota fizikal bergerak adalah perkara yang sukar dilakukan dihadapan muslimin. Apatah lagi muslimin yang berkerja dengannya.

“Malu biar bertempat ustazah.. professional sikit..”

Tidak cukup professional kah muslimat hari ini? Dalam keprofesionalan mereka dalam melakukan gerak kerja islam tidak akan lari dari sifat malu. Sekalipun siapa jua mereka. Jika diikutkan syadidnya muslimat, saya beranggapan sudah pasti tiada aktivis dakwah muslimat yang akan membantu muslimin dalam urusan gerak kerja Islam. Membantu dalam menyediakan makanan, membancuh air dan memasak untuk mana-mana program (mcm bakti huffaz,.mujur banin bantu sekali bakar lemang ^_^ ) dan sebagainya. Ini reality. Namun, tidak dinafikan ‘profesional’ ini juga harus diselitkan rasa malu. Bimbang pula pergaulan menjadi tidak terbatas dan terlampau. Harus ada sempadannya.

****

Setiap orang memiliki pandangan dan pendapat yang berbeza. Muslimat lebih mengenali muslimat dan muslimin juga lebih mengenali kuam sejenisnya.

Jalan terbaik dalam terjun ke dunia dakwah ini harus disediakan bekalan secukupnya. Agar aktivis hari ini tidak terkapai-kapai dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Pendekatan terbaik perlu diambil kira dalam memenangi hati mad’u. Jangan sampai mad’u lari dari daei.

Justeru, saya menyarankan agar satu taklimat khusus harus didedahkan kepada para daei yang baru bertatih dalam dunia dakwah ini terutama aktivis muda dalam menyertai program-program khidmat masyarakat yang telah diatur perjalan programnnya. Tidak cukup teori-teori dikuliah sahaja untuk bekalan mereka, tapi pengalaman dan ibrah yang bermanfaat harus dikongsikan bersama. Ini perlu agar para daei tidak menjadi shock dengan sesuatu tempat yang baru. Lama-kelamaan perkara ini akan menjadi kebiasaan kepada daei pada mana-mana situasi sekalipun.

Matlamat yang baik mesti mempunyai pendekatan yang baik. Ini akan menjamin kebenaran itu difahami dihayati dan dilaksanakan oleh golongan sasar. Pendekatan dakwah perlu dilakukan dengan cara menyentuh hati. Ia mesti up-to-date, kreatif dan kotemporari.

Rasulullah SAW bersabda:

“Berckaplah mengikut kadar akal manusia yang kamu hadapi.” –Riwayat Al Dailami-

“Permudahkan, jangan kamu menyusahkan.” –Riwayat Muslim-

Belajar dari kesilapan. Ini satu ilmu yang bermanfaat.

Utamakan niat kerana Allah, Insya Allah akan dipermudahkan.

"Ya Allah..janganlah hijab kami menjadi fitnah ke atas kami."



*sekadar pandangan dari saya, muslimah muda yang baru mengenali alam dakwah. Mohon maaf atas kekurangan dan dialukan sebarang komentar.

4 comments:

salam..

masyaAllah tabarakallah..bila baca entry nti kali ni, buat ana teringat balik zaman kat dq dulu..t'senyum sendiri..
semua b'tudung labuh..b'jubah..sejuk mata memandang...

yg sejuk mata memndangnya kita yg phm2 ni...
kalau org yg x phm, mau jadi panas ana rasa..

ana setuju, bila mana kita berada dalam 1 situasi, gabungkan diri kita dengn situasi t'sebut, tapi jgn sesekali mmbelakangkan syariat..
ana ingt smpai sekrg mantan exco badar zaman ana selalu sebut.'berprinsip jgn jumud.terbuka jgn hanyut'..

mgkin cara eo tu bg arahan agak syadid n keras bnyinya..sebb tu ada yg mcm nk bantah..tapi apa yg nk dismpaikan tu betul dah..

alah bisa tegal biasa..
mmg susah, daripada kain kosong, tiba2 ada corak flora..
daripada tdg b'jahit tengah, tiba2 ada brooch di kiri kanan bahu..
apabila situasi memerlukan, x salah untuk beralah kan?..=]
x nafi..kita akan terasa pelik untuk sekali-sekala b'pnampilan mcm tu, tapi kalau yg kita rasa pelik tu yg mmbuatkan mad'u selesa..so?.....

tapi, terpulang...kalau rasa identiti b'jubah dan b'tdg labuh tu dapat bg nmomentum yg sama dgn kalau kita b'pakaian biasa..tafaddhal..lagi kita rasa hepy dak?..=D

~Islam itu mudah..
ni pndpt ana ja ni hazirah...km pun selalu jugak balah bab ni waktu mula2 masuk uia...=D
asif 'ala kulli hal...

 

menarik post hazirah ni..membuatkan akak tersenyum membacenye..hehe..

pertama kali mendangar tentang "pakaian syadid"..

bg akak xsalah nk pakai baju kurung atau tdg simpang..
asalkan identiti kite sbg hafizah xlari..masih dibatasannya..

kdg2 perlu kite pkai bgitu untuk dekati mad'u yg takut dgn pakaian syadid kita..

tu yg dinamakan thabat wa murunah..hukum yg tetap tapi fleksibelkan perlaksanaan untuk mencapai matlamat yg satu..

p/s: mybe cra EO tu sdikit kasar membuatkan ade yg xpuas hati..klo akak kt situ pon mybe trkesan gak rse mrh and then bru smpai mksud releven dr arahan tu..hehe

(^^,)

 

salam ziarah anjang..

tanggalkan pakaian syadid?

erm..btul ckp anjang, pakaian syadid xsama dgn pakaian malu..

malu itu fitrah, lalu menjadikan adkalanya kita dilebel syadid disebabkn terlalu menjaga, walhal sebenarnya kita berasa malu..
tidak biasa dengan keadaan tersebut

1 lg, pakaian syadid itu, tdak smestinya mlambangkan pakaian yang kita pakai, bahkan sikap kita.
andaikata pakaian yang kita sarung itu kelihatan syadid (di mata org trtntu), tapi jika kita pandai memainkan peranan sbg seorg da'ie yang berhikmah mlalui sikap dan akhlaq kita, insya' Allah xda masalah..=)

skadar pandangan..

apa2 pun, pastikan stiap apa yg kita lakukan ada hujjah untk diyakini..

wallahhu a'lam

salam juang ya ukhti!

 

Salam ziarah,

Mabruk wa syukran dpt melaksanakan prgm di kawasan felda...ana selaku anak felda dan membesar dikwasan felda amat memahami waqi' di felda..mayarakat yg krg ilmu islam nya..sosialnya..dsb..mmg memerlukan ksabaran dan strategi berdakwah...smg ia mnjadi pngalamn antum tuk mndepani pelbagai ragam masyarakat..

Wallahua'lam

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...