✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

ARKANU AD DAKWAH


Alhamdulillah wa syukrillah.

Post kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca berkaitan satu tajuk kuliah yang saya dapat dari satu daurah ilmiah baru-baru ini. Alhamdulillah daurah yang telah membuat pengislahan jiwa serta pemurnian fikrah untuk diri saya. Namun, perjalanan untuk mendapatkan ilmu Allah ini punyalah banyak dugaan, lantaran memang sangat menuntut pengorbanan. Hingga satu ketika itu, tiada apa dah dengan saya, duit pun habis, prepaid topup pun kering, duit dalam bank pun selesai. Masya Allah. Bak kata adik beradik seperjuangan saya, kita ni hanya tinggal Allah dan Rasul untuk teruskan kehidupan. Sungguh! Realiti ini saya lalui. Mujur ada mereka, yang sering membantu. Alhamdulillah ya Allah.
Saya lebih dan ingin kaitkan dengan keadaan semasa saya. Maklumlah baru sahaja kaki ini melangkah keluar dq. Lalu, ia mesti dan sangat berkait rapat dengan persedian saya uuntuk menghadapi masyarakat luar, berdakwah dan menyampaikan Islam kepada mereka.
ARKANU AD-DAKWAH
Tajuk ini, kalau perasaan mungkin pernah disampaikan dalam program-program PERKEMAT. Saya pun tak pasti semester berapa ketika itu, sama ada dalam program USRAH, INTERFAME atau mungkin jugak dalam KONVESYEN USRAH. Dan kalau adik-adik persijilan, mungkin dalam THE FAITH atau pun FUTUWWAH. Sengaja ingin mengFRESH kan semula pemahaman dan berkongsi dengan hawariyyun sekalian..
من قال لا اله الا الله فهو داعي
Sesiapa yang telah pun MENGUCAP LAFAZ TOIYYIBAH ini, maka merekalah DAIE. Tertaklif di atas pundak mereka untuk melaksanakan tanggugjawab sebagai seorang pendakwah. Maka di sini, terdapat beberapa khilaf ulama’ meletakkan hukum berdakwah ini. Qaul yang pertama mengatakan bahawa dakwah ini merupakan fardhu ain, manakala qaul yang lain mengatakan bahawa ia merupakan fardhu kifayah, yakni jika ada segelintir dalam satu-satu kelompok itu yang melaksanakan dakwah ini, maka terlepaslah masyarakat yang lainnya. Namun, berbeza dengan pendapat Yusuf Qaradhawi. Beliau mengatakan bahawa dakwah ini WAJIB bagi yang mengetahui tentangnya.
Dr. Kareem Zaidan dalam kitabnya USLUB DAKWAH menggariskan beberapa rukun dakwah sebagai persedian para daie.
1. Al maudu’
2. Ad daie
3. Al mad’u
4. Uslub
Mari kita bahaskan satu demi satu rukun-rukun tersebut.
1. Al maudu’ (tajuk dakwah)
Maudu’ untuk dakwah ini pastilah ISLAM. Ia merupakan satu kewajipan dan suruhan Allah s.w.t. jika terdapat cara yang berkesan dari pihak lain, maka yang tally dengan Islam kita mengambil ia sebagai hikmah. Perkara pertama yang perlu dilihat adalah PRINSIP, dan yang kedua adalah CARA. Jangan menggadaikan prinsip untuk mencapai sesuatu matlamat. Gunakanlah seberapa cara sekalipun agar ia tidak melanggar prinsip asal.
Sebagai contoh, dalam kes pembuangan bayi dan cara penyelesaiannya, terdapat beberapa pendapat pemimpin besar Malaysia berkaitan isu ini:
· Karpal Singh: lelaki dan perempuan yang membuang bayi perlulah di bunuh
· BN: memperkenalkan pendidikan seksual kepada pelajar sekolah
· Tok Guru Nik Aziz: kembali semula kepada rujukan Islam, iaitu hukuman HUDUD
· DPP(Dewan Pemuda Pas): rujuk kembali kepada hukum Islam dan taissiru zawaj (memudahkan perkahwinan). Dengan memperkenalkan NIKAH KHITBAH.
Anda boleh menilai cara yang bagaimana yang terbaik bukan?
Sebagai pendakwah yang lahir dari harakah islamiyah, beberapa persedian ilmu yang sepatutnya dikuasai ialah:
· Ilmu fardhu ain
· Mahir dalam bidang masing-masing (contoh:pengkhususan dalam bidang syariah)
· Fiqh haraki, jamaei dan aulawiyat
· Sedikit ilmu berkaitan dasar-dasar Negara (cth:sukan, ekonomi dll)
2. Ad daie (Pendakwah)
Sifat yang perlu ada dalam jiwa seorang pendakwah adalah sebagaimana yang terdapat dalam ciri-ciri muwasafat tarbiyah sebagai fardhu muslim. Yang utama adalah akhlak dan peribadi mereka perlulah baik (memiliki qudwah hasanah). Dan mereka ini perlulah berdakwah melalui dakwah bil hal dengan kerana peribadi baik mereka tadi.
3. Al mad’u
Mendekati mad’u dan MENGENALI MEREKA.
Mendekati dengan cara yang dapat masuk dengan cara mereka.
4. Uslub (Metod)
Perkara ini paling penting dan sangat ditekankan. Uslub atau cara adalah jalan penentu untuk menarik mad’u agar mereka dekat dengan kita. Supaya matlamat yang kita bawa sampai kepada mereka. Dakwah ini PERLU sampai di tangan-tangan mad’u dengan menggunakan metod yang bersesuaian dengan mereka. Asalkan DASAR TIDAK BERUBAH TETAPI STRATEGI PELBAGAI.
Sebagai contoh:
Suatu hari, Nabi S.A.W mengajar seorang sahabat tentang rakaat solat. Perkara ini diajar oleh baginda berulang kali, namun sahabat ini tidak juga dapat mengingati bilangan rakaat yang diajarkan baginda. Lalu, datanglah seorang sahabat yang lain lalu berkata, “Wahai Nabi, izinkan akau mengajar si polan ini.”
“Ya, silakan.” Baginda menjawab
“Oleh kerana, dia ini seorang yang suka bersyair, maka aku ajarkan dia dalam bentuk syair.”
Sujurus selepas itu, si polan tersebut dapat mengngati dengan mudah bilangan rakaat dalam solat dengan hanya mengajarnya melalui bait-bait syair.
Alangkah! Lihat, betapa berkesannya USLUB ini dalam menyampaikan dakwah kepada mad’u. Yakni dengan menggunakan cara yang dapat di adapt dengan mad’u tersebut.
Demikianlah rukun-rukun dakwah yang di bawa oleh kareem Zaidan. Dengan mengetahui rukun-rukun ini, kita lebih jelas dan mudah untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat luar terutamanya kepada ahli bait kita sendiri. Teori-teori ini kelihatan mudah dari sisi pandangan kita, namun tidak semudah apabila kita terjun di lapangan masyarakat nanti. Mudah-mudahan ia menjadi bekalan dan panduan dalam melatih diri kita menjadi DAIE YANG TERBAIK. TIDAK FRAGILE! Tahan lasak dan KUAT!
Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Yang baik dan buruk datangnya dari ALLAH.
~hari ini hari lahirku! Mudah-mudahan ALLAH memanjangkan umurku serta memurahkan rezekiku seiring helaan TARBIYAH yang terdapat di dalam RUHKU! Aminn..

1 comments:

terima kasih kerana berkongsi ilmu ini..
insyaAllah sentiasa dlam rahmatNya..amin

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...