✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

TARBIYYAH ITU!


إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأمولهم بأن لهم الجنة4
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga
Kali ini memang sungguh-sungguh kaki ini akan melangkah keluar dari bumi tarbiyah itu(hmm dah keluar dah pun..) Perasaan yang tidak mampu diekspresikan dan diterjemahkan dengan kata-kata. Siapa sangka pengajian selama tiga tahun di dq telah pun berakhir. Rasanya baru saja semalam melalui mafatihul mahabbah, kesan tarbiyah dari akak-akak exco ketika itu. Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan segala kenangan di sana. Wajarlah jika hari ini jiwa ini merindui qariah itu, bumi barakah, bumi tarbiyah yang sarat dengan sirah dan ibrah. Dan lebih lagilah jiwa ini merindui haloqah tazkirah setiap asar, perkongsian segala macam ilmu, solat jemaah yang menyatukan hati-hati huffaz di situ dan USRAH yang membentuk diri menjadi fardhu muslim yang dituntut. Sungguh! Aku merinduinya..
“Sekarang ni, Insya-Allah agenda utama kita adalah mendengar wasiat terakhir dari miyong atau nekyong. Tafaddhol.”
“Kakak, bagilah wasiat dan amanat terakhir sikit. Ni betul-betul last ni kakak.”
“Along, bagi nasihat terakhir sikit untuk kami.”
Allah.. pelbagai permintaan dari adik-adik seperjuangan di sana. Dua bibir ini hanya mampu melantunkan isi yang sama pada setiap kali permintaan ini di buat. Kerana hanya itulah harapan yang ingin dilihat subur dalam jiwa adik-adik di sana. Berat rasanya hati ini meninggalkan mereka. Sedih kerana bimbang pada ruh tarbiyah yang hidup pada jiwa mereka. Apakah mereka merasai kehadiran ruh tersebut? Apakah mereka mengetahui bahawa pentingnya ruh tersebut pada seorang yang bergelar huffaz seperti mereka. Apakah mereka melihat sakit tenat huffaz pada hari ini. Nazak dan semputnya masyarakat di luar sana. Apakah mereka merasai sepertimana aku? Sungguh! Aku bimbang!
****
“Kakak. Kenapa saya tak rasa zuq berada dalam usrah? Saya tak rasa kesan tarbiyah tu macamana saya rasa dalam usrah saya sebelum ni.”
Soalan yang sungguh terkesan dihati saya. Kebimbangan itu dilahirkan oleh seorang adik persijilan semester satu. Subhanallah. Jiwanya merindukan tarbiyah. Bagaimana sepatutnya saya menjawab soalan adik tersebut. Tersandar saya ketika itu. Menyusun setiap baris bicara agar tidak disalah ertikan. Apakah tarbiyah itu bersifat memilih? Jika tak mahu yang ini, maka boleh pilih yang ini. Apakah begitu. Atau memang sistem tarbiyah disini yang masih kurang munazhomah? Sehingga mereka tidak dapat merasainya. Realiti ini perlu saya jelaskan agar mereka menyedari tanggungjawab dan peranan yang sepatutnya mereka lakukan.
Sejenak saya berfikir. Tarbiyah itu bersifat subjektif. Sukar diungkapkan dengan kata-kata. Namun, jika diamati sungguh-sungguh, sebenarnya atas setiap apa yang berlaku ke atas diri kita itu adalah tarbiyah dari Allah. Samada kita menyedari dan mengambilnya ia sebagai tarbiyah atau pun tidak adalah terpulang pada individu tersebut. Secara teorinya, tarbiyah itu sangat mudah untuk diungkapkan, namun tidak semudah untuk dipraktikkan.
“Macam kakak cakap hari tu, tarbiyah ni ada marhalah tersendiri. Ni baru marhalah taarif.”
“Untuk pergi pada marhalah takwin dan tanfiz perlu pada kesabaran.”
“Akan tiba masanya, awak akan rasai peringkat-peringkat tarbiyah ini. Insya-Allah.”
Makin berat hati saya ingin meninggalkan mereka. Tertanya saya. Selepas saya keluar ni, bagaimana keadaan mereka? Jika semalam saya masih boleh bersama mereka, menjawab persoalan itu dan ini, namun bagaimana tanpa saya di sana nanti. Risaunya hati saya. Jawapan yang saya berikan kepada mereka ketika itu tidak menepati seperti mana yang mereka inginkan. Ya, saya tahu itulah yang yang terdetik di hati mereka. Tapi bagaimana sewajarnya saya jelaskan kepada mereka. Tidak mampu saya ungkapkan. Ya Allah, masih tidak langsai lagi tanggugjawab aku di sana.
Awak, satu hari nanti awak akan rasai kelazatan tarbiyah di sini.”
“Bila kakak? Ohh belum masanya lagi ea.”
“Insya-Allah akan tiba masanya nanti. Sabar ye.”
Hanya ungkapan ini yang mampu saya ungkapkan kepada adik yang bertanya tadi. Lafaz terakhir sebelum saya melangkah keluar dari bumi tarbiyah itu. Mudah-mudahan dia mengerti.
****
“Jangan risau, hanya jasad ana sahaja yang keluar dari bumi ini. Namun ruh ana tetap berjuang bersama adik-adik di sini.”
Janji manis saya yang entah mereka boleh menerimanya ataupun tidak, saya pun tidak pasti. Mustahil dari sudut logik akal manusia. Ruh dan jasad boleh berpisah kah? Terlalu metafora ayat saya ini.
Yang pastinya, ruh saya masih bersama mereka. Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar dari dq, maka bergelarlah saya sebagai alumni pelajar dq. Dan bermula detik itu, saya mentaklifkan ke atas diri saya untuk menjadi pemantau tetap proses pentarbiyahan di bumi itu. Suatu hari nanti, saya pasti akan ke sana lagi melihat generasi adik-adik yang membangun bersama Islam. Melihat para kader Islam yang sedang berjuang di bumi tarbiyah itu. Pada saat itu, saya pasti tersenyum lebar melihat mereka membesar bersama ruh perjuangan dan tarbiyah yang meresap di dalam jiwa mereka. Merekalah para huffaz yang menjunjung kalamullah, penegak utama syiar agama Muhammad ini.
Kerana mereka adalah generasi tarbiyah yang dipelihara Allah untuk menjadi ahlul-Allah hingga ke akhirnya nanti.
Orang yang memelihara kalamullah itulah mereka orang yang ditarbiyah Allah.
****
~selamat berjuang, kakak!
Masej terakhir dari seorang adik yang memahami tugas dakwah saya di luar yang baru sahaja bermula. Perjuangan yang masih panjang, menuntut sebuah pengorbanan.
Doakan saya thabat pada jalan yang saya pilih ini. Sudah tibanya masa untuk saya mewaqafkan diri untuk Islam sehingga ke hujung nyawa.
Jazakumullahu khairan jaza’ pada adik beradik seperjuangan, para murrobbi yang banyak mencurahkan ilmu, adik-adik persijilan dan diploma serta warga dq umumnya. Siiru ala barakatillah~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...