✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Murabbiyah ooo murabbiyah..




innal hamdalillah... :) masih lagi menghela nafas sbgai hamba dalam keadaan iman dan Islam..

tiba2 rasa sungguh exited untuk menulis, setelah agak 2 minggu tinggalkannya. byk je perkara2 yang nak dikongsikan, tapi cuma lately ni sungguh bermalasan untuk menaip.. tapi alhamdulillah, hasil bermalasan ini saya telah rajinkan diri untuk ziarah blog2 dan fb para daie serata dunia, berkenalan dgn mereka dan berkongsi buah fikiran dgn mereka.

mereka seperti saya juga, masih berjalan di atas titian perjuangan ini. menggalas beban dakwah di pundak masing2, memberi dan menerima. menggilap anak binaan untuk menjadi para kader dakwah. dan lebih menggembirakan lagi terlalu banyak yang dikongsikan hasil perjalanan tarbiyah mereka walhal saya baru saja mengenali mereka. sungguh, ukhuwah itu manis!

"ukht, sy nak tanya sikit, howlah kita nk jadi murabbiyah? apa indikatornya?"

"adanya halaqah, ada anak usrah, ada anak binaan yg menjadi mutarabbi, maka bergelarlah kita murabbiyah.."

ringkas jawapannya. saya tahu ini pasti menyuruh sy untuk berfikir sendiri..

padahal jawapan yang diberikan tadi sudah pasti dia boleh huraikan dgn panjang lebar.

*****


murabbiyah ooo murabbiyah


mcmna kita nak kata pada anak usrah kita, 'hai anak2 usrah, saya adalah murabbiyah awak yer.'

hoho..sungguh tidak comel bukan..

perkara ini tidak perlu diberitahu, sang mutarabbi memang tidak akan sedar perkara ini. apatah lagi anak binaan kita ini adalah mereka yang baru mengenali erti Islam, dakwah, dan perjuangan..

kamu sekadar kakak usrah ok! not more than that.

lekeh kah kita sebagai 'kakak' or 'abang/akh' menjadi naqib kepada mereka?

apakah tarbiyah pelajar kepada pelajar masih tidak releven.

maka, saya katakan tidak lekeh ok!

tarbiyyah adalah satu metod pendidikan yang perlu didedahkan kpd masyarakat untuk mngubah masyarakat daripada keadaan biasa kepada keadaan yang diredhai Allah, yang mana prosesnya haruslah mngikut manhaj yang ditetapkan Allah iaitu quran dan juga hadis nabi.

maka, tidak salah jika tarbiyah itu disampaikan oleh student kepada student. asalkan si pentarbiyah itu faqih tentang ilmu tarbiyah serta pengaplikasian dalam kehidupan. manhaj tarbiyah nya sama, berlandaskan metod pentarbiyahan Rasulullah, sang kekaksih agung.

sila jangan jadi muallimah semata, persiapkan diri anda untuk bergelar murabbiyah.

sengaja saya pesan pada sahabiah2 yang telah bergelar guru (kerja sementara jer sumer ni). anda jadilah murabbiyah pada anak didikan anda. jangan hanya mengajar untuk menghabiskan silibus semata. sila serapkan unsur2 Islam dan dakwah kepada mereka. ajarkan mereka menyedut nafas tarbiyah!

muallim- orang yang mengajar
murabbi-orang yang mengajar, mengasuh, mendidik, memantau dan cirinya mencakupi penjagaan dari aspek pentarbiyahan.


berat bukan tugas sebagai yang bergelar murabbi. agak2 ada tak ciri2 ini untuk kita? hey para naqib, sila ambil perhatian terhadap tanggugjawab anda. jangan hanya bergoyang kaki, berpeluk tubuh saja.


Kita kena sangat-sangat ingat; menjadi murabbi ini bukan hanyalah untuk mentransfer ilmu dan memuntahkan silibus-silibus usrah.
Ia adalah satu proses mengubah manusia dari jahiliyah kepada Islam, daripada islam, kepada menjadi pekerja Islam.
-kak muharikah's blog-
sang murabbi, Tuan Guru Hj Hadi Awang

kamukah murabbi yang dicari?

kamu perlulah menjadi naqib dan memiliki watak sedemikian:
adakala kamu perlu jadi sahabat kepada anak binaan kamu.
adakala kamu perlu menjadi walid kepada mereka.
adakala perlu menjadi qaid kepada mereka.
dan adakala kamu perlu menjadi coach kpd mereka.

saya juga adalah anak binaan kepada murabbiyah saya. mereka adalah naqibat saya. dua orang naqibat yang telah memantau saya, menjaga, mengambil peduli tentang saya bermula dari saya mula2 mengenal tarbiyah hingga saya boleh mengenalkan pada adik2 binaan saya tentang tarbiyah. hingga sekarang, meskipun sorang dari mereka terbang jauh tinggalkan saya (ke jordan..huhu) mereka masih lagi kisah terhadap saya.

bayangkan 45 minit telefon saya dari bumi Mafraq. Jordan membuat panggilan ke Malaysia.

tadhiyyahnya tinggi, sanggup telefon saya semata2 ingin menerangkan perjalan sebuah daurah yang saya kendalikan.

dialah murabbiyah saya. along saya!

*****
anak2 saya, syg fillah
anak-anak binaan saya..

saya tidaklah layak untuk bergelar murabbiyah kepada mereka.
meskipun saya sangat suka jika anak binaan saya mengatakan, hai murabbiyah, kami mutarabbi merindui kamu! pasti manis kan..haha

mengiktiraf saya sebagai murabbiyah mereka, si kakak yang menjaga mereka.

tapi, Allahu wa rasuluhu a'lam..

mereka tetap anak2 binaan saya.

6 orang kesemuanya.

5 orang di bumi uia, pj.

dan sorang lagi, di ufuk maghrib sana. mesir. (bakal doktor, in sha Allah)

*maaf jika ayong tidak menjadi yg terbaik untuk kalian :'(

dan di bumi tarbiyah sana (dq yg sentiasa di hati), masih ada lagi 5 orang anak2 binaan saya.

mereka sedang membesar dan subur bersama haruman tarbiyah..alhamdulillah..

dan proses mentarbiyah mereka masih lagi berjalan biarpun saya tidak lagi bernyawa di bumi itu.

maka, di sinilah pengorbanan masa sgt dititk beratkan. usaha untuk datang dan memantau mereka. tanpa mengira jarak dan batu dari Melaka ke Kuala Kubu Baru.

alaa dekat je pun.. setakat naik bas n train xsampai 5 jam dah sampai dah.. :) so, tiada alasan lah untuk saya bermalasan ke sana lagi.

ish, enti ni tak boring ker asyik datang dq jer?

tak. sambil geleng2 kepala dan muka tersenyum gembira.

sebab saya tahu kenapa saya harus ke sana. biarpun alasan smutem, amik slip periksa sering saya guna bila tiap kali ada yang bertanya atas urusan apa saya ke sana. peduli lah, janji mereka yang saya rindui menanti riang kedatangan saya. ouh yeker??

betapa comelnya mereka..

alonggg... dengarlah ni, ada kawan adik ni kan...

along, cmna kan kalo ....

along, apa pendapat along jika ada yang kata.....

along, ya Allah tension nya ucu cmni, ada ke patut...

yer silalah meluah wahai adik2, along sedia mendengar.

saya gembira kerana saya menjadi rujukan mereka. saya gembira kerana mereka mempercayai saya untuk mendengar cerita mereka. saya gembira bilamana mereka sudi mendengar tanbih dari saya. saya gembira apabila mereka gembira berhalaqah bersama saya. saya gembira kerena mereka menerima saya! saya gembira ya Allah.....!

ketika mula2 ingin menjemput mereka menyertai halaqah bersama saya dahulu, pelbagai alasan diberikan, pelbagai mehnah juga yang saya lalui. tapi tautan hati telah memikat mereka mencintai halaqah, merindui mau'izah. alhamdulillah.

jiwa mereka disantuni oleh belaian tarbiyah. fahaman islam diserap melalui penyebaran fikrah. erti perjuangan ditiup dalam setiap hela nafas mereka. kesedaran tentang dakwah mula mekar subur di dalam jiwa mereka. saya merasakan itu! rabitoh hati makin dipaut oleh cinta Ilahi, mengajak menginsafi diri dan sejenak menambah keimanan dalam mentajdid niat meikhlaskan hati..

anak-anak binaan saya, moga dikau subur bersama deru tarbiyah!

dan tugas murabbi ini adalah pekerjaan sepanjang hayat.

ia adalah nafas dan cara hidup kita . di mana sahaja, dengan siapa sahaja kita bertemu, kita tetap murabbi.


Inna al-akh ash-shadiq la budda an-yakuuna murabbiyan
Sesungguhnya seorang akh yang benar tidak diragui lagi mesti menjadi murabbi.
Begitulah kata-kata Ustaz Dr. Abdullah Qadiri Al Ahdal.
Ungkapan ini bukan semata-mata suatu suruhan atau galakan agar setiap aktivis dakwah menjadi murabbi yang aktif mengajak, membentuk dan membina umat kepada Islam, malah ianya memberi suatu kefahaman mendalam tentang sebuah pra-syarat bagi kebangkitan Islam.
dan saya adalah si mutarabbi yang masih hijau dalam era perjuangan. memohon pantauan sang murabbi memimpin saya menyelusuri perjalanan ini.
bersama saya, tegap berbarisnya para kader islam. saff ini seakan binaan yang kukuh..
moga fikrah kita dapat menyampai dakwah, membentuk peribadi duat mencintai jihad!
aku ingin menjadi murabbi pada mutarabbi itu...
saya syg murabbi saya, al fadhil ustaz yang sungguh alim.
~ baru dapat masej dari anak binaan, katanya: alonnggg... rinduuu :(
hehe, mekaseh kerana merinduiku...





3 comments:

Murabbi acuan nabi dirupa dalam bentuk pemimpin yang miliki pengaruh. Dengan adanya pengaruh baginda miliki kuasa. Kuasa perubah.
Begitulah ibarat manusia kecil spt kita yg menggalas tgs murabbiyah pd kelompok kecil.
Hanya suatu kelompok kecil berfikrah spt kita. Bagaimana yg rupanya jauh beza dgn rentak hidup kita? Belum tentu mampu mencipta lgkah bsr spt baginda, tapi itu tetap menjadi tuntutan.

 

kalau awak dtg ziarah dq,pasti awk gunakan 1hari awk tu ntk pusing 1 asrama right? ^_^

 

ana imtiyaz: mana cukup satu hari lah awak..
siap ada request lagi suh saya stay lama2. haha :)
betapa diriku dan dirimu berharga! iru pon bukan satu asrama pun, satu blok jer.. hehe =)

jangan lupa anak2 kamu di sana..

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...