✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Panjangkan Tarbiyah



alhamdulillah.

perkongsian ini sy petik dari seoang ikhwah, ustaz khairi. syukran atas perkongsian yang besar manfaatnya.


Sesebuah gerakan Islam mengandungi 3 elemen utama:


1. Tarbiyah dan Perkaderan (pembinaan dan pembentukan)
2. Dakwah (penerangan)
3. Siasah (politik, percaturan)

Ana cuba huraikan satu persatu dengan ringkas untuk kefahaman bersama

1. Tarbiyah dan Perkaderan. Ini merupakan aset/manhaj penting supaya jemaah komited dan istiqamah dengan perjuangan. Tarbiyah dan perkaderan menjadi nadi kepada sesebuah gerakan Islam.

Tarbiyah menekankan 3 aspek utama:

a. aqidah benar
b. fikrah yang syumul sesyumul Islam
c. syakhsiyah yang soleh, berakhlak

Perkaderan pula fungsinya untuk membina:

a. kepimpinan berkarisma dan berwibawa
b. organisasi mantap dan hebat
c. tindakan strategik dan berkesan

Perjalanan ini memerlukan kepada Lajnah Tarbiyah yang dipertanggungjawabkan untuk memegang manhaj (perkaderan) dan menjana kesinambungan beragama (tarbiyah).

2. Dakwah. Berlandaskan kepada perintah Allah kita melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan dalaman dan softskill untuk melaksanakan tugas dakwah kepada Allah SWT. Maka perlu kepada jemaah untuk mewujudkan atau menguasai proksi yang sesuai demi membumikan tugas dakwah ini.

3. Siasah. Jemaah meletakkan politik Islam (siasah syari'yyah) sebagai kenderaan yang sentiasa meletakkan Islam di atas. Supaya praktikal Islam itu tidak sekadar retorik di atas kertas putih. Percaturan yang baik menatijahkan perjalanan tarbiyah dan perkaderan begitu juga dakwah dapat berjalan dengan lancar. Siasah yang baik sentiasa melonjakkan Islam berada di atas seperti yang terukir pada tinta sejarah Baginda di mana Nabi SAW sentiasa menonjolkan kekuatan kaum muslimin di persada bangsa Arab. Ini memerlukan percaturan yang konfiden, istiqamah, dan berstrategik.


Maka kita  menjadi agenda penerus sunnah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam berwala'kan (mutlak) kepada al-Quran dan al-Sunnah dan bertaatkan (secara jemaah) kepada gerakan jemaah Islam masing-masing.

~membangun bersama Islam~ 


TAKBIR!!


kerja vs dakwah

bismillahirrahmanirrahim...


encik DAIE, anda penat ke??


saya tak penat berdakwah.
katakan tidak pada penat!
jangan futur di tengah perjalanan.
"kita ini hanyalah mata rantai perjuangan Nabi, bukan kita yang mulai dan bukan kita juga yang mengakhirinya."
saya amati kata-kata yang pernah disampaikan murabbi kepada saya seketika dulu. Allahu, perjuangan ini tidak akan terhenti. Malah akan ada generasi seterusnya yang bakal meneruskan risalah dakwah ini.
Lalu, mengapa perlu rasa penat?
"cik hazirah, awak dah bole mula mengajar ye esok. sila lapor diri di ppd Jasin"
"camana? setuju tak.?"
erk.. nak kata setuju ke tak ni.. ya Allah ya Allah. yussahil ya Allah.
Lama encik itu menunggu respon dari saya menerusi corong telefon itu.
"In Sha Allah. Saya setuju."
Lepas saja panggilan itu dimatikan, segera saya membelek kalender dalam phone saya. melihat tarikh-tarikh penting dalam hidup saya.
Allah. clash. Rungsing seketika.
Camana ni. Kalau dah mula bekerja tentulah komitmen saya berubah arah. Ada tuntutan lain yang perlu saya fokuskan. Dari sebebas unggas kini umpama harimau dalam kandang. Ingin keluar mengaum tapi ada perkara menghalang.
Kalau dulu bebas saja kaki ini nak ke mana pun. Attend apa-apa agenda pun tiada masalah. Kini.. inilah dugaan kan..
Allah nak ajar saya bijak hadapi masalah. Syukur.
"Mak, uda dah dapat kerja. Tapi kalau tolak boleh tak." Tersekat-sekat butir perkataan yang keluar dr mulut tika itu.
Dari raut wajah mak yang berseri tadi terus bertukar wajah. Tolak?
(boleh bayang tak apa yang mak saya cakap?) biasalah bebel-bebel sikit kat puteri dia yang sorang ni. adik beradik lain takde sesibuk dia pun.
"Apa lagi lah yang nak di cari kat kl tuh? dah habis belajar kan."
dialog yang sama mak ulang kepada saya. Pernah menadah telinga mendengarnya suatu masa dulu. Seolah sedang memasang tape recorder seketika.
"takpelah mak, uda solat dulu, mintak tolong kat Allah permudahkan urusan ni."
-mak senyum, barangkali faham tuntutan yang perlu dilaksanakan anaknya.-
kerja vs dakwah
Tertasjik dari nasihat seorang kakak. (murabbiyah adik angkat) hehe ^^ saya kagum dengan dia, walaupun tak pernah bersua tapi saya dapat rasa aura 'kekakakan' yang terdapat padanya. Cikgudiba tak marahkan..
Kata beliau:
Kerja itu adalah fitrah. Orang Islam pula mesti kena kaya. Dan dalam masa yang sama beban dakwah tak tinggalkan. Kena pandai bahagi masa.
1. Kita kena juga kerja, sbb itu fitrah. Then dah kerja: in sha Allah kita akan jadi org Islam yang kaya. (kalo dah kaya, senangkan nk tlg jemaah kita^^)
2. Pengurusan M.A.S.A !
Muwasafat tarbiyah menekankan 10 ciri individu muslim.
one of that: MUNAZZHOM FI SHU’UNIHI (teratur urusannya)
Lalu, bila anda sudah bergelar PEKERJA, maka bebanan sudah menambah di pundak anda. Iaitu bebanan kerja dakwah dan pekerjaan (yang dapat gaji) untuk meneruskan kehidupan untuk anda galas.
"asif, ana tak dapat datang kali ini. minggu ni ada mesyuarat sekolah."
"maaf, ana juga tak dapat hadir, urusan dalam pejabat banyak lagi kena settle.."
"sorri ukht, ada masyaqah minggu ni...tempat keja saya.. bla..bla..bla.."
(mentang-mentanglah dah kerja.. amboii kalah PM)
Dah kalau seterusnya semua aktivis dakwah memberi alasan itu dan ini untuk tidak menghadirkan diri dalam program-program tarbiyah mahupun dakwah oleh kerana dek sibuk dengan ‘kerja’ masing-masing. Maka, saya optimis akan datang jika sudah berumah tangga, beranak pinak: maka tiada siapa lagi yang bakal meneruskan agenda dakwah ini. kenapa?
sibuk dengan urusan masing-masing..
rungutan seorang sahabiah:
“inilah masalahnya, kalau dah bagi ruang untuk kerja begini pula jadinya.” Barangkali dia sedih.
mungkin akan datang:
"saya tak dapat hadir, ni anak dah merengek ajak jalan-jalan hujung minggu ni.."
"anak saya pulak..bla..bla.."
"zaujah saya... bla..bla......."
maka, akan bertambah banyaknya alasan bukan.
kalau begitu para aktivis dakwah tak perlu kahwinlah?
Jangan kerja dan jangan kahwin? Waduh, gawat gini..
Jika saat ini baru saja disibukkan dengan menjawat jawatan sebagai pekerja yang makan gaji, terfikir di benak saya: bagaimana keadaanya dalam 5-10 tahun akan datang?
Ketika itu komitmen dari pelbagai bentuk pula mendatang.
Setiausaha parlimen. Naqib. Murabbi. Bapa. Urusetia. Penceramah. Ahli parlimen. Wakil rakyat. Pengerusi PIBG. Suami. Anak. Dan bla..bla.. bla..
Banyak bukan komitmen yang mendatang.
Ramai saja pimpinan hari ini dapat melalui dengan sempurna. Apa nak digusarkan. Wah cakap boleh lah kan. Bagaimana hadapinya nanti.
Saya? Bagaimana pula.
Bagaimana menyelesaikan masalah ini..
Tuntutan dakwah adalah wajib. Dalam Islam, hukum dakwah adalah wajib syarie, tidak gugur selagi seorang muslim itu masih hidup. Maka, sebarang kecuaian tidak melakukannya adalah dosa. Status kewajipannya adalah Fardu `ain, bukan kifayah. Perkara ini dijelaskan dalam Al-Quran dan hadith.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (faedah) manusia, Kamu mengajak kepada kebajikan dan kamu mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman kepada Allah....." Ali-Imran :110
Pada hemat saya, disinilah medan praktikal dalam menguruskan masa dengan sempurna bilamana berhadapan dengan lapangan sebenar. Dakwah kita bukan setakat terhenti di gelanggang kampus sahaja. Ia berterusan sehingga nyawa dikandung badan.
kalau tidak sakit ketika berdakwah, jgn pggil kita sedang berdakwah.
Kampus adalah medan latihan. Ini perlu diingat.
“Saya dah habis belajar lah, nak buat apa sibuk-sibuk g program sana program sini. Bukan dapat upah pun.”
Proses mentajmik manusia perlukan gaji? Dakwah pada masyarakat perlukan upah?
Dahtu, masa nabi Muhammad duk susah payah berdakwah menyampaikan Islam suatu masa dulu dan sehingga harini nikmat Islam itu kita dapat secara free, ada tak Rasulullah mintak upah? Mintak gaji kat Allah. atau tuntut claim kat kita pada harini.. hah, ada tak??
Takde bukan.
Saya pula diajar meneruskan hidup dengan berpandukan ayat yang terdapat dalam banner blog saya (lihat atas)
Ayat ini banyak memberi saya semangat. Saya beriman dengan ayat Allah ini.
Dalam berjuang, tadhiyyah sangat dituntut.
Jiwa, raga, harta dan segala macam bentuk lagi.
Jika berada dalam alam pekerjaan, sudah tentu pengorbanan masa amat-amat dituntut. Bagaimana untuk mengatur jadual agar pekerjaan yang halal dapat dijalankan dengan sempurna dan pada masa yang sama gerak kerja dakwah bergerak seiring.
Jangan rasa penat. Kadangkala, ia juga merupakan bisikan si syaitan untuk menggoda manusia. Mengajak manusia untuk bermalas-malasan. Lalu, rasa boring pada dakwah. Terfikir. Kadang-kadang kebaikan yang kita ingin lakukan lebih cepat dilanda rasa penat, sedih dan pelbagai rasa negative. Mengapa ye?
Rapid thanker..
(wah, word ni. hee.. jangan ada yg perasan)
Mari kita melihat dari sudut aulawiyat pula. Dalam maqasid syar’iah meletakkan lima perkara ini sebagai asas yang perlu dilihat dalam memastikan keperluan manusia seimbang:
-agama
-nyawa
-aqal
-keturunan
-harta
Saya tidak berhajat mengulas satu persatu berkaitan maqasid ini. Namun, setiap individu memiliki aulawiyat tersendiri, bergantung pada keadaan dan waqie semasa. Ia juga melihat kepada maslahat dan mafsadah tertentu. Perkara yang perlu di timbang tara dalam memutuskan sesuatu keputusan ataupun tindakan.
Pertembungan bagi dua perkara yang baik, maka haruslah diutamakan perkara yang membawa maslahah yang lebih besar. Yang mana manfaatnya boleh dimiliki ramai, berbanding manfaat yang kecil atau sedikit.
(boleh rujuk FIQH AULAWIYAT, YUSOF QARADHAWI) saje membuka sedikit berkaitan ini.
Jangan rasa penat dengan dakwah. Apatah lagi ke arah mencapai futur diperjalanan. Walhal kita baru saja dibebani taklifat yang tidak sebesar manapun jika dibandingkan para daie agung yang terkemudian. Mereka lagi hebat dugaan yang menimpa. Namun gerak kerja dakwah mereka tetap gencar.
Malu lah wahai diri. (ditujukan untuk diri sendiri spesifically)
Saat saya menaip tika ini, terfikir seketika:
Sedang jari jemari laju menari di atas papan keyboard ini, bagaimanalah pula saat aku di uji nanti. Apakah segagah hari ini?
Moga Allah pandu jalanku. Dan dithabatkan diri moga terus istiqamah.
Allahummaghfirlii ya Allah. ampunkan dosa-dosa ku dalam kesilapan yang tidak aku sedar ini..
Berkerjalah kerana Allah. :)

saya tak penat berdakwah..


alhamdulillah..

nampaknya Allah tak izinkan saya untuk mempublish post terbaru saya tentang (tajuk di atas).

sebab beberapa perkara teknikal melanda. maka, esok saya akan cuba jugak mempublish sebaiknya.

bila Allah tak izinkan tu beerti adalah yang Allah nak bagitahu kepada saya. (takpe muhasabah untuk saya)

moga-moga menjadi sedikit manfaat buat pembaca.

sementara sempat ni, nak seru: jangan katakan penat pada dakwah!

jom tadabburr: fussilat ayat 33

‎" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan berkata aku adalah daripada orang-orang yang menyerah diri(muslimin)


seeru ala barakatillah~


ampunkan dosadosa ku ya Allah..


~ingin bersamamu kesyurga..



jasad ukhti itu dipeluk erat.. seerat-eratnya..

tangisan air mata deras mengalir keluar.. tiada kata-kata yang boleh menterjemah perasaan ketika itu..

dahi ukhti dikucup. rasa sayang masih menebal. bermula dari awal perkenalan, hingga saat ini ia masih mekar.

tangan digenggam erat. rasanya tidak mahu berpisah saat itu.


luahan hati ketika itu tidak mampu keluar menerang dan menceritakan segala rasa.

kebatasan waktu yang sangat mencemburui. lalu tangisan menjadi ubat. moga dikau mengerti.

ukhti setia menunggu. tapi apa kan daya, perjuangan harus dan tetap diteruskan..

kini air mata sebagai teman disisi. ia mengerti segala.


kau adukan pada Tuhan yang Esa, kerana ini rancangannya. siapalah kita..

ukhti, aku sayang pada mu.. kerana Allah dan rasul, aku akan tetap menyayangi dirimu.

moga dikaulah teman seperjalanku menuju ke syurga..



لا يؤمنوا أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
al-hadis

(amati sungguh-sungguh hadis ini)


khas buatmu: duhai ukhti yang ku kasihi...


ukhtiku,
aku ingin kau tahu
bahawa kau telah ku abadikan didalam hati
menjadi sebahagian daripada diri ini
jauh dr dalam hatiku
inginkan dikau bersamaku dalam perjuangan ini
juga ingin aku mmimpin tanganmu menuju destinasi cinta Ilahi
ukhtiku,
kadang terbit dihatiku
inginkan dikau sebagai teman di sisi
berkongsi rasa meluah segala keperitan dihati
juga mengharapkan
agar ada tangan yang menyambutku tika aku tersungkur lagi
duhai ukhti,
sungguh aku rindu
menjadikan aku perindu sejati
moga dikaulah teman seperjalananku menuju syurgawi..

ingin bersamamu hingga ke syurga~

(tapi, layakkah aku menuju ke syurga...)


Allah kini sebagai saksi, kita punya Allah yang Maha Mengerti. Kau adukan kepadanya ukhti. aku setia menunggumu menuju cinta mengharap redha Ilahi...

terima kasih kerana menjadikan diriku sebahagian daripada hidupmu, duhai ukhti. ^^

(mud: tacenk sgt2 ketika ini) ya Allah kau peliharalah ukhuwah kami.. ameen :')



Uhibbuki fillah wa lilllah..


al-faqierah ila Rabbi,
2:38am@melaka..



~si serikandi cactus-



kenapa pulak tiba2 nak cerita pasal kaktus ni? si pokok yang tajam lagi berduri.

saya terilham dengan pokok ciptaan Allah ini. hebat bukan kekuasaan Allah.

si kaktus ini kebiasaanya ditemui di daerah yang kering (kawasan gurun) atau padang pasir. uniknya dia mampu hidup dalam waktu yang lama tanpa bekalan air. kalau kita cmna ek? huh mahunya tiga hari tak minum air boleh innalillah jawabnya.

begitu jugak pokok2 atau kehidupan yang lain. mereka memerlukan air untuk terus hidup. ekosistem yang teratur ini lah yang membolehkan kita semua hidup dengan sempurna.

lalu saya terilham dengan pokok ini. kenapa? sebab dia boleh hidup tengah2 padang pasir tanpa air?

ouh kalau begitu, nak amik nama cik unta lah. dia juga hebat bukan . mampu menyimpan air di pundaknya selama hampir 2 bulan. serikandi UNTA. huh tapi tidak gagah lah nama sedemikian. 

berbalik kepada kaktus tadi. ini kerana kehebatan yang Allah cipta pada si kaktus ini.

dia berduri, tajam dan mampu memprotect dirinya dari musuh.

akarnya yang panjang membolehkan ia mencari air serta menyerap air dalam tanah.

saya ingin menjadi seperti kaktus. (apa anda tidak bersyukur menjadi manusia? ingin pula menjadi pokok). ouh bukan demikian. maksud saya, bersifat seperti si kaktus.


SERIKANDI KAKTUS!

dia mampu memprotect diri dari anasir yang jahat dengan sifat ketajaman yang ada pada diri. iaitu menjaga diri dari ikhtilat yang tidak syarei. menjauhi perkara2 maksiat yang digariskan. lalu, pasti kaum muslimin takut untuk dekati si serikandi kaktus ini pada perkara yang tidak berkeperluan; yang tidak syarei. mudah-mudahan.

kaktus juga kuat. mampu bertahan lama biarpun tanpa air. beerti si srikandi ini juga harus kuat seperti kaktus. tak kira panas mentari, hujan ribut atau tsunami sekali pun. dia pasti berdiri gagah seperti si kaktus!


lalu, saya mengambil gelaran serikandi kaktus ini sebagai nama pena saya.

lagipun ia kelihatan comel sekali.

anda, para akhawat. ayuh menjadi serikandi kaktus.

asyik mawar berduri jer.. nama sama je dari dulu. sesekali kita jadi kaktus pulak yer :)




~saya lah si muslimat power, sepower serikandi kaktus~

*tersemangat sikit bila belog dah bertukar wajah. baru smart. hehe. dan senang hati membacanya. sukasukasuka.. :)

terima kasih ya Allah..

Dia Dikhitbah!

Ukhti itu menangis.
Kedua tapak tangan ditelekup pada wajahnya.
Air mata dari tadi mengalir keluar.
Dia dikhitbah!
Mengapa perlu menangis? Apakah yang perlu dikesalkan? Beruntunglah, dirimu bakal menjadi suri hidup pada sang imam. Pemimpin agamamu dunia dan akhirat.
Bagaimana dia harus menerima muslimin itu. Padahal dia sendiri tidak pernah mengenalinya. Jauh lagi latar belakang keluarga muslimin itu diketahuinya.

menangislah kerana takutkan Allah..

Allahu Allah…
Sujud. Lama sujud ukhti pada ketika itu.
Tangisan sedunya hanya Allah saja yang mengerti.
Barangkali dia ada calon pilihan hatinya sendiri.
Baitul muslim kampusnya sedang giat usaha menyatukan hati kedua bakal mempelai.
Rapuh. Tiada kata yang mampu kelaur dari bibir ukhti itu.
Usianya yang begitu muda belum mencapai tahap matang menghadapi suasana baru itu.
Bagaimana perjuangan? Apakah dia sekufu?
Itulah yang dibimbanginya sejak dari mula lagi.
Yang soleh pasti mudah untuk ditemui, tapi bagaimana yang sefikrah?
Menangis lagi.
Pilihan orang tua yang perlu diakur oleh nya.
Dia tiada pilihan. Bimbang keenganannya menjadikan dia derhaka pada kedua ibu bapanya.
Mereka tidak mengerti, mengapa puterinya itu menangis.

mas kawin dengan 4 jilid kitab tafsir! subhanallah..

“Aku terima nikahnya, fulanah binti fulan dengan mas kahwinya 10 dinar.”

Ijab qabul telah termeterai. Bagaimana keadaan ukhti itu?
Apakah dia dapat melaburkan cinta dalam gelombang perjuangan bersama zaujnya?
Atau perjuangan itu bakal ditinggalkannya?

*****

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat.

Indikator utama dalam mencari pasangan tentulah AGAMA yang ada padanya.
Jika segalanya telah memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan oleh Rasulullah, maka seterusnya, carilah pasangan hidup yang sekufu dengan kita.
Sekufu dalam pelbagai perkara, lebih-lebih lagi sekufu dalam FIKRAH PERJUANGAN!
Jika lebih baik, carilah pasangan yang sekapal dengan kita dalam menuju destinasi utama dalam era perjuangan ini.
Bimbang kelak apabila berkahwin, rumah tangga pula yang menjadi haru dek kerana berlainan fikrah.
Bergaduh atas perkara-perkara furu’ jemaah masing-masing. Inilah yang perlu dielakkan.

*****
Beberapa kisah yang pernah menyentap jiwa saya mendengarnya.
Ada seorang akhawat ni, dia adalah seorang yang sangat aktif dalam gerak kerja dakwahnya di alam kampus seketika dahulu.
Lalu, selepas akad nikah, akhawat tersebut sunyi sepi, tiada khabar berita. Usrah pon ditinggalkan. Hilang begitu saja.
Rupanya, menjadi suri rumah sepenuh masa. Patuh pada arahan suami yang tidak membenarkan dia giat aktif dalam dunia dakwahnya. Keluar sana sini. Meting itu dan ini. Semuanya telah distopkan.
Oleh kerana, suaminya bukan lah orang yang faham.
Dahsyat bukan. Terlalu sayang. Terlalu-lalu..
Ada juga akhawat yang giat aktif semasa di kampus. Orang kuat dalam gerakan jemaahnya.
Selepas bernikah, dia meninggalkan gerakan jemaahnya itu. Mengikut jemaah si suami dan aktif menjadi sayap kiri pada perjuangan si suami.

Alllahu allah.. yang ini lagi sedih.
Bayangkan seorang yang bertahun-tahun kita bersamanya melalui dunia perjuangan. Bersama-sama mendapat tarbiyah suatu masa dahulu. Bersama-sama memikirkan siasah dalam perjuangan, menjadi mufakkirin dalam pelbagai perkara. Malah pernah bersama memegang tampuk piminan jemaah!
Lalu, perjuangan itu ditinggalkan. Sadis bukan.
Maka, disinilah sangat pentingnya mencari pasangan yang sekufu, sefikrah dengan kita.
Agar bahtera rumah tangga itu dapat dikemudi dengan tenang menuju destinasi yang sama dalam mencapai mardhotillah..

Pasti isi rumah tangga itu subur dan penuh dengan keberkatan..
Lalu, lahirlah cahaya mata generasi rabbani hasil adunan sebuah baitul musilm yang bahagia.
anak anugerah Allah..
anak-anak berjiwa pejuang.
jangan gentar anakku, Islam pasti dijulang..

Kita ini generasi tarbiyah, generasi yang rindukan perjuangan.
Yang mana perjuangan itu mendarah daging dalam jasad kita.
Mana mungkin ia berpisah!

“Ketahuilah bahawa kemenangan itu bersama dengan kesabaran, keluasan itu bersama dengan kegelisahan dan sedangkan kemudahan itu bersama dengan kesulitan.”
-H.R Tirmizi-
Baitul muslim connecting ummah..

~moga Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini.. Ya Muqallibal Qulub, Tahabbit Qulubana..
entri ini ditulis agar para akhawat tidak jauh dari perjuangan selepas alam berumah tangga. In sha Allah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...