✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Dia Dikhitbah!

Ukhti itu menangis.
Kedua tapak tangan ditelekup pada wajahnya.
Air mata dari tadi mengalir keluar.
Dia dikhitbah!
Mengapa perlu menangis? Apakah yang perlu dikesalkan? Beruntunglah, dirimu bakal menjadi suri hidup pada sang imam. Pemimpin agamamu dunia dan akhirat.
Bagaimana dia harus menerima muslimin itu. Padahal dia sendiri tidak pernah mengenalinya. Jauh lagi latar belakang keluarga muslimin itu diketahuinya.

menangislah kerana takutkan Allah..

Allahu Allah…
Sujud. Lama sujud ukhti pada ketika itu.
Tangisan sedunya hanya Allah saja yang mengerti.
Barangkali dia ada calon pilihan hatinya sendiri.
Baitul muslim kampusnya sedang giat usaha menyatukan hati kedua bakal mempelai.
Rapuh. Tiada kata yang mampu kelaur dari bibir ukhti itu.
Usianya yang begitu muda belum mencapai tahap matang menghadapi suasana baru itu.
Bagaimana perjuangan? Apakah dia sekufu?
Itulah yang dibimbanginya sejak dari mula lagi.
Yang soleh pasti mudah untuk ditemui, tapi bagaimana yang sefikrah?
Menangis lagi.
Pilihan orang tua yang perlu diakur oleh nya.
Dia tiada pilihan. Bimbang keenganannya menjadikan dia derhaka pada kedua ibu bapanya.
Mereka tidak mengerti, mengapa puterinya itu menangis.

mas kawin dengan 4 jilid kitab tafsir! subhanallah..

“Aku terima nikahnya, fulanah binti fulan dengan mas kahwinya 10 dinar.”

Ijab qabul telah termeterai. Bagaimana keadaan ukhti itu?
Apakah dia dapat melaburkan cinta dalam gelombang perjuangan bersama zaujnya?
Atau perjuangan itu bakal ditinggalkannya?

*****

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat.

Indikator utama dalam mencari pasangan tentulah AGAMA yang ada padanya.
Jika segalanya telah memenuhi kriteria-kriteria yang digariskan oleh Rasulullah, maka seterusnya, carilah pasangan hidup yang sekufu dengan kita.
Sekufu dalam pelbagai perkara, lebih-lebih lagi sekufu dalam FIKRAH PERJUANGAN!
Jika lebih baik, carilah pasangan yang sekapal dengan kita dalam menuju destinasi utama dalam era perjuangan ini.
Bimbang kelak apabila berkahwin, rumah tangga pula yang menjadi haru dek kerana berlainan fikrah.
Bergaduh atas perkara-perkara furu’ jemaah masing-masing. Inilah yang perlu dielakkan.

*****
Beberapa kisah yang pernah menyentap jiwa saya mendengarnya.
Ada seorang akhawat ni, dia adalah seorang yang sangat aktif dalam gerak kerja dakwahnya di alam kampus seketika dahulu.
Lalu, selepas akad nikah, akhawat tersebut sunyi sepi, tiada khabar berita. Usrah pon ditinggalkan. Hilang begitu saja.
Rupanya, menjadi suri rumah sepenuh masa. Patuh pada arahan suami yang tidak membenarkan dia giat aktif dalam dunia dakwahnya. Keluar sana sini. Meting itu dan ini. Semuanya telah distopkan.
Oleh kerana, suaminya bukan lah orang yang faham.
Dahsyat bukan. Terlalu sayang. Terlalu-lalu..
Ada juga akhawat yang giat aktif semasa di kampus. Orang kuat dalam gerakan jemaahnya.
Selepas bernikah, dia meninggalkan gerakan jemaahnya itu. Mengikut jemaah si suami dan aktif menjadi sayap kiri pada perjuangan si suami.

Alllahu allah.. yang ini lagi sedih.
Bayangkan seorang yang bertahun-tahun kita bersamanya melalui dunia perjuangan. Bersama-sama mendapat tarbiyah suatu masa dahulu. Bersama-sama memikirkan siasah dalam perjuangan, menjadi mufakkirin dalam pelbagai perkara. Malah pernah bersama memegang tampuk piminan jemaah!
Lalu, perjuangan itu ditinggalkan. Sadis bukan.
Maka, disinilah sangat pentingnya mencari pasangan yang sekufu, sefikrah dengan kita.
Agar bahtera rumah tangga itu dapat dikemudi dengan tenang menuju destinasi yang sama dalam mencapai mardhotillah..

Pasti isi rumah tangga itu subur dan penuh dengan keberkatan..
Lalu, lahirlah cahaya mata generasi rabbani hasil adunan sebuah baitul musilm yang bahagia.
anak anugerah Allah..
anak-anak berjiwa pejuang.
jangan gentar anakku, Islam pasti dijulang..

Kita ini generasi tarbiyah, generasi yang rindukan perjuangan.
Yang mana perjuangan itu mendarah daging dalam jasad kita.
Mana mungkin ia berpisah!

“Ketahuilah bahawa kemenangan itu bersama dengan kesabaran, keluasan itu bersama dengan kegelisahan dan sedangkan kemudahan itu bersama dengan kesulitan.”
-H.R Tirmizi-
Baitul muslim connecting ummah..

~moga Allah thabatkan hati kita dalam perjuangan ini.. Ya Muqallibal Qulub, Tahabbit Qulubana..
entri ini ditulis agar para akhawat tidak jauh dari perjuangan selepas alam berumah tangga. In sha Allah.. :)

11 comments:

slm anjang.. waa.. mantaplah anjang skrg.. bait muslim gtu..=) tapi ucu setuju dgn pandangan yang anjang utarakan tu.. cuma nak tambah cket..ada jg zauj yang faham ttg perjuangan, tp tak izinkan zaujahnya bersama turun ke lapangan masyarakat..cemburu mungkin, atau mgkn si isteri perlu menjadi suri di rumahnya sahaja.. tak tahulah anjang..fikir2.bimbang pulak nak nikah.. kalu kahwin kena sekat, baik sorang2 mudah bawak diri.. nak g jumpe adk brdk pun senang..;)tak gitu anjang?=) anjang jgn lupakan kami ye..moga anjang terus thabat..jg kshtn ye..syg sokmo..

 

Cadangan utk anjang, mungkin blh buat satu kertas kerja "Retorik sebuah Baitul Muslim"..=)

 

alaikuma salam..
btol tu ucu, tp jgn smpai takot nk bernikah pula, sbb kita lah yg bkl lahirkan generasi yg akn memimpin ummah satu hari nnti :) xke gitu. hehe.

kak afnan: terpikir jugak pada baitul muslim ni, akan datang sy cube ushakan.. tp mgkin bukan lagi retorik kot.. yg jadi retoriknya bila pgurusan yg xberapa nk munazhommah.. maka, munazhom kan! hehe :)

 

Anjang..betul lah, kita nie bakal ibu kpd para mujahidin.. xkan nak harapkan minah rempit pula kan anjang.. kita kene perkukuhkan peribadi kita la anjang kan..doakan ucu jg ea..ha anjang, bagus idea angah pip tu.. Cubelah anjang..=)ucu sokong dan sudi jadi responden..hehehe...

 

salam alayk..salam ziarah..
huhu..
isu ni quite complicated pada pandangan akak...

cuma nya nak quote
'Ada juga akhawat yang giat aktif semasa di kampus. Orang kuat dalam gerakan jemaahnya.

Selepas bernikah, dia meninggalkan gerakan jemaahnya itu. Mengikut jemaah si suami dan aktif menjadi sayap kiri pada perjuangan si suami.

Alllahu allah.. yang ini lagi sedih. '
tak leh ek?

 

Salamullahi alaikum.. ramainya yg ziarah serikandi kaktus nie..=) alhamdulillah.. ana nak kongsi sedikit pandangan kpd semua yang bace post nie.. hmm.. kalau kita dah bina cinta kita dengan seseorang yang kita sayang, yang kita berjanji mahu bersama hingga ke syurga.. pasti kita akan setia.. baik buruk pada pasangan kita, pasti kita akan terima dengan hati yang terbuka.. ;) begitu juga kalau kita telah berjanji setia dengan sesebuah jemaah..pasti kita akan sanggup berkorban setiap masa mahupun segalanya.. kita perlu bijak membezakan antara jemaah dan gerakan.. bukan semua jemaah adalah gerakan, akan tetapi sesebuah gerakan itu pasti sebuah jemaah..=) bagi ana, kesetiaan kepada gerakan yang kita berintima' itu adalah aula, kerana taat, thiqah dan thabat termasuk dalam antara sepuluh rukun bai'ah..=) pandangan ana, meninggalkan perjuangan dan mengkhianati gerakan kerana pasangan hidup adalah permulaan langkah hidup yang kurang 'smart'.. terpulang kepada setiap individu nak meletakkan ia boleh atau tak, mahupun salah ataupun tidak.. kecintaan terhadap jalan perjuangan yang telah dipilih mampu menterjemahkan jawapan yang terbit dari hati.. mohon pencerahan fikrah melalui pancaran sinaran tarbiyah!=) teruskan perjuangan buat semua..

 

Assalamualaikum ukhti fillah.
Ana suka entri ini kerana mengupaskan tentang baitul muslim. Isu yang kalau dibincangkan mesti panjang, terutamanya kalau org yg ade jemaah, dakwah dan tarbiyyah, orang2 yg takde, semua fikir benda ni sekejap je kan.

Betapa perkahwinan itu adalah satu elemen penting dalam berdakwah, malah ada dalam 7 maratib amal kita bukan ?

Kata Imam Syahid Hassan Al-Banna : “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantika, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah.

Inilah sebenar2 perkahwinan yang hidup. Perkahwinan yang disandarkan kepada dakwah.

Pada ana, jodoh adalah urusan Allah. Mungkin sahaja takdir jodoh kita adalah ikhwah, dan mungkin sahaja bukan. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Dan ketentuan Allah itu adalah berdasarkan ilmu-Nya bukan ?

Dia lebih tahu kita sekufu atau tidak.

Cuma tugas kita adalah untuk berusaha dan mencarinya.

Kalau boleh, memang kita mahukan yang bertarbiyyah, yang sama jemaahnya dengan kita. Alhamdulillah jika diberikan oleh-Nya. Dan ternyata amanat dari-Nya dan tanggungjawab membina baitul muslim itu lebih besar.

Tetapi jika tidak dpat yang satu jemaah, kesyukuran patut dipanjatkan kerana sekurang-kurangnya ada jodoh buat kita.

Sebab itulah, jika sebelum berkahwin, betulkan niat dulu. InshaAllah, Allah akan menolong kita dapatkan apa yang diniatkan !

Memang tidak dinafikan, ada yang tidak sesemangat berdakwah selepas berkahwin. Tak boleh pergi ke program lah, nak gi usrah anak pulak tak sihat. Suami pulak tak bagi aktif sgt.

Pertama sekali, jika berlaku kepada akhawat kita, menjadi tugas kita untuk terus menyokongnya. Bukan menunding jari kepadanya.

Tiap2 orang diuji dengan jihad yang berlainan bukan. Mungkin jihad akhawat kita dari segi perkahwinannya, dan lainnya bagi kita.

Tahap iman kita yang tinggilah mampu menentukan sekuat mana kita mampu bertahan dengan jihad kita itu tadi.

Dan, tanamkan dalam diri, ikhwah ataupun akhawat yang mahu kita kahwini, juga manusia biasa bukan. Ada kelemahannya. Jangan ingat bila ada tarbiyyah je, semua benda perfect. Sebaliknya, teruslah sama2 mencuba untuk mencapai 10 muwassofat tarbiyyah. Sebab itu bagi ana sendiri, ana lebih menitikberatkan untuk mencari bakal pasangan yang mempunyai individu Muslim yang bagus. Tp tidak bermakna ana tidak menitikberatkan jemaahnya.

Pentingnya atau tidak tentang menitikberatkan jemaah dalam perkahwinan bergantung kepada individu. Tetapi berdasarkan pd pengalaman ana, semakin lama dalam tarbiyyah, biasanya mereka akan lebih fhm kenapa perlunya bakal pasangan yang satu fikrah.

Seperti yg ana cakapkan di atas td,Allah lebih tahu tentang diri kita lebih dari diri sendiri yang tahu.

Menjawab persoalan teacher diba di atas, kalau takut masalah itu akan berlaku, dan jika memang konfem bakal jodoh kita itu dari jemaah yang berlainan, berbincanglah kerana itu cara yang baik. Dan pastikan bakal pasangan faham cara kita bergerak.

Dan sebaiknya untuk jodoh ini, adalah istikharah kepada-Nya. InshaAllah !

dariku, ukhti
http://mylittlepencil.wordpress.com

 

jzkk atas komen antunna semua. alhamdulillah satu percambahan ilmu baru nmpaknya.

ukht si pensil: terima kasih atas kunjungn ukht di blog kanak3 ini.

jemput ziarah dan komen lagi di sini.

seeru ala barakatillah :)

 

mengapa sy bru prasan entry ini..
anda sudah matang!

 

imttiyaz:
awak bz kot ye time tuh. masa sy update artikel ni awak tak bersama laptop brgkali. hmpir setahun post ni.. :)

istikharah ^^

 

cengkewah3 anjang.. ptt la nampak semakin matang sekarang. ahahaha

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...