✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

~baitul dakwah wa baitul tarbiyah

alhamdulillah thumma alhamdulillah.

ya Allah, tak tahu nak kata apa. lately ni sgt rajin membaca blog orang berbanding mempublish sumting ke bblog sendiri. termuhasabah dengan post kak afnan (kakak seperjuangan saya). hingga membuat saya mengambil masa menguzlah 'blog' untuk duduk bermuhasabah sendirian. ya Aziz, alhamdulillah.

on sajer akaun fb, penuh dengan komen sahabat sahabiah. ruangan group batch dalam FB pula penuh dengan undangan walimah sahabat-sahabat sebatch. lidah melafazkan syukur bilamana melihat seorang sahabiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan ikhwah sebatch. alhamdulillah mereka semakin matang dalam mengurus kehidupan. lalu, memilih jalan berumah tangga sebagai wasilah lebih mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w. alfun mabruk untuk antum sumer.

bila kita bicara tentang perkahwinan, pasti ia sering disebut manja sebagai ' baitul muslim' dalam kalangan ahli gerakan atau jemaah. istilah yang sungguh femes disebut sebagai 'rumahtangga muslim.' ia bukan lagi sebagai sebuah majlis perkahwinan yang biasa, merewang, naik pelamin sebagaiamana orang awam yang lain. sudah pasti baitul muslim ini adalah berbeza konsepnya dari sudut tarbiyah dan dakwah. rumahtangga pejuang! 

bila kita melihat semula maratibul amal atau qaedah sulbah yang telah disusun oleh ayahanda As-syahid Imam Hassan Al Banna yang mana meletakkan rumahtangga muslim di tangga kedua selepas pembentukan fardhu muslim. maka jelaslah bagi kita, sebagai seorang muslim yang ingin mendirikan rumah tangga, hal pertama yang perlu diselesaikan adalah peribadi mereka. yang mana peribadi bagi seorang individu muslim itu perlulah tersibghah dengan sibghah Allah. dengan menjadikan peribadi mereka terpantul dengan kewaraqan dan qudwah di dalam diri mereka. namun dalam pembentukan fardhu muslim bukanlah dapat terbentuk dengn mudah. bukan hanya terbentuk dengan beberapa hari sahaja. bahkan ia memakan masa yang lama dan panjang. pembentukan baitul muslim adalah kesinambungan daripada fardhu muslim.


-proses takwin yang panjang dan sukar-

cuba kita membuat refleksi kepada marhalah tarbiyah yang menekankan marhalah kedua yang dikenali sebagai takwin yakni pembentukan. yang mana proses marhalah pembentukan ini adalah memakan masa yang panjang dan sukar. ia perlu melalui fasa taarif terlebih dahulu. yang mana fasa ini pula memakan masa bertahun-tahun untuk pergi ke marhalah takwin. sukar dan panjang bukan. begitu jugaklah dalam pembikinan individu muslim ini. ia perlu disebatikan dengan kefahaman Islam yang tinggi serta santunan tarbiyah yang mendalam.

hal perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah atau ringan. ia bukan seperti main pondok-pondok di zaman kanak-kanak. walhal ia perlu dipandang serius dan matang. berkahwin bukanlah untuk memenuhi kehendak nafsu, bahkan ia merupakan taggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh kedua pasangan selepas diijab kabulkan. kerana di sebalik tirai perkahwinan itu ia mengandungi tuntutan-tuntutan syarak yang perlu ditunaikan baik dari sebelah ikhwah mahupun akhawat. dengan hal ini lah, perkahwinan adalah menjadi tanggugjawab besar bagi kedua mempelai. ia bukan sekadar memenuhi hak suami isteri sahaja bahkan pengurusan proses pentarbiyahan di dalam rumahtangga itu sendiri. tarbiyah untuk suami dan isteri serta anak-anak.

-baitul muslim nan indah, subhanallah-

baitul dakwah wa tarbiyah

Kehidupan di dalam baitul dakwah, dunia bukan menjadi matlamat utama tetapi dunia ini menjadi batu loncatan untuk bahagia di akhirat kelak. Kita sedia maklum bahawa sunnah dalam perjuangan itu payah sekali. Jalannya berliku-liku dan penuh dengan pengorbanan. mereka yang mencintai dakwah harus ingat bahawa  dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus  hingga ke dalam pembentukan baitul dakwah. dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. oleh itu pembinaan dan pemilihan pasangan yang baik harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.  (muharrik daei)

Dalam konteks baitul dakwah, fitrah perasaan seorang perempuan sedikit sebanyak perlu dikorbankan pada waktu-waktu tertentu. Menjadi seorang zaujah yang matang, kuat dan tabah itu perlu. pelbagai kisah para ummul mukminin yang wajar kita tauladani untuk dijadikan ibrah dalam melayari bahtera rumahtangga ini.  maka, mencari pasangan hidup yang sekufu itu adalah yang terbaik setelah kita mengutamakan keteria yang digariskan oleh NAbi s.a.w. . sekufu dari sudut fikrah perjuangan dan corak pentarbiyahan. 


dengan wujudnya rumahtangga dakwah ini ia sekaligus akan membentuk generasi pewaris  yang telah disantuni dengan  tarbiyah serta pasakan kefahaman Islam yang mendalam. anak-anak yang lahir dari keluarga pejuang ini harus ditarbiyah dan dididik selari dengan tuntutan al quran dan juga as sunnah. suami atau zauj harus memainkan watak penting dalam proses pembentukan baitul tarbiyah ini. ajarkan anak-anak untuk mengenali Islam dengan lebih jelas. dan proses pembentukan fardhu muslim dibina seawal usia kanak-kanak itu dilahirkan lagi sehingga mereka dewasa dan mencapai tahap kematangannya. mereka inilah yang bakal mewarisi pejuangan ibu bapa mereka dan meneruskan seruan dakwah kepada masyrakat.  rumahtangga sebegini adalah mereka yang menjadikan Allah sebagai yang paling utama dan meletakkan tuntutan dakwah dan tarbiiyah sebagai tanggugjawab besar dalam memelihara keharmurnian rumahtangga.

sabda Nabi s.a.w:  

أكرموا أولدكم وأحسنوا أدبهم
"berlaku pemurahlah dengan anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlaq yang baik"

maka, qudwah dan kewaraqan ibu dan bapa adalah menjadi pantulan kepada anak-anak zuriat yang bakal dilahirkan. hidup dan mendewasalah mereka dalam rangkulan dan deru nafas Iman dan Islam. baitul dakwah dan baitul tarbiyah bukan lagi sebuah retorik. tapi realiti dan andalah yang menentukannya. 


serikandikaktus: 

saya dengan lafaz syukur mengucapkan tahniah kepada sahabat dan sahabiah yang bakal dan yang telah pun melangsungkan perkahwinan. moga-moga terbentuklah baitul dakwah dan baitul tarbiyah di dalam baitul muslim antum semua. 
barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama bainakuma fi kheir.

~doakan untuk akhawat yang lain juga :)



ISTIQAMAH itu jalannya sukar.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mngasihani..

Alhamdulillah wa alhamdulillah wa alhamdulillah. Dengan  keizinan dari Sang Khaliq,  masih lagi si hamba ini dapat menghirup udara iman dan Islam. Beberapa hari lepas saya sempat ke bumi barakah itu lagi! Sampaikan pakcik guard, pakcik Arif sangat memaklumi mengapa saya kerap sangat ke sana. "smutem pakcik. hehe.." maka, boloslah saya ke pekarangan ardu tarbiyah wa barakah itu. 
(Smutem: Sketeriat mnyambung pelajaran ke Timur Tengah)

Alhamdulillah, adik-adik semakin membesar dengan ruh tarbiyah. Wajah-wajah baru adik-adik diploma semester satu kelihatan suci dan syahdu. Jiwa-jiwa yang sedang memproses hati menjadi suci dan bersih dalam  meninggalkan debu-debu jahiliyah dalam diri. Halaqah ilmiah petang asar itu membentuk bulatan yang besar. Gembira dan sejuknya hati saya. Moga-moga ianya kekal subur dibasahi inzar-inzar yang mampu menyuntik jiwa-jiwa muda yang masih bertatih menghirup tegukan tarbiyah itu. Allahummaftah alaikunna.

Bilamana saya menjejakkan kaki kesana,  saya rasa terpukul dengan ketukan sang Rabbi. Allah.. jiwa mula merindui biah yang pernah terbentuk di dalam diri suatu masa dulu. Beberapa bulan yang lepas sebelum menamatkan pengajian sempat saya bertanya pada murabbi, menyatakan kebimbingan saya ketika itu.

" Ustaz, bagaimana nak membentuk  biah yang indah ini dirumah apabila keluar dari dq nanti?"

"Istiqamah." ringkas jawapan yang diberikan oleh murabbi. 

فاستقم كما أمرت

Mengertilah saya bahawa jalan untuk istiqamah itu adalah sukar. Ia perlukan mujahadah yang kuat. Barangsiapa yang berusaha mendapatkannya, maka mereka akan berjaya. 

Jika hari ini dan saat ini, saya bertanya kepada anda semua (bekas pelajar dq terutamanya) adakah anda masih istiqamah dan sesufi sebagaiamana anda di dq dahalu.? Bagaimana mutabaah amal anda? Bagaiamana solat jemaah anda? bagaiamana QIAM anda? bagaimana mathurat? bagaiamana zikir harian? bagaimana solat-solat sunat yang lain? DAN BAGAIAMAN IADAH? BAGAIAMANA QURAN ANDA?

Sudah tentu saya yang terlebih dahulu sepatutnya menjawab segala persoalan di atas. Maka, jujurnya saya menyatakan bahawa ia adalah sesuatu yang berbeda apabila kaki melangkah keluar dari biah yang penuh kesufian itu. Mengapa?

Adakah persekitaran yang membentuk jiwa kita? Adakah suasana yang memberangsangkan kita? Lalu, bagaiamana ingin mengekalkan istiqamah ini jika kita bergantung kepada persekitaran semata. Saya akui, persekitaran di kampus dq dahulu sedikt sebanyak mengajar saya erti tarbiyah, erti istiqamah serta membentuk peribadi diri disamping mendapat peneranagan ilmiah melalui para asatizah dan barisan pimpinan di sana. Darul quran adalah biah yang sufi. Ia penuh dengan ketengan. Asyiknya melihat sahabiah menghafal ayat-ayat suci kalamullah, keseronokan dalam  mengisi rohani dengan suapan majlis ilmu dan kesejukan jiwa berada dalam soff menunaikan solat berjemaah. Biah itu sungguh damai. Hinggakan saya ingin rasa kekal dalam rangkulan biah itu selamanya...


Ya Allah...... Sukarnya untuk ISTIQAMAH..

ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan. Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu Muslim.

Jika ia dilihat pada struktur Bahasa Arabnya, ia bermaksud terus diminta berdiri. Sesuai jugalah dengan Bahasa Melayunya yang boleh difahamkan sebagai sentiasa teguh berdiri. Atau jika di dalam Bahasa Inggerisnya, boleh juga difahamkan sebagai standing up consistently. Ada dua unsur penting pada definisi permulaan ini, iaitu berterusan dan kekal di dalam suatu keadaan, dan unsur keduanya pula ialah berdiri. Iaitu kondisi diri yang aktif lagi dinamik.

Daripada Abu `Amru (atau digelar juga Abu `Amrah)Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkatatanya kpd Rasulallah.'Wahai Rasulullah..Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah,' Aku beriman kepada Allah.Kemudian hendaklah engkau beristiqamah'
[Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Istiqamah ini sukar kerana ia berlawanan dengan kehendak nafsu. Ini kerana nafsu adalah cenderung ke arah keseronokan, kerosakan, kelalaian dan kebinasaan. Sedangkan  istiqamah adalah satu kebaikan yang mulia di sisi Allah. Bilamana ia bertembung, maka dua mekanisma ini sering berlawan. Dan kebiasaanya jika lemahnya iman seseorang itu maka mereka akan mengikut telunjuk hawa nafsu. Tewas seketika. Istiqamah  juga sukar kerana kurangnya rasa syukur kepada Allah. dalam kita dapat melakukan ketaatan kepada Alalh adalah daripada pilihan Allah bukanlah pilihan kita.

Firman Allah:
Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,"Sekiranya kamu bersyukur,nescaya aku akan menambahkan nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatku,pasti azabku amat berat
[ Ibrahim: 7]

Maka, disaat Allah melimpahkan kepada kita nkmatnya yang begitu banyak, janganlah sesekali kita mengabaikannya. Ramai sahaja orang yang rumahnya berhampiran dengan masjid, namun berapa ramaikah yang istiqamah melakukan solat jemaah setiap waktu solat? Berapa ramai yang menggunakan nikmat masjid ynag disediakan.

Sungguh istiqamah itu sukar.

"Ahabba `amala ilallahi `azzawajalla adwamuhu wain qalla "
" Amalan yang disukai Allah ialah yang dibuat secara istiqamah sekalipun sedikit."
 (Riwayat Bukhari)

Diingatkan bahawa istiqamah bukan sahaja dalam perkara suruhan. Malah dalam perkara larangan juga kita sewajibnya istiqamah untuk meninggalkannya. Dengan kata lain, beramal hendaklah secara tetap, rajin dan terus-menerus.

Ketaatan dgn paras iman itu sama. Jika iman meningkat, mudahlah melakukan ketaatan. Jika iman merudum, senanglah melakukan kemungkaran .Oleh sebab itu, hiduplah dalam jemaah manusia yang boleh menegur dan menasihati kita di kala kita mengalami krisis kejatuhan iman. Kawan-kawan yang baiklah penyelesaiannya.

Maka, antara pendorong kita untuk terus istiqamah adalah kelompok atau kumpulan atau jemaah yang sering memberi ingatan atau nasihat. Begitulah pentingnya kehidupan di bawah satu lembayung pimpinan jemaah, yang mana mereka akan sering mengingatkan kita tentang Allah. Bersama-sama membaiki iman dari semasa kesemasa. Maka dengan hal yang demikian, akan menjadikan kita tegar di atas jalan dakwah yang kita bawa ini. Baik dari istiqamahnya kita dalam beribadah kepada Allah jua istiqamah di atas perjuangan Islam yang kita sesuri ini.

Begitulah Islam mengajar kita untuk senantiasa bersyukur di atas nikmat dan kurniaan Allah. Bilamana nikmat istiqamah ini diberikan oleh Allah, maka hendaklah kita berusaha dan bermujahadah untuk menjaganya. Ini penting bagi memastikan iman kita sentiasa konsisten dan bertambah dari hari ke hari.

69. And those who strive In Our (cause),- we will certainly guide them to Our paths: for Verily Allah is with those who do right.
[al ankabuut: 69]


Sesungguhnya istiqamah itu bukanlah sesuatu perkara yang mustahil. Anda, saya dan sesiapa jua mampu mengekalkam tahap keimanan masing-masing  berdasarkan biah yang terbentuk di dalam jiwa kita. Ayuh, kita istiqamah!

*doa itu perkara yang pasti. Hanya kepada Nya sahaja tempat segala memohon dan mengharapkan pertolongan..

Wallahu’alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...