✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

~baitul dakwah wa baitul tarbiyah

alhamdulillah thumma alhamdulillah.

ya Allah, tak tahu nak kata apa. lately ni sgt rajin membaca blog orang berbanding mempublish sumting ke bblog sendiri. termuhasabah dengan post kak afnan (kakak seperjuangan saya). hingga membuat saya mengambil masa menguzlah 'blog' untuk duduk bermuhasabah sendirian. ya Aziz, alhamdulillah.

on sajer akaun fb, penuh dengan komen sahabat sahabiah. ruangan group batch dalam FB pula penuh dengan undangan walimah sahabat-sahabat sebatch. lidah melafazkan syukur bilamana melihat seorang sahabiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan ikhwah sebatch. alhamdulillah mereka semakin matang dalam mengurus kehidupan. lalu, memilih jalan berumah tangga sebagai wasilah lebih mendekatkan diri kepada Allah dan seterusnya mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w. alfun mabruk untuk antum sumer.

bila kita bicara tentang perkahwinan, pasti ia sering disebut manja sebagai ' baitul muslim' dalam kalangan ahli gerakan atau jemaah. istilah yang sungguh femes disebut sebagai 'rumahtangga muslim.' ia bukan lagi sebagai sebuah majlis perkahwinan yang biasa, merewang, naik pelamin sebagaiamana orang awam yang lain. sudah pasti baitul muslim ini adalah berbeza konsepnya dari sudut tarbiyah dan dakwah. rumahtangga pejuang! 

bila kita melihat semula maratibul amal atau qaedah sulbah yang telah disusun oleh ayahanda As-syahid Imam Hassan Al Banna yang mana meletakkan rumahtangga muslim di tangga kedua selepas pembentukan fardhu muslim. maka jelaslah bagi kita, sebagai seorang muslim yang ingin mendirikan rumah tangga, hal pertama yang perlu diselesaikan adalah peribadi mereka. yang mana peribadi bagi seorang individu muslim itu perlulah tersibghah dengan sibghah Allah. dengan menjadikan peribadi mereka terpantul dengan kewaraqan dan qudwah di dalam diri mereka. namun dalam pembentukan fardhu muslim bukanlah dapat terbentuk dengn mudah. bukan hanya terbentuk dengan beberapa hari sahaja. bahkan ia memakan masa yang lama dan panjang. pembentukan baitul muslim adalah kesinambungan daripada fardhu muslim.


-proses takwin yang panjang dan sukar-

cuba kita membuat refleksi kepada marhalah tarbiyah yang menekankan marhalah kedua yang dikenali sebagai takwin yakni pembentukan. yang mana proses marhalah pembentukan ini adalah memakan masa yang panjang dan sukar. ia perlu melalui fasa taarif terlebih dahulu. yang mana fasa ini pula memakan masa bertahun-tahun untuk pergi ke marhalah takwin. sukar dan panjang bukan. begitu jugaklah dalam pembikinan individu muslim ini. ia perlu disebatikan dengan kefahaman Islam yang tinggi serta santunan tarbiyah yang mendalam.

hal perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah atau ringan. ia bukan seperti main pondok-pondok di zaman kanak-kanak. walhal ia perlu dipandang serius dan matang. berkahwin bukanlah untuk memenuhi kehendak nafsu, bahkan ia merupakan taggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh kedua pasangan selepas diijab kabulkan. kerana di sebalik tirai perkahwinan itu ia mengandungi tuntutan-tuntutan syarak yang perlu ditunaikan baik dari sebelah ikhwah mahupun akhawat. dengan hal ini lah, perkahwinan adalah menjadi tanggugjawab besar bagi kedua mempelai. ia bukan sekadar memenuhi hak suami isteri sahaja bahkan pengurusan proses pentarbiyahan di dalam rumahtangga itu sendiri. tarbiyah untuk suami dan isteri serta anak-anak.

-baitul muslim nan indah, subhanallah-

baitul dakwah wa tarbiyah

Kehidupan di dalam baitul dakwah, dunia bukan menjadi matlamat utama tetapi dunia ini menjadi batu loncatan untuk bahagia di akhirat kelak. Kita sedia maklum bahawa sunnah dalam perjuangan itu payah sekali. Jalannya berliku-liku dan penuh dengan pengorbanan. mereka yang mencintai dakwah harus ingat bahawa  dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus  hingga ke dalam pembentukan baitul dakwah. dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. oleh itu pembinaan dan pemilihan pasangan yang baik harus menjadi prioriti dalam membina generasi pewaris.  (muharrik daei)

Dalam konteks baitul dakwah, fitrah perasaan seorang perempuan sedikit sebanyak perlu dikorbankan pada waktu-waktu tertentu. Menjadi seorang zaujah yang matang, kuat dan tabah itu perlu. pelbagai kisah para ummul mukminin yang wajar kita tauladani untuk dijadikan ibrah dalam melayari bahtera rumahtangga ini.  maka, mencari pasangan hidup yang sekufu itu adalah yang terbaik setelah kita mengutamakan keteria yang digariskan oleh NAbi s.a.w. . sekufu dari sudut fikrah perjuangan dan corak pentarbiyahan. 


dengan wujudnya rumahtangga dakwah ini ia sekaligus akan membentuk generasi pewaris  yang telah disantuni dengan  tarbiyah serta pasakan kefahaman Islam yang mendalam. anak-anak yang lahir dari keluarga pejuang ini harus ditarbiyah dan dididik selari dengan tuntutan al quran dan juga as sunnah. suami atau zauj harus memainkan watak penting dalam proses pembentukan baitul tarbiyah ini. ajarkan anak-anak untuk mengenali Islam dengan lebih jelas. dan proses pembentukan fardhu muslim dibina seawal usia kanak-kanak itu dilahirkan lagi sehingga mereka dewasa dan mencapai tahap kematangannya. mereka inilah yang bakal mewarisi pejuangan ibu bapa mereka dan meneruskan seruan dakwah kepada masyrakat.  rumahtangga sebegini adalah mereka yang menjadikan Allah sebagai yang paling utama dan meletakkan tuntutan dakwah dan tarbiiyah sebagai tanggugjawab besar dalam memelihara keharmurnian rumahtangga.

sabda Nabi s.a.w:  

أكرموا أولدكم وأحسنوا أدبهم
"berlaku pemurahlah dengan anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlaq yang baik"

maka, qudwah dan kewaraqan ibu dan bapa adalah menjadi pantulan kepada anak-anak zuriat yang bakal dilahirkan. hidup dan mendewasalah mereka dalam rangkulan dan deru nafas Iman dan Islam. baitul dakwah dan baitul tarbiyah bukan lagi sebuah retorik. tapi realiti dan andalah yang menentukannya. 


serikandikaktus: 

saya dengan lafaz syukur mengucapkan tahniah kepada sahabat dan sahabiah yang bakal dan yang telah pun melangsungkan perkahwinan. moga-moga terbentuklah baitul dakwah dan baitul tarbiyah di dalam baitul muslim antum semua. 
barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama bainakuma fi kheir.

~doakan untuk akhawat yang lain juga :)



11 comments:

ana menanti kad wangi enti ni..

 

hehe.. kita bgi yg senior3 dulu lah yer. adik-adik yg muda sdg bertatih nk berjuang :)

 

hasek2 cakap pasal bait muslim je. kamu ni, tak lama dah ni ;)

*jap, komen kamu kat atas ni tak serupa bikin la. dekat fb kata, "bagi adik2 dulu", tapi kat sini kata, "bagi yang senior2 dulu". mana satu nih?? =.=

 

mana ada hasek. bru dua kli kot. lgpun sy berkawan ngn org2 yang nk bina baitulmuslim. nk wat camana kan.. :)

dekat kamu jer sy kata bg 'adik-adik' dulu. mmndgkan kondisi kamu masa tuh. huhu. kat owg lain sy akan kata 'bg senior dulu'. aulakan yg kakak. itu lbh afdal. ^^

 

Salam alaik.

Thanks for this sharing, menarik. (=

membentuk jati diri muslimah yang kental dulu sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan yang bakal menuntut seribu satu pengertian.

p/s : nampak mcm dah matang utk ke arah tu ni? hehehe (=

 

serikandi kaktus kecil!

saUDARI semakin matang...!!

aLhamdulillah...

 

izati hashim: nmpaknya ke arah begitulah. hehe :)

ana imtiyaz: kamu ni.. baru tahu ker. mgkin berkat doa korg jugak kat anjg gaknya. trimas3! hoho ^^

 

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah,saya pun mmg ingin berbicara ttg `baitul muslim` ni. Sekadar cetusan saja. Dari segi Usul AlFiqh, nas dalil dzon dari Qot`ie Tsubut yang menjadi perbahasan mazhab adalah dari Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَآ إِن ظَنَّآ أَن يُقِيمَا حُدُودَ ٱللَّهِ bahawasanya kedua2 (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya `berat-sangka` kami jika kedua2nya mesti menegakkan hukum Allah`.
W/pun ayat ini mengenai perkahwinan kali kedua, tetapi itulah `istidlal` atau yang menjadi dalil dlm bab perkahwinan. dari segi kaedah Usul AlFiqh, `ibrah` yang diambil adalah dari lafaz umum dan bukan lafaz khusus. Para Imam mazhab pula, mrk adalah orang yang rosikh dari segi ilmunya. Lebih jelas lagi, perkahwinan adalah `dzon` atau harus tetapi sekiranya mrk ingin teruskan perkahwinan, pastikan kedua2nya boleh menegakkan hukum Allah. Jadi janganlah hairan, jika sekiranya ramai juga imam mazhab yang tidak berkahwin termasuklah Imam Syafi`e dan Imam Nawawi rahmatullah alaihuma. (Terpulanglah kalau ada yang tidak percaya) Tetapi apa yang saya nak fokuskan sekarang ini adalah `menegakkan hukum Allah`. Sejauhmanakah kita telah mempelajari AlQuran kalimah demi kalimah seperti yang disarankan oleh Allah SWT. Surah Al`Araaf:158فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِىِّ ٱلۡأُمِّىِّ ٱلَّذِى يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَڪَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّڪُمۡ تَهۡتَدُونَ Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.
Rasulullah saw telah beruisaha mempelajari AlQuran sehingga dapat kembali memilik bumi yang diwariskan kepada orang2 mukmin. Surah AlQasas:85إِنَّ ٱلَّذِى فَرَضَ عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لَرَآدُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ۬‌ۚ Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) Al-Quran (wahai Muhammad) supaya dapat kembali tempat pengembalian ( engkau ingini dan cintai)`.
Dengan menegakkan hukum Allahh, wujudnya dari perseorangan kepada keluarga Islam, kepada masyarakat Islam dan negara Islam. Wallahualam.

 

Assalamualaikum..kakak(rasanya lebih sesuai).rasanya lebih menarik sekiranya artikel2 macam ini menggunakan istilah2 yg org awam boleh faham dan baca..contonhnya sibghah..marhalah tarbiyah..sekuarng2nya kalau ada org biasa yg baca..turut mendapat manfaat..xdak la dia juz lalu2 ja..sekian..

 

pengembara minda:

jazakallah atas peringtan dan teguran. insha Allah 'akak' akan cuba mnggunakan istilah yg lebih mudah difahami oleh pembaca.

:)

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...