✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

~introspeksi..

alhmadulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.
[rasa tak lengkap bila tidak panjatkan syukur pada Allah pada segala macam nikmat yang diberikannya ini]

harini masuk hari ketiga saya melakukan perkara yang tidak berapa baik ini. apedia??

tidur lewat dari yang selalu. jam tiga pagi masih tak tidur. apakah? insomnia kah? huhu. moga-moga tidak dan dijauhkan. harapnya dengan tidur lewat ni dapat juga lah kejut my little anak anak binaan tu untuk bangun tahajud. ameen. mintak-mintak diorang sedar.

alhamdulillah sebelum on laptop tadi, sempat saya menyiapkan latihan tahriri quran. semacam nak exam quran kat dq pulak ye. oleh kerana ketidak 'masysi'an, maka inilah inisiatif yang saya ambil untuk mudah mengingat. de whole quran tu, mahu mengigit jari nak kasi ingat dan lekat duk dalam hati dan kepala ni.. masha Allah masha Allah. sungguh berat amanah yang dipikul.


[tahriri: dibaca sbg latihan menulis, editorial]
[masyi: dibaca sbg mantop, lancar hafazannya]-istilah pelajar DQ. :)

bila jalan ini yang saya pilih (nak hafal quran), maka sesuailah tanggungjawab dan taklifan amanah ini dijaga sebaiknya. sape kata senang nak menjaga? Allahu Akbar! 

[al ahzab: 72]  see, betapa Allah dah jelaskan bahawa amanah ini berat, hatta gunung ganang, bumi juga langit tidak mampu memikulnya, lalu diberi pada manusia yg lagi zalim plus jahil ini.

muhasabahlah. muhasabahlah.


tadi dapat masej dari seorang sahabiah. semacam masejnya ini sangat meruntun jiwa. hingga menitik air mata membacanya. pandai juga dia buat esei ringkas dalam text masej ni. huhu. anda memang budak sastera yang tiptop lah!

"semalam kami lewat sampai dari perancangan yang asal. sebaik kami sampai, mata kami meliar mencari dia yang kami rindui. tapi pandangan kami terhenti pada sekujur tubuh yang sedang terbaring bertarung nyawa. segera kami mendekatinya. ada air mata yang tumpah. tapi siapa kami untuk menahannya. lebih 3 hari ibunya berkeadaan begini. sejam kami menanti insan yang kami rindui. sebaik sahaja kami ingin pulang, dia muncul tiba-tiba. ya Allah, adik.. dia terus ke katil ibunya dan kami hanya memerhati dari tepi. oh, air mata tumpah lagi. tenang wajahnya tetap terpamer sisa duka yang pernah merajai. seusai dia mendekati kami dan merangkul hiba. dia memohon maaf. ...."

:'(
 rasa nak nanges lagi. 

seorang akhawat saya yang sedang diuji keimanan dan ketabahan hati bagi melalui kehidupan yang realiti ini. emaknya sedang bertarung nyawa. akibat kanser yang dihidapinya. 4 hari lepas saya dapat masej dari akhawat tadi. lebih selesa saya menggelarkannya adik. 

"adik". seorang akhawat yang sangat saya merindui diriniya. bahkan bukan saya sahaja, malah lebih ramai yang merinduinya. 'kehilangan' nya membuat kami tertanya, mengapakah dia berkeaadan demikian. penguzlahan yang saya kira lama untuk menahan beban rasa rindu di hati terhadapnya. langsung kabar berita tidak kami terima. panggilan telefon yang mustahil sekali untuk dia menjawabnya. resah dihati semakin kuat bila adik bertindak diam menyepikan diri dari kami.

seolah jeritan batin yang menahan kerinduan terhadap dirinya tidak langsung diendah.

rasa putus asa? biarlah..

tidak. saya tidak akan melakukan demikian.

tak disangka, dengan kuasa Allah, 4 hari lepas adik menghantar masej kepada saya. rasanya ingin menjeritttt sekuat hati... dia yang saya rindui! namanya naik di skrin enset murah saya itu. rasa gembira, sedih, haru, hiba. segalanya diadun semua pada rasa yang terbit ketika itu.

"salam. anjang, mak kita sedang nazak. mohon doa. jzkk."

rasa nak menangis bila membaca masej adik! tak tahu nak kata apa. bibir cuma melantun kalimah innalillahi wa inna ilahi rojiun..

sekian lama saya mengharap adik merespon masej saya, tapi tadi... masej pertamanya berkedaan demikian. sungguh, saya boleh menggambarkan air muka adik. pasti dia sedang sedih. tidak kuat hadapi semua ini. saya perlu ada disisinya. tapi, jarak dan lokaliti kawasan yang menjadi penghalang. moga-moga, doaku ini sampai kepada ibumu adik.

dan semalam saya terima masej dari adik lagi:

"anjang,.. kita tahu mak kita akan pergi jua, tapi kita tak tahu macamana nak terima kenyataan tu.. mak kita semkin teruk.. anjang..."

ya Allah.... bertambah pilu dan hibanya hati saya.

saya merasakan dikala itu adik sungguh tidak kuat hadapi kenyataan yang bakal adik lalui. jika saya berada di kondisi adik, saya pasti berkeadaan demikian. cuma Allah. cuma Allah. kita hanya miliki Allah sebagai yang Maha Hebat.

kun fayakunn.. segalanya dibawah percaturanNya.

adik, doa kami sentiasa mengiringi setiap helaan nafas emak adik. moga adik tabah hadapi ujian keimanan ini.

sebaik sahaja saya terima masej dari adik, lantas saya mengforwadnya kepada akhawat yang lain. tidak sampai satu minit, lebih kurang 6 masej masuk merespon semula masej saya.

anjang, adik kol anjang ke?
anjang tahu mana berita ini?
anjang, adik masej anjang ke?

nada terkejut semua plus risau. betapa mereka ini turut rasa concern terhadap adik tadi. mereka merindui adik! dengarnya, beberapa orang akhwat telah datang melawat emak adik di hospital. alhamdulillah. cuma saya sahaja yang tidak sempat lagi kesana.

*****

apakah saya ingin melaporkan berita semasa kehidupan ini? atau ingin memberitahu tentang jejak kasih yang berbulan-bulan antara akhawat yang tercinta.

tidak.

cukup besar ibrah yang saya perolehi hasil dari cerita di atas.

pada hangatnya kasih dan mahabbah seorang akhawat terhadap akhawatnya yang lain. yang merindukan rangkulan erat serta tangisan hiba berkongsi suka duka bersama.

dan pada hampirnya saat dan detik kematian itu. kerana mati itu pasti.

كل نفس ذائقة الموت
setiap bernyawa itu pasti akan mati.

saatnya, tempat, bila atau dimana, itu semua dibawah penguasaan Allah. yang pasti mati itu pasti. malaikat Izrail tidak pernah mengenal usia saat dia diperintah Allah untuk mencabut nyawa si anak adam. demikian juga kita. tapi bagaimana bekalan nya pula? apakah kita bersedia?

moga dimatikan kita dalam husnul khatimah. sebaik-baik pengakhiran. ameen.

sungguh, berita tentang ibu adik yang sedang nazak sangat memuhasabahkan diri saya. hanya Allah sahaja tahu bagaiamna keadaan hati saya ketika ini. seseorang yang datang mengadu perihal ibunya yang sedang nazak, memohon sekudus doa agar ibunya dipermudahkan samada untuk pergi atau sembuh.

jika kita, bagaiamana agaknya?

jika emak kita berkeadaan demikian. pasti tiada ucapan yang dapat melantun keluar melainkan doa-doa dan bacaan quran untuk menjadi penguat si ibu yang sedang bertarung nyawa. tidak sempat lagi bergurau senda, bertawa ria.

adik, anjang doakan moga Allah mempermudahkan segala urusan yang sedang adik lalui ini. hasbuna Allahu wani'mal wakeel..

Allahu yashfi. syafakillah untuk anda yang sedang diuji ujian kesihatan.
 moga sakit menjadi kaffarah.


teringat kata-kata yang pernah murabbi sampaikan dalam satu majlis ilmu bersamanya:

"jika aku khabarkan kepada engkau tentang dua perkara ini, sudah pasti kau tidak lagi ketawa dan bersuka ria: iaitu dihadapanmu malaikat maut dan dibelakangmu neraka."


salam mengintrospeksi diri~
yang masih tak menangis, menagislah!
menangislah atas perihal dirimu terhadap Tuhanmu...

4 comments:

Wah anjang =)
Salam muhasabah (bombastik skt dpd introspeksi.hehe)
Teringat mafhum hadis x silap. Diceritakan bahawa org yg baru meninggal akn merasa sedih. Tp bkn sbb sdeh meninggalkn kita. Sbbnya sdeh manusia hnya meratapi kepergiannya hanya seketika kemudian akn kembali gembira lalu melupakannya.
Begitulah nak katakan bahawa manusia sering cpt lupa tntg kematian, peringatan yg brgsiapa mengingatinya adalah suatu kebijakan yg menyelamatkn kita dpd kelalaian.

 

betol kak afnan, mnusia akan mrasa sedeh saat org tersayang pergi tinggalkan mereka, kmudian bersuka ria kmbali. wa nauzubillah andai terjadi kpd kita.

kerana dgn setiap kmatiaan itu adalah medan muhasabah bg umat manusia yg masih lgi hidup.

~takotkan Allah, ingatkan mati..

 

Assalamualaikum wbt
Hidup ini adalah pengembaraan sehingga destinasi diakhirat. Sebermulanya ketika kita di alam ruh, kita telah pun berbai`ah dgn Allah SWT utk turun ke bumi dan menjalankan amanah Allah SWT. Surah Al`Araaf:172Dan [ingatlah], ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka [seraya berfirman]: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul [Engkau Tuhan kami], kami menjadi saksi".
Setelah turun Allah SWT menjanjikan bekalan hidup dan tempat tinggal sehingga suatu tempoh masa yang ditetapkan. Surah AlBaqarah:36 Dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan".
Allah SWT menciptakan hidup dan maut supaya ia menguji kita, siapakah yang terbaik amalannya. Surah AlMulk:2 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.
InsyaAllah, jika kita ikuti petunjuk dari AlQuran dan Hadis Rasulullah saw maka janji Allah pada kita jangan dukacita dan ketakutan. Surah AlBaqarah:38 Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak [pula] mereka bersedih hati". Wallahualam

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...