✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

merindukan murabbiyah..

harini merupakan 1 Julai bersamaan 29 Rejab. beerti lebih kurang sebulan lagi menyambut Ramadhan Kareem. pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. sedar-sedar madrasah tarbiyah sudah mula mengintai ingin memunculkan diri. lalu amalan-amalan lepas dihisab, ditambah tolak, layakkah aku mneruskan perjalanan di madrasah ramadan itu nanti. [muhasabah]


fikiran melayang laju membawa satu kenangan di sekolah menengah dahulu.

SMK Tun Perak. terpahat dikalbu.

rupanya di laman itulah detik awal saya ditarbiyah. namun perjalanan tarbiyah yang saya lalui itu tidak saya sedari. ouhh, aku di zon tarbiyah rupanya.

disinilah saya ditarbiyah. jumpa badge je. gambar sekolah xjumpa pulak.

istilah tarbiyah pula jarang-jarang sekali saya denagar di kawasan sekolah. apatah lagi istilah-istilah arab yang sinonim dalam kalangan orang tarbiyah yang lain seperti tanzim, liqo, halaqah, tamrin dan syura. jauh sekali istilah ini saya dengar apatah lagi keluar dari mulut ini. bahan bacaan seperti 'mazayani', fiqh sirah, raheeq makhtum. sungguh tidak pernah kenal pun buku-buku demikian.

kerana saya tidak mendewasa dalam halaqah tarbiyah. mujur saya sempat mengenali usrah, itupun usrah yang sekadar mengejar dan memuntahkan silibus kementerian. sekadar memenuhi syarat kementerian pelajaran. sungguh tidak merarasai zuqnya sebuah halaqah usrah.

dan tika itu karat jahiliyah masih berbekas di dalam hati. kehidupan seorang pelajar biasa. tiada beza dengan yang lain. tapi saat itu tidak terlintas di kepala saya untuk memikirkan tujuan kehidupan ini dengan lebih matang. hanya melalui perjalanan kehidupan bagi memenuhi fitrah dan norma manusia biasa. pergi sekolah, balik asrama, belajar, solat, puasa sunat bila free, dengar tazkirah wajib, mengaji. full stop. cuma itu??

alangakah ruginya saya jika kehidupan alam remaja ketika itu hanya lah cuma itu. sekadar itu. selebihnya bergembira dengan rakan-rakan yang lain. hanya kerana saya tidak tahu.

namun alhamdulillah, saya merasai kekuatan melalui ruh solat jemaah yang diwajibkan di sekolah berasrama seperti saya. syukur tidak terhingga. kerana melalui solat jemaah itulah mendidik secara perlahan rohani saya. hingga Allh mendatangkan rasa kenikmatan melalui kekuatan solat jemaah.

dan saya sempat merasai santunan dan hangatnya kasih dari seorang murabbiyah. dikala itu saya di tingkatan lima. biarpun saya juga tidak pernah dengar istilah 'murabbiyah' ini sewaktu itu. apatah lagi  murabbiyah pula ingin menggelarkan dirinya sebagai 'murabbiyah' kepada kami. jauh sekali. tidak pernah terfikir.

MURABBIYAH

dia hanya dikenali sebagai seorang guru biasa. seorang warden yang tinggal di kuarters asrama. seorang guru add math. dan juga seorang pendidik. she is not more than that.

saya tidak pernah tahu dia itu bertindak sebagai murabbiyah. apatah lagi dia ingin menggelarkan dirinya sebagai murabbiyah kepada kami semua. tidak sama sekali. 

tapi hari ini saya memberi pengi'tirafan MURABBIYAH kepada guru yang berjiwa pendidik itu. layaknya gelaran ini untuk dirinya.

seorang warden yang tugasnnya meround asrama. memastikan para pelajar mengikuti peraturan asrama. memantau keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan pelajar. cuma itu. cuma itu di mata pandangan rakan-rakan saya.

rupa-rupanya dia telah bertindak dan memainkan peranan sebagai murabbiyah tanpa kami sedari. pemantauan nya sepanjang menjadi warden adalah berbeza dengan warden-warden yang lain. pada setiap tindak tanduk kami dipantau kemas. segala permasalahan yang kecil dapat ditangkapnya. lalu pelajar itu akan diberi nasihat dan kauseling percuma di rumahnya. dia mendidik seperti anaknya sendiri.

dan saya dahulu selalu diajak bermalam dirumahnya. pada mulanya saya juga tidak pasti atas tujuan apa dia mengajak saya bermalam di sana. mungkin mintak teman cikgu kot. rupanya, tanpa saya sedar dia telah memberi suapan tarbiyah melalui ajakan kerumahnya itu. pada butir bicaranya penuh dengan inzar dan tazkir atas tanggugjawab sebagai seorang hamba. setiap perkataan darinya mengandungi tuntutan kebesaran terhadap Allah. dan paling menyentuh hati, murabbiyah pernah mengutuskan surat 'cinta' kepada semua anak didiknya. surat itu ditaip kemas dan dipos ke setiap rumah. teringat lagi, time tu tengah cuti penggal persekolahan. subhanallah, besarnya pengorbanannya.

tapi saat itu, saya cuma merasakan, ouhh.. biasalah, cikgukan.

ya Allah, kenapa saya tidak tahu bahawa guru saya itu adalah wasilah Allah kepada saya untuk membaiki diri, mengislah jiwa. sayang seribu kali sayang. namun, tika itu masih di fasa 'jahil kebudak-budakan'.

dia hanya saya anggap sebagai seorang guru biasa. tidak lebih dari itu.

hanya kerana saya tidak mengetahui perihal tarbiyah itu bersifat bagaimana. tarbiyah itu datang dalam bentuk apa. tarbiyah itu untuk siapa. kerana saya tidak tahu.

hari ini, Allah telah memberi kenikmatan atas nikmat sebuah tarbiyah yang telah saya hirup sepanjang perjalanan ini. kefahaman terhadap sebuah tarbiyah. merubah dan membaiki diri daripada biasa kepada baik, dan daripada baik kepada lebih baik. dan proses pembentukan tarbiyah yang saya lalui ini juga panjang dan sukar. . masih hijau dan muda. alhamdulillah. moga Allah memberi peluang untuk terus hirup udara segar sebuah tarbiyah ini.


dan saat ini, baru saya merasakan sentuhan tarbiyah bermula dari bangku sekolah lagi. baru saya sedar bahawa saya pernah memiliki seorang murabbiyah. saya pernah dididik melalui halaqah yang tidak formal. saya pernah dipantau peribadi dan akhlak tanpa disedari. tapi saya laluinya tanpa sedar. tanpa saya tahu yang saya lalui itu adalah perjalanan sebuah tarbiyah. dan saya telah dididik secara khusus melalui guru add math saya sendiri, seorang murabbiyah.

maka hari ini, dengarkanlah wahai MURABBIYAH ku, bahawa aku sangat-sangat bersyukur atas kehadiran dirimu menyantuni kami semua. atas curahan kasih dan suapan tarbiyah di bangku sekolah dahulu. sehingga aku terbentuk sedemikian ini pada hari ini. dengan ini,  aku mengangkat dirimu dan meletakkanya di dalam hatiku untuk selama-lamanya. jazakillah kheir ya murabbiyah.


syukran alaiki tecer haspiah, guru add math semasa form 4 & 5.
bekas pendidik SMK Tun Perak 2006-2008.

para pendidik SMK Tun Perak

serkandikaktus:

sayangilah murabbiyah anda biarpun siapa jua mereka. :)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...