✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

muhasabah lagi: mengingati MATI...

bismillahirrahmanirrahim. salam muhasabah, mengintrospeksi diri~

alhamdulillah masih lagi diberi nikmat iman dan Islam. thumma alhamdulillah.

pintu bilik dikunci. sejak dari maghrib tadi saya membisukan diri. senyap tanpa sebarang suara. penguzlahan kecil barangkali. usai solat fardhu isya' saya teruskan dengan dua rakaat solat sunat taubat. sedang asyik sujud berdoa kepada Allah, emak saya masuk.

kaget dan terkejut.

"ni uda ni dah lama ke sujud camni, kenapa tak bangun-bangun ni. uda, uda!"

aduii, sebijik-sebijik butir bicara mak masuk dalam kotal fikiran saya. kurang sedikit rasa khusyuknya

tanpa sempat saya menghabiskan bacaan doa, emak lantas mengangkat kepala saya dan menolak bahu saya perlahan. dan saya memaksa diri untuk turut ikut gerakan tangan emak. lantas saya menghabiskan bacaan tahiyat akhir.

bagaikan dalam drama tv rasanya. huh, lega hati emak. mulut saya terkumat kamit membaca bacaan tahiyat. lalu, emak pergi tinggalkan saya yang masih di tikar sejadah itu.  tapi, masih lagi terdengar  nada cemasnya ketika keluar tadi.

sedar-sedar, saya masih lagi hidup. dan tiba-tiba air mata saya menitik. basah dan laju. alangkah indahnya jika dapat mati sedemikian rupa. saat asyik bersujud mengharap keampunan dan menghina diri di hadapan Allah. ya Allah matikanlah aku dalam husnul khatimah, sebaik-baik pengakhiran.

[3:145]

وما كان لنفس أن تموت إلا بإذن الله كتابا مؤجلا
dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditetapkan.

 [hanya dengan izinnya sahajalah ditentukan saat kematian kita, tiada siapa dapat menjagkanya.]
dan saya kerap memikirkan soal kematian. memikirkan bagaimana keadannya sekiranya saya mati. malah kerap juga memikirkan dalam keadaan apa saya mengakhiri hidup ini. pada setiap helaan nafas, saya menjadi kecut perut bila memikirkannya.

bahkan jika ingin melangkah keluar dari rumah samada bermotor atau berkereta, sering soal kematian itu bermain-main di kotak fikiran saya. apatah lagi saat saya bersendirian menaiki motor menuju ke tempat kerja atau di mana sahaja. 

pernah terlintas di hati saya: 

ya Allah, bagaimana ye jika tiba-tiba ni aku mati eksiden kat selekoh ni. amal aku, dosa pahala bagaimana ye. banyak lagi tak settle.
kalau aku mati ni, apa yang aku dah tinggalkan untuk agama aku? apa yang aku dah tinggalkan untuk jalan dakwah ini? apa bakti aku?

 ketika itu segala macam doa keluar di bibir..

nauzubillah, mohon dijauhkan dari sebarang malapetaka. akhirnya saya selamat sampai ke destinasi.alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, Allah beri keizinan kepada saya lagi untuk menghirup nikmat iman dan Islam serta membaiki amal dan terus menerus bertaubat.

-tak suker naik motor lagi- :(
dan membonceng motorsikal adalah perkara yang menggerunkan saya. biarpun kadang-kadang saya merelakan juga hati untuk tetap membawanya apabila  keadaan yang mendesak. gerun dan kecut perut bila motor saya bonceng itu berselisih dengan lori atau bas atau segala macam jenis kenderaan yang besar-besar di jalanraya. 

berita-berita kematian orang sekeliling banyak yang telah memuhasabahkan saya. pernah saya terdiam dan kaget melihat sebuah motor dirempuh oleh sebuah lori ulat yang besar. si pembonceng tadi meninggal dunia, menamatkan hidupnya di atas jalan raya. manakala lori ulat itu hanya cedera sedikit sahaja. dan si pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

innalillahi wainna ilahi rajiun..

kepada Allah sebaik-baik tempat kembali.



mengingati mati itu bagaimana?

apakah dengan seperti kita menggambarkan saat kita mati itu bagaimana, dalam keadaan apa, bersama sapa, atau dimana. begitu kah?

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w:
siapakah yang paling bijak??Baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.

Syeikh Said Hawwa Rahimahullah di dalam bukunya "al-Mustakhlas fi tazkiyyatin nafs" telah menyenaraikan bahawa mengingati mati sebagai salah satu cara berkesan untuk menyucikan jiwa manusia dari kotoran mazmumah. dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. 

begitulah hebatnya kuasa dalam memikirkan dan mengngati perihal kematian. kerana kematian itu pasti. kematian adalah peristiwa besar dan gempar yang hebat lagi dahsyat. oleh kerana dahsyatnya peristiwa itu, sewajarnya kita mengambil peringatan, memberi perhatian sepenuhnya dan melakukan persediaan.

mengingati mati sebagai suatu yang pasti bererti kita menerima ketentuan dengan penuh rela dan bersedia.   sedia menghadapi dengan penuh pengertian dan kesedaran walaupun ada rasa bimbang dan khuatir, namun ia dapat diatasi dengan adanya persiapan, pengharapan, sangka baik dan keyakinan terhadap rahmat dan keampunan Allah.

Al Imamul Ghazali rahimahullah menyatakan manusia terbahagi 2 golongan didalam berhadapan dengan mati:
PERTAMA: Golongan yang tengelam dengan dunia dan hiburan serta kemewahan. mereka ini amat takut dengan mati kerana terlalu kasih dan cintakan dunia. sehingga lupa yang dunia ini adalah tempat persinggahan sementara waktu sahaja. Waktu mereka lebih banyak dihabiskan dengan hiburan dunia semata-mata.


KEDUA: Golongan yang apabila terdengar tentang kematian atau tazkirah berkaitan dengan kematian akan timbul rasa takut dan bimbang akan nasib di alam kubur. mereka akan bertaubat dan berusaha menjauhkan diri dari maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah Taala. pada masa yang sama mereka tidak meninggalkan dunia sebagai bekalan di akhirat kelak.. ingat akan mati menjadi benteng memelihara kerja keduniaan supaya tidak bertentangan dengan syariat Islam.


lalu ikhwah dan akhawat sekalian, cuba kita check n balance diri kita. moga-moga kitalah dari golongan yang kedua itu.


tips mengingati mati:

salah satu cara bagaimana mengingati mati mampu membangunkan sikap positif ialah dengan sering menziarahi orang sakit. makin ramai kita melawat orang terlantar, maka semakin terasa betapa kerdilnya diri kita. semakin banyak kita menyaksikan peristiwa kematian di depan mata, maka semakin terasa betapa lemahnya diri kita.   

begitu juga semakin kerap kita mengiringi jenazah maka semakin bertambah pula keinsafan dan usaha kita untuk meninggalkan jasa terbaik di dunia untuk dibawa pulang ke akhirat. inilah yang diajarkan Rasulullah supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa kematian. dengan itu, hati kita menjadi lembut dan insaf lalu dapat menghakis sifat negatif seperti menipu, menganiaya, takbur,malas, khianat, rasuah dan sebagainya.

moga-moga kematian kita diratapi oleh seluruh penduduk dan kerajaan langit dan bumi akan hilangnya permata dakwah yang berharga untuk umat manusia dan Islam khasnya.

كثروا من ذكر هاذم اللّذات 

perbanyakkanlah mengingati perkara yg menghancurkan kelazatan(iaitu mati)

kepada Allah dia kembali. peserta BERSIH 2.0 yang meninggal ketika berarak membawa suara rakyat menuntut keadilan dihadapan penguasa yang zalim. 
moga matinya dalam sebaik-baik pengakhiran. 
al-fatihah buat pakcik Baharuddin.


~al fatihah juga buat emak kepada sahabat (adik) saya yang telah kembali ke rahmatullah pada jumaat petang, 8 julai tempoh hari. yang mana, perihal kesihatan ibu beliau telah saya post dalam entri saya yang lepas.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...