✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

~dua jiwa...



الحمدلله  الحمدلله  الحمدلله

akhirnya beban rindu yang berbulan bulan terlerai dengan sebuah pertemuan..

persoalan yang digantung tidak bertali terputus pada sebuah luahan hati.

sungguh indah dan manis. tiadalah ungkapan lain yang mampu menandingi lafaz tahmid saat Allah mengaturkan yang terbaik buat si perindu ini..

kasih terjalin bukan kerana seasiapa, bukan hadaf yang sia-sia melainkan Allah lah tujuannya.

ternyata, kasihNya mendalam. tidak pernah siakan tangisan si hamba. hampir setiap malam menitis air mata, mengenangkan sebuah ukhuwah yang hampir punah. hampir tiada harapan. tenggelam bersama kebingungan jiwa.

namun dua jiwa yang menanggung deritanya hati tidak pernah berhenti berdoa. mengharap dan mengharap. kerana di lubuk hatinya itu masih tersimpan rapi kasih yang pernah dihulur, halawatul iman dan ukhuwah yang pernah mengalir...ianya kemudian mengalir pada setiap rongga tubuh, pada setiap helaan nafas.

mehnah nan berliku, cobaan yang tidak pernah putus, fitnah yang sangat meragut jiwa. hampir hilang percaya. namun zhon yang baik sentiasa didahului, nasihat diberi untuk berlapang dada, belajar menahan kepahitan dan menanti hingga saat Allah aturkan kembali. sabar itulah kunci... kunci sebuah keimanan.

menanti dan menanti dengan penuh kesabaran. deritanya hati tiada siapa mengerti. tidak pernah berkongsi. mengharap Allah segalanya yang Mengetahui. biarlah dia aturkan kemelut hati si hamba ini. kerana Dia adalah segalanya...

akhirnya kisah silam yang membeku, cair mengalir keluar di bibir. melepaskan segala beban derita yang pernah ditanggung. kasihan sayangku. engkau laluinya dengan sabar hingga lelah jiwamu terpancar pada titisan air mata yang mengalir.

hatiku sayu, sebak, melihat wajahmu yang basah dengan air mata. mata mu merah menahan air mata itu mengalir,namun gagal keran ia tetap mahu keluar.

siapalah aku untuk menahan air mata yang ingin juga mengalir, merembes keluar di mata layu ini. kisah silam menghimpit hati. baru hari ini segalanya terbongkar. menceritakan kisah lalu yang tidak pernah aku ketahui. jiwaku marah, jiwaku geram, jiwaku bercampur kesumanya dalam satu adunan. 

allah, allah, allah... ampunilah dia. ampunilah mereka. ampunilah aku..
-dua saudara yang saling mengasihi kerana Allah-

moga yang terjadi ini menjadi ibrah untuk aku hadapi dunia yang mendatang. tidaklah Allah ciptakan ujian itu dengan tujuan sia-sia melainkan mengambil pengajaran darinya, menambah keteguhan iman dan kekuatan sebuah doa dua jiwa yang saling berkasih kerana Tuhannya.. 

berlakulah perpisahan dua jiwa...
moga Allah meredhai perjalan kita..
aku di maghrib, engkau disini...
dua benua yang memisahkan jasad si perindu..
moga kekalnya kita betemu di syurga tempat kekal yang abadi..

sayangku, Allah mengetahui segalanya... Allah itu punya segala..

بارك الله لنا وبارك علينا وجمع بيننا في خير

"Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak henti
Moga Islam terus berdiri
Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah "

~ingin bersamamu kesyurga!

1 comments:

Assalamualaikum wbt
Siapa pun dia tidak menjadi persoalan tetapi yang penting adalah ikatan atas kalimah Allah yang tidk akan putus. Surah AlBaqarah:256 لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
Demi kerana ikatan kalimah inilah kaum muhajirin dan kaum ansar dizaman kegemilanga Islam sehingga mendapat pujian dar Allah bahawa tidak pernah wujud satu kaum di dunia yang bersatu ikatannya demi kerana Allah SWT sehingga mrk sanggup memerangi ibubapa, saudara dan teman sepergaulan. Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya.
Begitu juga dengan ikatan perkahwinan, kedua2nya mesti diasaskan dengan hukum Allah SWT mengikut perbahasan mazhab dari segi Usul AlFiqh yg diterima pakai w/pun ayat ini mengenai perkahwinan meruju` semula . Surah AlBaqarah:230 أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗSekiranya kedua2 pasangan (lelaki dan perempuan) ingin berkahwin, sesungguhnya berat sangka Kami jika kedua2nya dapat menegakkan hukum Allah`.
InsyaAllah dgn ikatan inilah andaikata tidak bertemu di dunia, maka di syurgalah tempatnya. Wallahualam

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...