✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

eksiden: kaffarah dosa ramadan

11 ramadan 1432 H : fasa kedua menuju keampunan Allah..

sejuk dan tenang pagi ni. alhamdulillah, menjengah ke fasa kedua ramadan. membonceng motor adalah satu perkara yang menggerunkan bagi saya. selalu fikiran menggambarkan sesuatu yang aneh ketika membonceng. maka saya memilih mengalunkan lafaz zikrullah di atas motor sebagai rutin harian. ataupun saya akan memilih mana-mana ayat dari al quran yang masih melekat untuk diulang. moga-moga jika terjadi sesuatu biarlah dalam keadaan saya sedang mengingati Allah. harapnya pagi ini akan tiba awal ke sekolah dan bolehlah saya mengulang al quran untuk beberapa muka sebelum menyertai program tadarus anjuran sekolah.

mulut yang dari tadi sedang leka mengalunkan bacaan mathurat berakhir dengan satu tragedi. nak kata motor yang saya bonceng terlalu laju tidak juga, sesuailah ia dengan kelajuan di atas jalan raya. [80/km]

panggg!!!

Allah, apa jadi ni. seolah dunia gelap seketika. kereta yang memecut laju dihadapan saya lambat memberi signal sebelum masuk ke sempang sepatutnya. lalu dengan lafaz Allahu Akbar, merempuhlah motor saya ke bahagian sisi kereta gen2 tersebut. beberapa saat kemudian terpelanting lah saya dari kedudukan motor, terguling-guling dan terduduk.

allahu akbar allahu akbar... 

ya Allah..

tangan saya menggigil dan kaki terketar-ketar.

saya sudah berada di atas jalanraya. badan saya berada di permukaan jalan. ye saya sedar, saya sedang mengalami satu kemalangan jalanraya yang saya sangat takut memikirkannya.

huhu. tak suka naik motor lagi~

ya Allah!! buah hatiku...

al quran kesayangan saya tercampak keluar dari dalam beg galas saya. terdampar di atas jalan raya..

encik, boleh mintak tolong selamatkan quran saya.. bisik saya di dalam hati.. oleh kerana tidak mampu untuk bangun mencapai quran, hanya isyarat hati saya berikan. moga-moga mereka mengerti..

ouh encik motor cedera parah. side miror. bakul dan tayar hancur. momentum kuat hasil kelajuan motor tadi berjaya meremukkan bahagian sisi kereta gen2 tersebut. alhamdulillah, penumpang semuanya selamat, cuma saya saja yang mengalami kecederaan.

plan pagi itu untuk sampai awal ke sekolah bertukar sebuah tragedi ngeri yang sangat mentraumakan saya. akhirnya saya gegas di bawa ke hospital berdekatan. alhamdulillah kecederaan yang tidak teruk, cuma tulang belakang terhentak dan cedera ringan di bahagian kaki.

kaffarah ramadan dan dosa yang terkemudian

Diriwayatkan dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya degan kesulitan..
Diriwayatkan juga dr Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, bhw Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Untuk setiap musibah, penyakit, keresahan, kesedihan atau kesakitan yg menimpa seorang Muslim hatta luka yg disebabkan tertusuk duri  Allah akan menghapuskan dosa-dosa nya..
alhamdulillah, Allah memilih saya untuk melalui satu lagi ujian dan musibah pada bulan yang penuh brakah ini. tidak lain tidak bukan Allah ingin menguji keimanan saya. keikhlasan hati dalam beramal dan bermuhasabah sentiasa pada setiap amalan dan perbuatan yang dilakukan.

ya, saya akui ia juga salah satu daripada kaffarah dosa dan maksiat yang dilakukan sepanjang hidup. maka setimpal lah dengan ujian yang Allah berikan ini. sungguh mengetuk jiwa untuk mengintrospeksi diri, memuhasabah jauh ke dalam hati. 

eksiden yang saya lalui hanyalah wasilah dan musabab sahaja. sebanarnya Allah ingin memberitahu saya tentang sesuatu yang saya lalai dan hampir melupakannya. alhamdulillah, ujian ini mematangkan jiwa saya. mengurangkan kesedihan dan bertambah zuq dan asyiknya di saat saya merayu-rayu memohon dan meminta dari Tuhan, zat yang mengatur segalanya.

ia sarat dengan hikmah. ujian ini membuatkan saya bertambah kuat. bertambah sihat. bertambah optimis dan menambah ke 'itiqadan saya kepada kuasa Allah Rabbul Jalil. 

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”  
Surah Al-Hadid ayat 22-23.
tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingatiNya, bergerak ke arahNya, muhasabah kembali kehidupan kita.
sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
ya, manusia yang lemah. sebagai yang lemah, kita perlu beringat. perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.
alhamdulillah. sakit penghapus dosa.



Allah masih sayangkan saya!

ya, Allah masih sayangkan saya. saya yakin dan saya percaya. kasih sayang Allah adalah untuk seluruh hambanya. pada sifatnya nya Ar Rahman juga Ar Rahim. Allah masih memanjangkan umur saya. masih memberi peluang kepada saya untuk terus bertaubat dan bertaubat atas segala dosa-dosa dan kesilapan yang saya lakukan. saya dapat lalui Ramadan ini dengan lebih baik. dapar berterawih dan bangun menghidupkan malam. Dia memberi peluang kepada saya untuk mengislah diri juga memberi peluang kepada saya untuk terus menghirup ruh islam dan perjuangan dalam menegakkan kalimahnya. Alhamdulillah ya Allah!.

jangan dicela sakit yang menimpa. ambillah penyakit itu sebagai peringatan. sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. bukankah itu satu kemuliaan?
cukuplah mati menjadi peringatan~

nasihat saya untuk pembonceng motorsikal khususnya dan pemandu amnya, sentiasalah membasahi lidah dengan zikrullah terutamanya apabila anda berada di atas jalan raya. moga-moga jika terjadi sesuatu sama ada kemalangan yang meragut nyawa ataupun tidak semoga ia berkeadaan dalam mengingati Allah s.w.t. mulakanlah perjalanan dengan lafaz bismillah, dan berdoa mudah-mudahan perjalanan itu diberkati serta dilindungi Allah.

selamat memburu al Qadr! seeru ala barakatillah.

alhamdulillah. saya semakin sihat. jazakallah atas doa kalian~

5 comments:

Syafakillah anjang. =)
Guano tulang belakang?
Boleh fly x ni bulan depan?

 

Syafakillah hazirah,semoga cepat sembuh..
raye nanti nak datang rumah hazirah boleh?
boleh ziarah sekali..i'allah

 

kak afnan:
mekaseh akk. insha Allah bleh fly. makin sihat seleas bberapa kali berurut mmbaiki tulang. doakan anjg tau.

isma: ana makin sembuh. jazakillah atas doa. ok, datang lah raya tau. sangat3 dialukan.. ana mpon rindu dah kat enti :)

aishah: maceh atas doa. :)

 

awak,
kt jordan,polis je bwk motor..

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...