✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

tertampar dimuka sendiri..


cuba try tampar muka sendiri, sakit tak? 
atau cuba mintak orang lain tolong tamparkan. apa pula rasanya yer??


teringat pesan seorang murabbi:

"adalah menjadi keAIBAN bagi seorang DAEI yang bangun selepas azan subuh!"

PANG PANG PANG!!!

hoho... rasa macam kena penampar lagi sedap berbanding kena sindir demikian.

aduihhh.. malunya DIRI hendak mengaku sebagai Daei..

malu teramat sangat..

kisah yang berlaku di dataran syam ini..

(sedang melalui musim sejuk yang sejukkk sangat.. maklumlah firstime jejak kaki ke negara 4 musim, so ini adalah sejuk yang firstime rasa memang tokleh challange ais box kat rumah lah..yang terpaling exited masa mula-mula sejuk haritu, mulut keluar kepulan-kepulan asap..haha. orang kata macam dalam cerita korea kot..  )

aibnya bagi seorang daei bangun selepas azan SUBUH,.. ye memang AIBBBB!!

takkan lah musim sejuk yang menggigit tulang ni mahu dijadikan alasan yang berpanjangan untuk tidak bangun malam?. mahunya musim sejuk yang mencecah 0 degree bakal berterusan sekitar 4 bulan.. 

jika demikian, maka merundum lah amal. berkuranglah kekuatan ruhi.

memang tidak dinafikan, musim sejuk di Jordan ini sangat sangatttttt membuatkan ramai daei tertidur dengan nyenyaknya walaupun alarm henset telah pon berbunyi berkali-kali.

bukannya tidak sedar. bahkan lagu yang berkumandang pada alarm yang telah disetkan itu mampu dihafal setiap bait yang terlantun keluar.

tapi, kesejukan yang mengiggit tulang, sangatttt sangattt lebih diperlukan selimut tebal membaluti tubuh berbanding bangun membersihkan diri, menjejakkan kaki ke bilik air dan seterusnya mengigil-gigil untuk berwudhu' pula..

ye. memang tidak dinafikan..ini benar.

bahkan ramai anak muda agamawan di dataran anbiya' ini syahid tidak berjaga sehingga lah azan subuh berkumandang..

itupon duk fikir dua tiga kali, nak masuk bilik air sekarang ke atau lagi 5-10 minit lagi..

ada yang lebih memalangkan lagi apabila ada juga sesetengah daei terjaga untuk bersolat subuh pada waktu "SUBUH DINASOUR" (mulalah nak kelam kabut masing-masing)

aduhaiiiiii daeii...

lemahnya jasadmu..

lemahnya ruh mu..

dan yang lebih lemah adalah IMANmu..

masakan musim sejuk yang Allah hadiahkan sebagai ujian untuk berjaga malam ini kita tertewas dengannya.

SEDANGKAN RASULULLAH:

"apabila tibanya musim syita' (musim sejuk) baginda memperbanyakkan puasa kerana pendeknya siang dan memperbanyakkan QIAMULAIL kerana malamnya yang panjang.."

lantarann kita pula bagaimana?

sudah lah puasa pon malas.. (sy tahu, time musim sejuk ni kita memang sangat-sanagt lapau..faham faham..asyik nak kunyah jer kan..)

ada orang kata, badan kita perlukan memproses makanan untuk menghasilkan haba--->so nanti badan kita pun panas jugakk.. erkkk.. yeker camtuh..

makan banyak pon masih tetap sejuk jugakkk.. camana tuh?.. (yang berkenaan mungkin buat eksperimen keatas diri sendiri kot.. husnuzhon...)

dan dan dan .... apatah lagi untuk bagun bertahajud di persetiga malam.

maka tepuklah dada tanyalah iman.


malu bergelar daei saat malam yang panjang di musim sejuk tidak mampu bangun membesarkan Allah. siapalah lagi yang ingin memohon maghfirah dari Tuhannya kalau bukan kita. siapa lagi yang ingin menghidupkan malam yang pekat dengan merintih harap kepada Tuhannya..

lalu bagaimana amal kita mahu sejalan dan selari dengan ibadah. kalau dua pertiga malam ini kita gagal hidupkannya. dan bagaimana pula gerak kerja dakwah aka DNT mahu hidup subur menyubur serta segar bugar jika malam pekat yang sunyi itu masih kekal sunyi tanpa suara-suara si hamba..

tidak malukah diri? 


sedarlah wahai daei. Allah mengujimu melalui perubahan cuaca yang tidak menentu. sejuk yang bakal berterusan sejuknya sehingga mencecah ke negative degree..

maka pada saat itu, apakah kita masih gagah untuk bangun di tengah-tengah malam, menyembamkan muka ke bumi sujud dan sujud kepada Nya. 

bimbang dikala itu berguguran air mata mengalir...

mengalir kerana menahan kesejukan.. (sadisnya dikala ini..)

sungguh, Allah merindui tangisan kita.

merindui rintihan hamba-hambanya..

bangunlah malam biarpun sekali dalam seminggu. sementara sejuk yang masih belum mencapai tahap kelampauannya.. 

saat kita bangun bermujahadah melawan nafsu tidur, dugaan sejuk dan berdukacitanya untuk memasuki bilik air, maka pada saat itulah dikira jihad kita yang terbesar untuk berjaga malam membesarkanNya.

alangkah indahnya, tika saat kita bersusah payah melawan kesejukan pagi ketika itu, lantas Allah memerintahkan malaikatnya mencabut nyawa kita. tidakkah itu dikira sebagai nikmat.

Allahu allah.. manisnya jika kita dipilih Allah menghadapNya dikala itu.

tidaklah Allah menciptakan malam itu melainkan memberi ruang kepada hambaNya beribadah dan beristirehat.

beristirehatlah dengan berbicara banyak bersama Tuhanmu..

kan indah saat kita ingat Allah lebih banyak daripada kita ingat menda-menda lain..

~peringatan di kredit untuk diri sendiri...~

terasa macam kena penampar kuat-kuat.. muhasabah-muhasabah.. sobs sobs.

maka bergembiralah kamu yang berada di Malaysia atau negara-neagra yang tidak mengalami musim sejuk sekarang ini. berbahagialah kalian untuk gagah bangun malam tanpa sebarang alasan.. alhamdulillah kan.. :') tiba-tiba rasa nak balek Malaysiaaaa...!!! gagah dan gagak ok!

cik serikandi kaktus harus gagah seperti kaktus ye! kata daei.. yeker? buktikan!

buat penasihat setia HATIKU

"boleh tak awak jangan degil!"

tangan saya ditarik kasar. 

"saya kata naik coster, naik lah! jangan ngada-ngada nak jalan kaki.."

ek eleh.. bukan jauh sangat pon dari jamiah nak ke rumah.. leceh lah dia ni.. aduishhh.. memberontak hati kecil saya.

ni yang payah ni bila balik sekumpulan dengan kawan-kawan yang dah memeng akrab dengan kita. nak buat ni tak boleh. yang tu tak boleh. bak kata seorang teman tu:

"untunglah hang ada penasihat setiaaaaa..."

"dah sakit nanti, jangan terhegeh-hegeh nak kol saya yer..menangis lah sorang-sorang" (ayat diedit sikit, supaya nmpak lbh cantekkk) - sekali dengan muka-mukanya ditarik sama menunjukkan kemarahnnya kepada saya.

langkah kaki diatur. merentasi medan pertempuran peperangan Mu'tah. first time kot jalan kaki. so rasa macam sangat zuqqqqq lalui kawasan yang menjadi laluan utama ke jamiah..

jauh jugak jalan kaki ni. dan boleh tahan penat jugak yer.. jasad tak penat. tapi si kaki yang bekerja untuk menggerakkan jasad ni sangat penat dan letih..

kesian dia.. dalam hati pun cakap: HAHA padan muka kau, gatal sangat nak jalan kaki. kan dah sakit..

kali ni kalau kaki ni sakit: terpaksa lah pendam sorang-sorang dan muka biar nampak cool. bak kata orang: buat-buat ok dan sihat.. so, saya dah tak pening kan kepala sesiapa termasuk penasihat saya. :P

** jarak jamiah ke rumah lebih kurang macam jauh asrama banat kat dq nak ke pekan koboi KKB. jauh tak?? dekat ke kan.. lebih kurang 30-40 minit lah.

awak sakit ke, tak ke lepas ni, saya dah tak nak amik tahu dah!
saya kecewa. saya dah penat. saya dah habis daya. terpulang awak. semoga bahagia..

komen dari fb ini sangattttttttt buat saya terduduk sedih.
dari nada yang bergurau senda, tiba-tiba saya tersentak.
rasa macam kena ragut hati ni. disentap kuat. 

butir bicara ini seakan saya tidak percaya keluar dari hati sahabat yang saya sayangi. 
sahabat yang sering memberi saya semangat meneruskan langkah di bumi Mu'tah ini. 
sahabat yang tidak henti-henti menasihati saya akan kesihatan saya. 
sahabat yang saya sering berkongsi rasa atas kesakitan ini. 
sahabat yang menjadi juru cakap saya berhadapan dengan doktor disini.
sahabat yang menjadi bahu ketika saya perlu.
sahabat yang itu... dialah sahabat yang ini... 
segala macam tentang dia kerana menjadi sahabat saya...

lama saya duduk bermuhasabah.

betul ke saya ni memang degil. berkali kali saya menyalahkan diri saya.

awak...

saya tak tahu nak terang cara yang bagaimana.
masakan saya sengaja memilih jalan kemudaratan untuk diri saya sendiri.
masakan saya sengaja mencari kesusahan atas diri saya dan orang lain.
masakan saya sengaja membiarkan sakit saya berlarutan.

siapa yang tidak sedih bila diatasnya Allah timpakan segala macam ujian.
siapa yang tidak ada ikhtiar untuk rawat ujian-ujian yang melanda.

dan saya sekali tidak mahu menyusahkan sesiapa atas ujian ini.

awak tahu kenapa saya memilih untuk berjalan kaki?
sengajakah saya nak memberi mudarat tambahan keatas kaki saya.
sengajakah saya nak bersusah payah menapak sendiri.
sengajakah?

banyak saya fikir.

apa yang saya fikir ini, saya tidak mahu nyatakan disini. 
tapi cukuplah awak tahu, saya bukan sengaja memilih jalan ini. 

dannnnnnnn....

saya tahu awak sayang saya. sebab tu awak marah kan. sebab tu awak membebel macam mak tiri kan. sebab tu awak buat semua kat saya sebab tak moh saya sakit kan..?

saya tahu!

so, saya mintak maaf. saya akan buat lagi untuk berjalan kaki ke jamiah untuk masa yang seterusnya..HAHA.

apa pon: saya nak bagitahu kat sini: 

SAYA SAYANGGGGGGGGGGGGGG AWAK! 


fullstop!

marah lah saya lagi. saya suker.

saya suker ada penasihat setia dan doktor tidak terlatih disisi. hehehe.

~awak jangan marah saya lagi ye. saya ikut cakap awak, cume kadang-kadang cubalah sekali sekala awak dengar pulak cakap dari HATI saya ni ye.. saya takde ayat bermadah lagi puitis buat awak saya tak pandai macam 'Abidah. maaf yer.. just want to say: Iam SORRY!

~awak dan saya!~


moga Allah menjadikan ukhuwah ini sebagai ibadah dalam mendekatkan cinta kepada Nya. ameen!

awak: adalah dia yang menjadi penasihat saya di bumi Mu'tah ini.. 

musafir di Irbid

          

Alhamdulillah selamat kembali ke dataran Mu'tah semula setelah dua hari bermusafir di Irbid. sayu hati saat ingin meninggalkan acik Madihah, teman seperjungan di kampus dq dahulu keseoranagn di bumi itu. bukannya dia tiada kawan, tapi pasti rasa asing saat dia sendiri harus menongkah hidup tanpa sahabat seperjuanagn yang lain di bumi arab itu.

menitis juga air mata akhirnya. 

hanya doa mampu mengiringi agar dia tabah lalui hidup disana.

kalau bukan kerana Allah, bukan kerana atas nama sebuah ukhuwah antara saya dan juga acik, mana mungkin kaki saya mampu berpijak di bumi itu. mana mungkin saya dapat rasai nikmat pengalaman sepanjang perjalanan tanpa senior bersama kami.

segalanya diatur sendiri. dipandu petunjuk dari Allah.

pengalaman yang mengajar. yang penuh seribu satu ibrah.

dan tanpa disangka saya bertemu dengan naqibah saya di Irbid. Along Asmaq Mazalan. kebetulan tempat kami bermalam adalah dalam sebuah rumah yang sama

Allah sahaja tahu bagaiamana tika itu perasaan saya.

saya peluknya eratttttt.. setahun berpisah tidak bertemu dengannya. 

akhirnya jasad yang terpisah antara bumi Mafraq dan Mu'tah menemukan kami di medan Yarmouk, Irbid.

taujih dan nasihat dikongsikan dalam satu halaqah sebelum along (naqibah saya) bertolak balik ke Mafraq. rindunya saat lutut ini bertemu dengan lututnya dalam sebuah halaqah. dialah insan yang banyak mendidik dan mentarbiyah ruhi dan jasadi kami adik beradik. indahnya saat kami mula dibentuk dan ditakwinkan dalam satu proses pentarbiyahan..

kami diingatkan tentang pentingnya penerusan dakwah dan tarbiyah di bumi arab ini. pentingnya perjuangan ini diteruskan. tiada noktah mahupon koma dalam agenda tarbiyah ini.

satu pesanan yang sangat membuatkan saya rasa perghhhhhhhhh... zapppppp gilerr (Allah, tak tawadhu nya ayat ni..) :

pernah seorang murabbi ditanya oleh seorang mahasiswa:

ustaz, bagaimana ye jika seorang itu yang dia sangat aktif dan hebat di Malaysia dahulu, dan tiba saat dia tiba di negara arab ini, dia ingin meng'khalikan' dirinya dalam perjuangan'? bolehke?

ok. minta dia beri tarikh kematiannya bila. kalau dia tahu bila, silalah khalikan diri bila bila masa dia mahu..

perghh.. sangattttt zappppp lah.. masuk terus dalam hati. hingga menitis air mata saya mendengarnya.

sedarlah kami bahawa perjuangan ini tiada R&R mahupon chalet untuk merehatkan diri. ia berterusan, mustamirran dan harus istiqamah. saat baiah kepada Allah diungkapkan untuk mewaqafkan diri pada jalan ini, maka sehingga bila-bila lah ia tiada perhentian. harus dan mesti diteruskan. mati dan ajal yang dirahsiakan Allah tarikh dan masanya adalah sangat besar hikmahnya. 

jika dimaklumkan masa dan tarikhnya (ajal dan juga kematian) sudah pasti tiada siapa yang mahu lakukakan kejahatan. sudah pasti mereka akan berlagak alim mengalahkan ulama'. dan sudah pasti tiada yang akan bergoyang kaki memeluk tubuh sahaja. pasti mereka berlumba-lumba mengejar kebajikan dan kebaikan.




tidak sia-sialah permusafiran kami ini. alhamdulillah

ertanya ukhuwah, bertambahnya thaqafah, banyaknya ibrah.

moga Allah merahmati permusafiran kami semua. ameen..

~mula lah bersejuk-sejukan di bumi Mu'tah ini.. acik madihah, hg doakan kami yek!

*terima kasih kepada ustaz muraqib pergi dan juga balik.. bertapa pentingnya muraqib sepanjang bermusafir. ingat tu akhawat, jangan main redah jer nak keluar mana-mana kat negara arab ni. ingat, ni bukan Malaysia, ok. even, memang kita yakin pon Allah ada bersama kita, masyi cakap arab dan otak mapping sekalipun, tapi harus ingat lelaki arab, malang mahupon bala tidak mengenal siapa. HAZAR itu PENTING!

wallahu'alam.

DQ versus MU'TAH.

~moga3 Allah memberkati penulisan saya ini. Alhmdulillah kesempatan yang lama ditunggu, akhirnya Allah izinkan saya untuk menulis sesuatu di belog saya ini.


~mencari barakah al quran..~


saat ini jika ditanya kepada saya:

yang mana lebih kamu cintai antara DQ dan MU'TAH?

yang mana lebih kamu inginkan? kembali semula ke DQ atau teruskan musafir di MU'TAH ini..

pasti jawapan saya : DQ lebih saya cintai dari segalanya..!

saya rindukan tarbiyah DQ.. ! serius, saya sangat merindui detik detik di sana satu masa lalu. tapi pasti ia mustahil untuk saya kembali pada saaat itu. pasti mustahil.

apa kurangnya Mu'tah? bukankah ia lebih barakah dari DQ yang hanya satu daerah kecil dipelusuk hujung Selangor. yang rata rata masyarakat bandar di sana langsung tidak pernah mengenali penduduk DQ. malah mereka merasakan satu nama baru dalam kamus institut pengajian tinggi dalam kepala mereka. 

ye, DQ memang tidak semegah UIA, UKM, UM dan IPT IPTS tempatan yang lain. ia hanya dikenali oleh masyarakat agama sahaja. ada yang langsung tidak mengetahui kewujudannya.

tapi apa yang istimewanya Dq bagi saya.

Ia sangat istimewa. tiada tandingan yang lainnya.

awal kemasukan kami, kami ditarbiyah secara direct oleh para murrabi dan murrabiyah disana. seminggu bersama mereka. tarbiyah yang disentuh oleh mereka yang menghafal al Quran dan mereka yang mengamalkan al quran dalam kehidupan. kemudian diteruskan pula tarbiyah secara khusus oleh pimpinan di sana. generasi al quran ini terus menerus mentarbiyah kami tanpa meninggalkan kami terkapai kapai di daerah barakah itu.

tangan yang mentarbiyah itu juga lahir dari golongan huffazul quran, meskipun mereka hanya senior kami yang beza hanya 2 3 tahun. tapi kandungan tarbiyah yang mereka terapkan tidak lari dari acuan al quran. manhaj nya tersibghah oleh sibghah Allah.

pembawakan mereka memang syadid. (baca: keras) sesyadid yang tidak pernah terbayang oleh akal fikiran saya. kami laluinya dengan tabah kerana saya tahu itulah peringkat awal pentarbiyahan. lalu, pakaian pakaian jahiliyah dididik untuk ditanggalkan sebelum memulakan kehidupan realiti di bumi itu. 

masakan sesuatu yang batil bercampur aduk dengan sesuatu yang hak ? pasti tidak! masakan al quran yang suci terletak di hati yang kotor.? pasti tidak mampu.

ولا تلبسوا الحق بالبطل وتكتموا الحق وأنتم تعلمون 

kami tidak seperti yang lain. memang wajar tekanan dan tarbiyah yang diberikan sekeras yang pernah saya lalui. kerana apa saya katakan ianya wajar??

kerana kami datang ke DQ untuk menanggung satu amanah yang besar. yang mana tanggungan ini terletak di bahu kami sehingga kiamat. sehingga saat kami dibnagkitkan nanti. Al Quran yang dihafal bukan hanya sekadar silibus kampus, bahkan ia mendarah daging dan dipersoalkan di akhirat kelak. 

maka, mereka bergelar huffaz layak dan sewajarnya merasakn tarbiyah ini. 

proses pembentukan dan pembinaan ruhi dipasak semahunya tika itu. saat itulah halaqah dan liqo menjadi makanan rohani yang tidak putus. saat saya merasa lemah dan hampir futur pada mehnah dugaan ini, tiada tempat lain yang dapat mengembirakan hati melainkan memenuhi majlis ilmu, menghadiri usrah, liqo liqo tazkirah, kuliah kuliah tafaquh dan paling utama kekuatan solat jemaah yang sentiasa menguatkan saya ketika itu. hamdalah. 

dan saat saya rebah sakit dan derita melalui onak liku perjuangan tika itulah banyak bahu-bahu yang sudi menjadi tempat saya bersandar. tempat saya meminta nasihat dan inzar. mereka dan kami seperti adik beradik. bahkan lebih dari itu.

DQ dunia tarbiyah buat saya. syurga ilmu dan taman taman al quran buat jiwa saya. tiada yang setanding dengannya. saat biah slolehah mahu dijaga sebaik nya, tika itulah iltizam dan penghayatan al quran dan sunnah nabi menjadi sandaran. tiada satu pon bertentangan dengan syarak. masyarakat al quran yang mahukan tarbiyah, dahagakan ilmu dan tegukan mahabbah.

segalanya bermula di dq.

lalu saat saya dicampak Allah kesini (dataran Syam ini) apakah saya tidak mensyukurinya.

bahkan dataran ini pernah menjadi saksi pertempuran hebat para syuhada' tentera tentera Islam berlawan mengalahkan kerajaan Rom Byzantyne suatu masa lalu. tanah ini pernah dibasahi titisan titisan darah para syuhada'. siapa yang tidak kenal Zaid b Harithah, Abdullah b Rawahah dan Jaafar Thayyar. panglima panglima Islam yang dilantik nabi sebelum pertemuran bermula. bahkan ketiga-tiga mereka diangkat syahid disisi Allah.

alangkah bertuahnya bumi ini. bumi para anbiya dan para syuhada.

zuqnya lebih hebat dari wilayah DQ yang hanya kecil di mata dunia.

Yusuf Qaradhawi dan Rashid Redha nukilkan: 

jika ingin melihat nilai-nilai Islam lihatlah di barat dan jika ingin melihat umat Islam lihatlah di negara arab.
dan inilah yang saya lihat di dataran Syam ini. meskipun buminya penuh barakah dan sirah para anbiya' namun malangnya masyarakat di sini tidak menggambil ibrah tentangnya. ia seolah olah sama seperti negara-negara yang bukan Islam yang lain. bahkan ada beberapa insiden yang saya perhati ia lebih teruk dari itu. 

saat Allah telah memilih saya untuk berhijrah dan bermusafir di dataran ini, sudah pasti ia mengandungi hikmahnya tersendiri. masakan Allah sengaja meletakkan saya di daerah ini sedangakan ia tahu yang terbaik buat hambanya mengikut kemampuan yang diaturkan.

mungkin berbeza tarbiyah di DQ dan di sini. sudah pasti.!

saya dikelilingi sahabat sahabat yang berbeza latar belakang dan corak pendidikan. maka, saya tahu bahawa ini adalah medan amal yang harus dipraktikkan hasil  tarbiyah yang pernah saya hirup di DQ dahulu. adik adik yang bersama saya ini adalah mad'u saya. sahabat sahabat saya adalah mad'u saya.

wajiblah kami menunjukkan qudwah hasanah yang baik untuk mereka contohi. moga moga hasil pentarbiyahan yang pernah saya lalui ini, tidak keras membeku dan statik. agar ia mengalir laju sederas air dan sekencang angin yang bertiup. 


kerana ...

di mana jua saya dicampakkan, maka disitulah medan amal saya. !


jazakillah ustaz ustazah yang telah mentarbiyah kami. juga abang abang dan akak akak DQ. jazakumullahu khairan jaza'.

adik adik yang ingin masuk ke DQ, jagan rasa gentar dengan apa yang diceritakan di atas. jika mahukan ruhi dan jasadi gagah dan hebat, maka bersedialah untuk ditarbiyah. pasti kamu tidak akan menyesal berada di daerah itu ! 


~setiap sudut bumi itu~

~madrasah tarbiyah~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...