✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Meraikan Khilaf



ikhtilaf (perbezaan) atau khilaf (pertikaian) dan berbeza pendapat adalah menjadi 'adi ( kebiasaan) bagi manusia. ianya fitrah.

bercanggah pendapat dalam sesuatu isu atau masalah adalah perkara biasa. dan ianya menjadi lebih biasa dalam kalangan aktivis-aktivis dakwah. bahkan kadang kala dalam bab percanggahan pendapat ini jika tidak diselitkan dengan berlapang dada maka akan berbuahlah nilai-nilai mazmumah seperti bertelagah, bergaduh, bertikam lidah dan saling memburukkan.

tidakkah ia dipandang jegkel jika sekiranya mazmumah yang tersemai ini hasil daripada perbezaan pendapat dalam kalangan daei atau aktivis dakwah. mereka yang memahami Islam.

kalau perbincangan tentang khilaf dari sudut fiqh perbandingan mazhab, maka ia memang menyeronokkan. tapi jika dari sudut perbincangan untuk menghapuskan khilaf dan menyatukan semua pendapat, maka ia satu usaha yang sia-sia dan amat membosankan.

sifar khilaf adalah mustahil. memaksa orang lain mengikut pendapat yang dirasakan betul adalah satu kebodohan. berlapang dada merupakan penyelesaian.


sukarkah berlapang dada dan menghormati pendapat orang lain?

kemusykilan dalam diri ini semakin kuat. rasa aneh dan ganjil terhadap daei yang melabelkan dirinya daei. jengkelnya, mengapa perkara ikhtilaf dan furu'iyah (perkara cabang) dalam sesuatu perkara dijadikan isu dan diperbesarkan. keanehan semakin bertambah bilamana topik dan komen perbincanggan dalam perkara furu'iyyah ini dilihat seperti ingin menjatuhkan sesama sendiri.

lalu, tertampaklah pada butir bicara, penulisan dan gaya ayat seolah mendabik dada, ego dan bongkak!

sombong dengan ilmu yang dimilki. bukankah Allah mengajar kita untuk bertawadhu' pada ilmuNya. sentiasa merasakan ada sesuatu yang lebih hebat dari diri sendiri. Dia yang Maha Hebat dari segalanya. lalu, mengapa harus merendahkan yang lain dengan butir bicara yang kurang enak dan manis untuk dilantun.

dimanakah akhlak yang terpantul? mengapa tidak seiring dengan ilmu yang dituntut..?

akhirnya bila para duat asyik bertelagah maka akan terbantutlah gerak kerja, amal tidak berbuah malah mendatangkan pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa.

lebih parah lagi, bila ada yang mula bertindak mengecil atau terkecil hati, lalu tidak bertegur sapa dan kesannya  merapuhkan pula  sebuah silaturrahim. tidakkah ia merugikan.. 


dan bila ada yang cuba menegur..

"ada polis moral lah.."
"ada penasihat lah..."
"jumudddd lah..."
"syadiddddd lah...."

erk! dimana nilaian teguran itu diambil sebagai peringatan. lekeh sangat kah peringatan yang diberi oleh orang lain. terlalu baguskah diri sehingga merasakan teguran itu tidak perlu.

ingat lah semula firmanNya :

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين
"dan tetaplah memberi peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat kepada org mu'min."

siapa jua yang datang kepada kita dalam  menyampaikan peringatan perlulah diambil. meskipun seorang hamba habsyi yang datang memberi peringatan kepada pemerintah besar, raja misalnya. 

siapa jua mereka. berpangkat tinggi mahupun rendah. kaya mahupun miskin. tua ataupun muda. apatah lagi sesama daei sendiri. hakikatnya kita semuanya sama. bezanya disisi Allah dinilai pada ketaqwaan. lalu, mengapa harus wujud rasa bongkak dan mendabik dada? wa'iyazubillah.


bagaimana ingin menyelesaiakan masalah ikhtilaf ini?

kita soroti sirah-sirah para daei yang terdahulu. ibrah-ibrah dari ulama'-ulama' agung yang mahsyur pada zaman kegemilangan Islam di sekitar era perkembangan fiqh seketika dahulu. bagaimana 4 mazhab agung (Maliki, Hanafi, Hambali dan Syafei) berbeza pendapat dalam banyak perihal hukum hakam fiqh ketika itu.

dan bagaimana pula mereka menghormati pendapat sesama sendiri. bahkan Imam Syafie yang pernah berguru dengan Maliki sendiri juga berbeza pendapat. sedangkan jika dilihat semula, masakan anak murid boleh ada khilaf dengan tok guru sendiri.

dan pada ketika itu bertapalah mereka menghormati dan berlapang dada dengan ijtihad sesama mereka. dan sepakat pada perkara yang i'tifaq. natijahnya, keempat-empat mazhab ini masih diguna pakai mengikut kesesuaian waqie sesuatu tempat. 

Mursyid haraki, Al Banna juga bukankah telah mengajar agar:

"berlapang dada pada perkara ikhtilaf dan berkerjasama dalam perkara yang disepakati"

~raikan kekhilafan dengan tujuan bersama bukan untuk berpecah.

kurangkan cemuhan, dan perbanyakkan istighfar.

meskipun pendapat kita diterima ramai, perbanyakkan istighfar.

dan sekiranya ditolak, ucapkan hamdalah. barangkali ada hikmah mengapa Allah tidak mengizinkan pendapat kita diterima. mungkin saja terdapat kelemahan disebaliknya.

belajarlah menghormati dan bersifat tawadhu' dalam segala hal. tutuplah lobang-lobang keburukan dalam kalangan daei. tempelkan dengan kebaikan dan kebajikan. jika semua mengamalkan adab-adab dalam berkhilaf, maka Insya Allah perbalahan akan semakin reda dan beransur-ansur selesai. itulah yang dilaungkan para ulama dan du'at zaman berzaman.

mencapai hadaf besar itu perlu lebih dititkberatkan daripada bertelagah dalam perkara cabang yang tidak membuahkan amal.

~salam muhasabah, kredit untuk penulis sendiri..


note: hakikatnya ikhtilaf dan khilaf dalam erti istilahan (terminologi) yang sebenar mengandungi dua makna dan perbahasan yang berbeza. namun, penulis hanya mengambil dari sudut literasi sahaja. nanti kalau rajin, penulis akan post berkaitan khilaf dan ikhtilaf. satu perbahasan yang menarik. :)

1 comments:

Assalamualaikum wbt.
Adakalanya manusia sekarang keliru dari segi `khilaf` dan `firqah`.Disinilah kita kena ambiltahu mengenai usul AlFiqh dlm Istinbat (penetapan) hukum supaya tidak berlaku ikhtilaf. Surah AnNisa:82 أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
Allah SWT telah menetapkan hukum berasaskan dua sumber utama iaitu AlQuran dan Hadis Mutawatir berpandukan Surah AnNisa:59 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya .
Semua imam mazhab dan sepakatan mukmin beriman pada ayat Muhkamaat iaitu dalil qot`ie dari Qot`ie Tsubut (Ketepan putus). Tetapi apabila menyentuh ayat Mutasyabihaat, maka disinilah Imam mazhab keluar membahaskan dgn membawa hadis Ahaad yang lebih arjih membenarkan ayat tersebut, dinamakan dalil dzon dari Qot`ie Tsubut.
Maka disinilah, kita sebagai umat Islam perlu mempelajari dan mengetahui dalil2 tersebut krn kita akan bertanggung-jawab setiap ikutan yang diambilkan. Apa yang menjadi masalah sekarang, bukannya bermazhab tetapi lebih kepada ikut apa yang mrk tidak ketahui iaitu berfirqah. Boleh ke apabila lahirnya seseorang sehinggalah dewasa secara automatis bermazhab i.e. syafieyyiah etc? walaupun hidupnya melakukan kemungkaran dan maksiat masih mengaku bermazhab sekian sekian? Walhal bermazhab bermaksud mengambil dalil2 tersebut manakala berfirqah ialah mempertikaikan dalil2 yang telah putus atau tidak mengikut apa2 dalilpun. Kita akan dibangkit dan didakwa bersama2 dgn imam2/ikutan2 semasa didunia! Surah AlIsra`:71 يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imam2nya.
Walauapa sekalipun mrk bermazhab, mesti ada khalifah/imam yang mengangkat masalah furu` berdasarkan Hadis Mutawatir,(`AlImamu yarfa`u dzahiran wa batinan) Khalifah/iama mengangkat masalah dzahir dan batin` apabila diputuskan sesuatu dlm urusan jemaah. Begitu juga dlm Surah AnNisa:65 فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Wallahualam

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...