✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

ibrah dari kisah..

Salam alaik. moga subur bersama  nikmat Iman dan Taqwa.

baru balik dari hospital askari (kenapa askari yer? sebab doktor-doktor dia pakai baju askar, dan memang askar kat sini adalah doktor..) pelik kan?? pelik tak pelik lah, dah life nya macamni. masalah batuk teruk yang berterusan lebih dari seminggu serta pendarahan di dalam kahak. mungkin sebab musim sejuk kot dan penggunan sobah (baca: pemanas@heater) gas yang dipasang di rumah. 

ala kullihal, alhamdulillah selepas x-ray tadi doktor kata: paru-paru dalam keadan normal dan tak serius. cuma pendarahan kecil yang berlaku dalam salur darah ke apa tadi. entahlah. apapon hamdalah!

maka, post kali ini agak panjang, lebih kurang esei sedikit. hanya secebis pengalaman dan suasana Jordan untuk dikongsi serta ibrah yang mungkin dapat diambil darinya.. ^_^


SERABUT

kesesakan dan keserabutan di hospital askari itu lebih hebat mengatasi sesaknya bernafas di dada. asap rokok yang berkepul-kepul tidak pasti datang dari arah mana. kesannya lebih menambah mudarat batuk saya akibat menjadi perokok pasif hasil menyedut asap rokok dari si perokok yang tegar. padahal, papan tanda "mamnu' tadkhin" (baca:dilarang merokok) ditampal dimerata tempat. orang arab ni: rokok dan diri mereka memang tak boleh dipisahkan. yang lebih parah, DOKTOR pun hisap rokok! -geleng kepala-

banjiran pesakit  memenuhi ruang kecik bilik pemeriksaan doktor. mata meliar memandang dan memerhati gelagat manusia. membaca setiap ragam mereka. bukan sahaja penduduk Jordan, bahkan Saudi Arabia, Syria, Palestin, Thailand, yang tua, muda budak kecik dan baby semuanya ada disitu. masing-masing berdiri di hadapan bilik doktor. tiada kerusi ke nak duduk? takde nombor giliran ke? tak kan hospital besar macam ni seorang doktor je ada? andaian-andaian lain turut menari-nari di minda. dan bandingan hospital di Malaysia mula dibuat. mulalah rindu hospital Malaysia pulak kan.. hospital di tengah pekan Karak itu masih mengguna sistem manual. rasanya hebat lagi markaz sihhi (baca: markas kesihatan) di university yang menggunakan sistem berkomputer. 

semenjak bermusafir di Jordan ini, selalu sangat sakit yang Allah hadiahkan buat saya. (padahal dari Malaysia lagi dah memang sakit kan Hazirah..) dari satu ke satu penyakit saya hidapi. jika dikira hampir 5 6 kali saya berulang ke hospital dalam tempoh empat bulan disini. kadang saya bermuhasabah, terduduk atas segala nikmat kesakitan ini. 

mengapa sakit juga saya gelarnya sebagai nikmat? 

sebab dengan wasilah sakit lah Allah datangkan pula nikmat-nikmat yang lain. masakan sengaja Dia memberi ujian tanpa sebarang hikmah dan sebab. 

Firman Allah:

إن الله لا يظلم مثقال ذرة
sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah.
(4:40)

alhamdulillah secara tak langsung Allah mentarbiyah saya untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa arab. dan mengajar saya beberapa istilah-istilah klinikal yang perlu saya hafal dan cari untuk memudahkan urusan.  komunikasi dua hala pula terbentuk antara saya dengan doktor, nurse, pakcik van, juru x-ray dan ahli farmasi. 

segalanya memerlukan saya berkomunikasi dalam bahasa arab. mahu ataupun tidak, saya perlu mahir untuk sebut pelbagai istilah klinikal dihadapan doktor dalam menerangkan sakit saya. alhamdulillah mereka memahami bahasa saya meskipun tidak lah sefasih mana. dan yang menariknya, saya menimba pengalaman dalam menjelajah dua buah markas kesihatan serta tempat-tempat penting untuk dirujuk di dalam hospital. 

bak kata sahabat saya : 
awak ni, kat mana-mana ada awak kat situlah hospital yang awak akan familiar dengannya. 

maka, selepas ini jika sesiapa (terutama sahabat tahun satu di University Mu'tah) yang memerlukan khidmat ke hospital, dengan senang hati saya menawarkan diri saya untyuk menemaninya.. =)  boleh lah saya meringankan beban akak-akak BKP (baca: biro kebajikan dan perhubungan) PERMATA.


TANPA SISTEM

selesai pemeriksaan doktor dan mengambil keputusan x-ray, saya bergegas turun ke bahagian bawah hospital yang mana terletaknya farmasi. yang bagusnya, ruangan nisa' (perempuan) dan rijal (lelaki) diasingkan. satu usaha mencegah ikhtilat berjaya diwujudkan dalam hopital. tapi malangnya, papan tanda yang melekat itu tidak memberi peringatan yang lama. akhirnya percampuran berlaku jua. 

pelik. 

suasana farmasi yang jauh beza dengan Malaysia. pesakit berkumpul beramai-ramai dihadapan kaunter menunggu ubat. apa ke susahnya untuk duduk dan tidak serabut di hadapan kaunter. bukan mereka tidak panggil nama pun, bahkan siap menggunakan microphne lagi tu. tidak sabar ke mereka? ubat pula berselerak di atas kaunter.  mahunya jika terambil  ubat orang lain, kan ke dah parah.. 

sistem yang tidak teratur ini mengakibatkan kecelaruan dalam pengagihan ubat, serabut hasil hiruk pikuk serta hingar bingar bunyi bising di dalam hospital. 

btw, saya kena marah ngan akak farmasi ni sebab snap gambar dalam ni..
 ada ke peraturan tokleh amik gambau dalam hospital?

PAKCIK..

setengah jam berlalu, dan hampir satu jam saya tercegat dihadapan kaunter menunggu nama saya dipanggil. sabar dalam diri semakin menipis. dalam keserabutan dan kesabaran yang melanda, Allah hadiahkan saya dengan kehadiran seorang pakcik Thailand. melihat fizikal saya yang kecik berdiri dibanjiran masyarakat arab yang tinggi serta besar. dan ditambah pula degan mimik muka blur dan kesian saya, segera dia menegur saya. barangkali ingin membantu memudahkan urusan. dengan bersungguh dia menolong menyebut nama saya untuk dicari dalam senarai resit ubat yang saya berikan. kemudian, pakcik van yang menuggu lama saya diluar hospital pula masuk dan turut membantu. dengan sungguh-sungguh dia meminta ahli farmasi itu mencari nama saya.

terharu saya melihat kesungguhan pakcik tersebut. hingga mereka hampir bertengkar dihadapan kaunter farmasi untuk menolong saya. berkali-kali dia menyebut nama saya memberitahu pegawai disitu.

"fi musykilah. isbiri." senyum tawar pakcik van itu kepada saya.

akhirnya saya ambil keputusan untuk pulang. kebetulan saya pula masih lagi tidak menunaikan solat. 

"takpelah aku tak dapat ubat pun. kesian pakcik ni.." monolong dalam hati kecil saya. 

"ma'alish muallim. hayya narja' " saya mengajaknya pulang.

saya tidak kisah kalau saya tidak mendapat ubat, tapi saya kisah dengan pengorbanan pakcik van itu. hampir dua jam lebih dia menunggu saya. kagumnya, sedikit pun dia tidak mengeluh apatah lagi marah. sedangkan kebiasan arab di sini pasti marah atau bising jika menunggu terlalu lama. tapi tidak pada pakcik ini. dia bukan ayah saya, jauh sekali bukan saudara mara saya. antara saya dan dia tiada sebarang ikatan mahupun pertalian darah. tapi wujudnya pertalian akidah antara saya dan dia. dengan ikatan itulah dia menolong saya bagai seorang anak.

entah kalimah apa yang sesuai untuk saya ucapkan tanda terima kaseh saya. 

wajahnya tenang. moga Alllah membalas jasanya sesuai dengan kebaikan yang dia berikan..

ada jugak ye orang arab yang baik ni ye. :) pastilah kan.. mereka kan membesar de bumi anbiya'. jika tak banyak pun, barangkali golongan yang sedikit itulah mewarisi kebaikan dari nilai-nilai anjuran Islam.

inilah pakciknya, tapi tak sempat nak bertaaruf lama pun..
 jazakallahu khaira pakcik!

jika kita tolong orang, pasti akan ada orang lain yang akan Allah hantar untuk membantu kita pulak kan.. :) agaknya, kalo saya bagi sedekah kat makcik yang mengemis tadi, mungkin lebih hebat bantuan yang Allah hulurkan.. 

Firman Allah lagi:

وإن تك حسنة يضعفها ويؤت من لدنه أجرا عظيما
dan jika ada kebajikan sekecil zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakan pahala yang besar disisi Nya.
(4:40)
kan janji Allah tu.

hah, tulah kau HAZIRAH. jangan fikir banyak kali nak tolong orang. bantu je, walaupun makcik yang sama hari-hari minta sedekah kat kau. takkan 10 Qursh ko tokleh nak bagi kot.. 

peringatan buat diri ini.. ampunkan aku ya Allah atas kelalaian aku tehadap saudaraku sendiri.


~credit to: ayang Hashinah atas kesudian anda meneman saya ke Hospital. moga Allah pula datangkan sesorang yang lain membatu urusan awak pada masa-masa akan datang.. dan kak nada' aka Delisha Ballanah, akak BKP yang turut meneman. akak telah buatkan saya berdikari dan berani.! jazakillahu khaira~

4 comments:

syafakillah..

sy geleng kepala dgr awk gi hospital lg..
Alhmdulillah xdapat ubat..klu x....

 

mujur tak dapat ubat kan.. :)

saya bukan suka sngat pegi hospital, saya cume nak cek samada lung saya masih oke ke tak. itu je saya risau. kalo tak pegi smpai bile2 tak tahu kan..

lagipulak, itu mau'3ed dgn doktor la.. disuruh refer kesana.

 

every week....

ok..
kalau awk rasa itu y terbaik buat dri awk..

sy xnk kacau dh..=)

 

mana ada every week..

apaon doakan saya. mg gagah duduk sini teruskan perjuangan.. ^_^

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...