✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

kau istimewa: ABAH


abah.. ingin sekali uda nukilkan tentang mu disini. 
agar dunia mengerti bahawa abah lah hero, 
permata hatiku jejaka pertama dalam hidupku ini.

"ermm betol ke uda nak sambung belajau kat Jordan ni."
"betul lah abah, abah jangan risau, pasal rezeki duit tu, insha Allah ada. "
"ok lah. pergi lah ye. abah tak kisah pun.."

ABAH. dialah insan yang selalu memberi diri ini semangat, dan taujihat. teringat di awal pengurusan untuk ke Jordan, pada mulanya abah agak berat untuk lepaskan saya pergi ke sini. kerana bimbang soal duit. mak pada ketika itu telah tekad tidak mengizinkan saya ke bumi itu. gugur lagi air mata ini. dalam diam, doa ini dipanjat, moga Allah mengkabulkan permintaan si hina ini. akhirnya bila bicara dengan abah, alhamdulillah abah sungguh positif. terima kasih abah!. dan berkat dari kuasa abah sebagai bapa, dan suami buat emak: akhirnya mak pun merestuinya juga.

dan ternyata rezki Allah itu dimana-mana. saya menerima zakat dari seorang hamba Allah dengan nilai yang agak besar.  subhana Allah. saya melihat sujud terakhir abah yang begitu lama pada satu solat fardhu.. dan abah, sungguh besar jasamu buat diri ini.




abah terima kaseh banyak banyak atas segala penat lelahmu melayan kerenah diriku.

abah cuti separuh hari untuk menghantar saya ke hospital setiap minggu. 
abah tolak kerusi roda saya waktu saya jatuh eksiden
abah pergi balik amik saya dari tempat kerja
abah teman saya setiap kali saya ke hospital
abah bawa saya ke rumah urut
abah uruskan dokumen-dokumen belajar saya
abah bawa saya kesana kesini
abah dengar bacaan hafazan saya
abah dengar luahan isi hati saya

abah...

terlalu banyak kenanagan yang musahil aku lupai.
terlalu banyak jasamu yang tidak mampu aku balas
terlalu banyak keringat mu yang jatuh membesarkan aku
terlalu banyak,,,

abah sangat sabar melayan segala sakit yang saya hidapi. tanpa sebarang keluhan. dialah yang membawa saya ke sana sini. dari ruang pesakit biasa,  ke wad kecemasan, xray, fisio dan hingga ke specialist abah bersiar bersama saya, tawaf satu hospital.

indah kan abah?. (walaupun saya selalu je buat abah marah sebab tertinggal itu lah ini lah dan macam-macam) hehe.

dan saat ini, saya rindu ingin ke hospital bersama abah.
saya rindu ingin abah temankan saya ke hospital lagi

kini, saya ke hospital tanpa abah disisi. 


abah. tak lekang dari bibirnya menasihati saya. 

"jangan lupa baca quran, jangan tinggalkan hafazan."
"banyak-banyak doa dan selawat"
"nak buat apapun, niat kerana Allah. baru dapat pahala. baru dikira ibadah."

lembut orangnya. tidak bengis. tidak pula garang.

abah juga antara insan melatih diri saya berada dihadapan. bercakap depan khalayak dan berani. abahlah yang mengajar saya tentang itu.

"jangan malu-malu, peduli apa orang cakap, yang penting berani kehadapan."

diolag yang masih segar di minda saya. ketika itu saya berusia 8 tahun. darjah dua disekolah rendah.


dan kenagan yang paling indah bersama abah adalah bekerja satu tempat denganya!

saya sebagai ustazah (guru ganti) dan abah pembantu tadbir sekolah. dan yang paling menyeronokkan apabila abah saya sendiri yang buat penyata gaji buat saya. maka, sangat cepatlah gaji yang saya perolehi. sebab, abah saya orangnya sangat kuat bekerja. terima kaseh abah.

dan sebenarnya kelakar: bila abah melihat anaknya sendiri jadi cikgu tempat dia bekerja. saya malu bila abah ronda-ronda bangunan sekolah dan abah nampak saya. haha. apapon abah, u re the best!


6 January 2012.
abah dan emak

abah, emak dan cucu pertamanya, IMAN MUKHLISAH.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH! 

doa anakmu dari jauh: moga abah dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur untuk beribadah dan dimurahkan rezeki untuk beramal. anakmu ini tiada hadiah yang berharga melainkan kalimah agung yang pernah anakmu ini hafal sebagai bekalan di hari kebangkitan. moga dengan berkat anakmu ini menghafal kalamNya, mampu bersama mak dan abah di Syurga sana. ameen.

doakan anak mu di dataran Syam ini..

maafkan salah dan silap serta dosa yang pernah aku lakukan. ingin sekali aku bersamamu disisi dikala ini. ingin aku memelukmu erat dan mencium wajahmu. entah bila aku mampu bersua denganmu lagi. 

abah, uda rindukan abah!

selamat hari ulang tahun kelahiran buat mak dan abah.
mak-26.12 dan abah 06.01

~semoga kebahagian ini menyinar hingga kesyuga, kerana aku anakmu  turut berteduh dibawah kebahagaian yang terbit dari dirimu. mak dan abah..

imisssssyousoooomuchhhh!

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...