✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

lagi lagi IKHTILAT..

alaaa.. borak-borak kosong je pon..
saje tanya-tanya kabar..
bukan cakap tepon pon, chating kat FB je..

bole ke ikhtilat antara syabab akhawat ni?

ikhtilat tu menda apa pulak yer? 

ada sorang teman ni kata: ikhtilat tu halawiyat.. saya hanya mampu tersenyum ^_^

dah dalam Islam ni ada ke tidak ikhtilat-ikhtilat ni? 

serabut lah! semua page kat FB nak cakap pasal ikhtilat.

soalan demi soalan ditanya.

mari kita bertaaruf dengan encik ikhtilat. 

ikhtilat adalah percampuran.

percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. 




Mudah sahaja ikhtilat ni. macam A+B=AB. mudah kan.

mudahnya ikhtilat ni terbahagi kepada dua:

1. ikhtilat yang syar'ei
2. ikhtilat tidak syar'ei

so, kita nk pilih 
yang sya'ei ke yang tidak syar'ei. 
yang baik ke yang tak baik.
yang Allah suka ke yang Allah benci.

pilih. pilih. pilihan di tangan anda.

secara ringkasnya, ikhtilat syar'ei mngiikut pandangan syara' diharuskan pada beberapa perkara:

1. harus ketika darurat

contoh:

seorang akhawat yang mahu pulang ke rumah pada waktu malam dalam keadaan tiada akhawat lain bersamanya, dan hanya ada seorang muraqib (syabab) sahaja yang boleh menemaninya pulang.

keadaan ini diharuskan ikhtilat baginya. diharuskan disini bukan beerti syabab akhwat tadi duk tergedik-gedik ketika jalan beriringan atau mahu pegang-pegang tangan, berborak kosong tanpa keperluan.

2. harus pada perkara keperluan (hajiyat)

contoh: 

-gerak kerja berpesatuan
-menghadiri majlis-masjlis ilmu
-tujuan perubatan
-jual beli

tapi dalam berpesatuan pon ada batas-batas dalam berikhtilat. 

berbincang kepada perkara keperluan sahaja. masej yang dihantar serta panggilan  telefon yang dibuat haruslah tidak meleret-leret. ber'hoha' atau ber'huhu' atau ber 'kahkahkah' adalah perkara asas yang perlu dijauhi.

kita tidak terlalu syadid (keras) dalam menolak komunikasi antara syabab akahwat dan juga tidak terlalu longgar sehinggakan melampau-lampau dalam pergaulan. inilah yang ditegah..

sebagai muslimat khususnya, kita adalah yang pertama harus menjaga perkara ini. sekali kita bermudah-mudah serta ambil ringan perihal ini, maka syabab tanpa segan silu cuba mencucuk jarum. mengisi taman bunga di hati pada waktu-waktu lapangnya. ini adalah fitrah kebiasaan. 

dan yang terakhir

3. ikhtilat menjadi haram pada perkara tidak syar'ei.

contoh: 

berurusan tanpa keperluan. saja-saja mengisi masa lapang. bermesra-mesra menghiburkan hati.

ini merupakan pintu-pintu syaitan dalam menjerumuskan kita ke lembah maksiat. sekali kita membukanya, beribu-ribu syaitan akan datang membisikkan kejahatan seterusnya agar kita terus berada dalam gelombang maksiat.

takkan lah balas comment dia pon tak boleh kot..

status syabab A: harini masak  nasi ayam. 
komen:
akhawat A: pandainyaaaa dia masak..hehe. nak sikit boleh?
syabab A: takdelah, biasa-baiasa je. awak lagi pandai.. bila nak masak kan utk saya.
akhawat A: kalo nak saya masak, awak kena... bla bla bla..
akhawat B: kita nak sikit jugak boleh..

erk. ironi bukan.

pelajar jurusan agama berbalas komen yang tidak mendatangkan faedah diruangan alam maya.  dan ianya pula menjadi tatapan umum.

tidak malu kah kita.? 

bagaimana pandangan adik-adik atau mad'u-mad'u diluar sana memandang kita sebagai seorang daei.? jika ikhtilat sebegini tidak mampu dikawal.

makanya, pilihan ditangan anda.

terpulang untuk menggunakan mana-mana qaedah yang dirasakan terbaik buat diri masing-masing.

samada:

syadid atau mu'tadil
keras atau bertolak ansur.

berIKHTILATlah mengikut garis pandu Islam dan acuan Al Quran serta As sunnah.

jauhi ikhtilat mengikut hawa nafsu, 
nescaya dirimu lesu serta layu. 
binasa dan hancur!

ayuh katakan:

 SIFAR IKHTILAT TIDAK SYAR'EI!

0-sifar 0-zerO 0-kosong :)

kita bantu untuk catikkan Islam, maka yang lain juga kena turut membantu mencantikkannya..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...