✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Salju Yang Mengetuk Diri

Syitawi melambai-lambai
Katanya mahu mengundurkan diri
Namun sejuk masih membaluti
Jasad kecil tika menghadap Ilahi..

kali ni saya nak tulis ringkas jer.

sebab malam ni terlalu sejuk, hingga menggigit tulang kaki.

dan hirom (baca: selimut tebal) pula dah sedia untuk memanggil masuk kedalamnya.

cuma nak kongsi satu gambau yang berjaya di snap 2 hari lepas (26.1.12) di Masjid Mazar, Karak Jordan.


eh eh.. apa yang putih-putih tu?
salji ke? wahhhh salji lah.. ^_^

aneh.



salji masih kekal membeku di Mazar. sedangkan waktu saya datang kesana, sudah dua hari salji berhenti dari turun dan saat itu matahari panas terik benar-benar memancar di daerah Mazar itu.

sedangkan Mu'tah...

petangnya turun salji, dan keesokan paginya.... seperti tiada apa-apa yang berlaku semalamnya. hanya lecak yang memenuhi jalan raya.

so, apa kaitan salji kat Mazar dan Mu'tah? (mungkin ada yang tertanya-tanya kan..)

oke, baiklah.

Mazar adalah tempat yang mana dimakamkan tiga orang para syuhada'  yang syahid ketika perang Mu'tah pada 8 hijrah yang lalu. mereka adalah Zaid, Abdullah Rawahah dan Jaafar Thayyar. sungguh wangi dan tenang berada dalam kawasan makam mereka. 

manakala,

Mu'tah pula adalah kawasan tempat tinggal pelajar Malaysia yang belajar di University Mu'tah.

yang pelik serta ajaibnya, salji malu-malu ingin turun ke lembah Mu'tah, sedangkan sangat lebat dan tebal di Mazar.  Jika diikutkan, Mazar dan Mu'tah tidaklah jauh mana, sangatlah dekat. dan rata-rata muhafazah (negeri) di Jordan telah menikmati salji yang dinanti.

pelik. apa yang berlaku ni hingga salji malu ingin turun di dataran Mu'tah?

tahun lepas salji langsung tidak turun.
tahun ni pula, salji hanya turun sedikit sahaja.
tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. lebat dan tebal.

so, kalau salji tak turun apa masalahnya? baguslah kan. tak sejuk-sejuk sangat..

memang takde masalah. 

masalahnya: hampir SEMUA pelajar menanti kedatangan salji. jadi bila tak turun atau turun sedikit sahaja, dia macam satu yang sangat aneh. sedangkan tahun sebelumnya, waktu musim sejuk camni wajiblah turun salji sehari dua..

persoalannya, 

terhijabkah? 
dosa-dosa penduduk Mu'tah kah?
maksiat yang berleluasa kah?

sehingga salji malu menampakkan dirinya disini..

ATAU

Allah mahu mengajar kita agar bersyukur pada yang sedikit. :)

pasti ada yang tersirat..

kata seorang teman:

"nanti adek-adek baru datang ke sini, pesan pada mereka: kalau nak salji turun dan dapat main salji kat Mu'tah ni, jagalah BIAH SOLEHAH sebaiknya.. "

wallahu'alam.

muhasabah mengetuk diri. 

2 comments:

alhamdulillah..dapat jugak main dgn salji.. :)

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...