✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

taklifat yang terabai

musim cuti fasal awal semakin melabuhkan tirai. beban stress dan serabut menghadapi imtihan nihaei yang lalu di lepaskan semahunya dengan melancong serta bermusafir keserata pelusuk dunia. dan tidak kurang juga ada yang pulang ke tanah air mengubat rindu pada ayah dan bonda.. bestnyaaaa... (jeles jeles.. >.< )

aktiviti dakwah dan tarbiyah pula diisi semahunya bagi memenuhi masa lapang yang terbentang luas. usrah dijalankan setiap minggu. itulah makanan rohoni yang menghidupkan hati. tafsir quran ditadabbur memahami dan menghayati setiap bait ayat suci itu. hadis-hadis nabi dihadamkan, dihafal dan ditasmi' (mendengarkan bacaan) kepada orang lain. buku-buku ilmiah dibedah, mengambil ibrah intisari didalamnya. daurah dan program-program tarbiyah dihidupkan. disemai ukhuwah dan rabitoh. meriahnya bagai dipasang lampu neon disekeling hati. indah serta berseri. hidup dan terang!



susunan strategi dakwah menarik mad'u mengenali Islam dibentang. aktiviti 'pecah kepala' dijalankan secara berkala. uslub-uslub dakwah dikuliahkan serta dipraktikkan. para daeii mula bertebaran menghidupkan hati masing-masing. bermusafir kesana sini mengenyangkan iman didada..

bermusafirlah~

namun sayang.. seribu kali sayang...

gerak kerja dakwah yang dibina untuk terus melaju dan gencar semakin hari semakin gencar. malah ia kekal hidup dan subur. malangnya taklifat dan hak-hak yang lain terabai. bukankah itu satu yang ironi..

hak persaudaraan sesama ahli bayt terabai. 
janji itu dan ini dingkari.
hak sesama kawan lain juga tidak tertunai.
hak ke atas gerak kerja berpesatuan terlepas pandang.
hak sebagai anak hampir dilupakan.
pertemuan yang dirancang terbatal.

ironi bukan.

menghidupkan hati bukan sekadar duduk tafakur dan taqarrub semata. 

firman Allah:

ضربت عليهم الذلة أين ما ثقفوا إلا بحبل من الله وحبل من الناس 
mereka diliputi kehinaan di mana mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali agama Allah dan tali perjanjian dengan manusia.
(3:112)


bukankah hubungan dengan Allah itu perlu dihubung jalinkan dengan hubungan sesama manusia. barulah lengkap!

menghidupkan gerak kerja dakwah dan tarbiyah dengan sulaman-sulaman ukhuwah---->itukan indah! tidak melupakan antara satu sama lain--->itulah yang diuntut. meskipun saudara kita itu tidak membantu langsung dalam usaha dakwah kita. tidak membuahkan amal dan hasil bila bersamanya. tapi, apa yang mereka tahu tentang perjalanan dakwah yang sedang kita bina ini.. 

harus intabih: mad'u dan orang sekeliling kita bukan semuanya sama. mereka berbeda.

silap yang mungkin dan perlu diambil ibrah. 

gerak kerja dakwah haruslah selari dengan tuntutan serta taklifat yang lain. 

taklifat bukan sekadar tanggungjawab gerak kerja berpesatuan semata, bahkan ia merangkumi segala aspek setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan. termasuklah taklifat sebagai saudara sesama Islam.

hak saudara jangan terabai. bertegur sapa serta bertanya kabar adalah perlu. mendoakan pula adalah wajib!

bukan pula menyepi, menghilangkan diri, mengenyangkan iman sendiri-sendiri.

kerana harus ingat: bersaudara itu juga termasuk dalam kategori IMAN..

"tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaiamana dia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari Muslim)


inilah dia taklifat yang terabai..

pesanan buat diri sendiri. selamat bermusafir sahabatku. doa sentiasa mengiringimu. May Allah yusahhil!

~jika diri ini turut melakukannya juga, mohon maaf dipinta. maafkan khilaf diri ini.

-cube menjadi  seorang yang cakna hubungan- ameenn..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...