✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

masihkah lagi RETORIK?

Muhammad kekasih Allah.

malam itu terdengar esakan kecil dari mereka. hati yang menjiwai watak Yahudi buta itu agak keras berbanding hari-hari latihan sebelumnya. apa benar aku menjiwai sungguh watak Yahudi itu. Allahu Allah. 

lakonan singkat itu berjaya membawa hati-hati itu turut hanyut dibuai rasa cinta kepada Rasulullah. air mata yang mengalir seakan jujur merindui jasad dan peribadi baginda. sungguh, dialah empunya akhlak persis Quran!

kesejukan sejuk yang mencengkam tulang belulang merelakan jiwa kami teus menerus menghidupkan pagi itu dengan mengingati nabi. sepucuk surat diminta untuk ditulis buat junjungan besar Muhammad kekasih Allah itu.  

ah, pagi yang penuh retorik.

bentak hati kecilku.

masih terdengar dihujung sana esakan esakan kecil mereka. wajah ditundukkan. pena-pena menari laju di helaian putih itu. air mata diseka. sedeh barangkali.

alunan muzik kitaro dimainkan. syahdu dan pilu.

rupanya alunan muzik juga berperanan penting dalam membentuk emosi seseorang. 

"surat cinta buat rasul."

retotika semata.

aku pernah laluinya dulu. aku bimbang mainan yang sama berulang. 

menangis esak semasa program mengigati nabi. kemudian entah kemana ingatannya pada nabi apabila majlis selesai. bila dunia didepan mata, ah hilang kemana rasa cinta buat dia. itu mainan retorik.

cinta retorik. kesimpulan yang mudah untuk dibuat.

mengapa hari-hari tertentu sahaja mengingati baginda? mengapa sukar mulut melafaz selawat?

mengapa cinta ini tidak terlekat di hati sebagaimana mencintai manusia biasa?

mengapa cinta ini perlu dibuat-buat? mengapa ia tidak hadir sendiri.

tanyalah iman, saat ia sedang subur mewangi.

aku bimbang.

namun aku gagahi juga untuk menulis.

Allah, lindungi aku dari sifat retorik yang menyelubungi. aku bukanlah hamba yang begitu. aku bukan pula umat sekejam itu. ampuni aku ya Allah, andai nukilan aku ini menjerumus kan aku kelembah kepura-puraan.


ya Rasulullah. tinta ini aku mulakan dengan lafaz agung 'dengan nama Allah'. 
jika retorik hati aku melafaz cinta buatmu, maka begitu jugalah retoriknya tintaku ini.

andai saat aku menulis ini kau dapat membacanya, dapat mendegarnya, akulah yang paling bertuah. 

buatmu kekasih Allah.
wahai nabi, aku sebenarnya malu menulis surat ini kepada mu, 
aku tidak layak melafaz cinta buatmu yang terlalu agung dan mulia, 
sedangkan aku si pendosa yang hina.

Muhammad kekasih Allah.
andailah kau ada di saat ini, duduk bersama kami ketika ini
tentu sekali kau lebih sedeh dan kecewa melihat umatmu pada masa ini.

umat islam kini telah berpecah ya Rasulullah.
sedangkan mereka dan kami berdegang mengatakan mahu membawa Islam
mahukan pembentukan sebuah khilafah
mahukan sebuah kerajaan Islam

tapi kami tidak bersatu ya Rasululah.
masing-masing berada di laluan sendiri
tiada kesatuan amal dan fikrah diantara kami
malah seolah-olah medan dakwah ini pentas perlawanan
yang ada kalah dan menangnya..

ya Rasulullah. tiada apa yang aku mahukan dari warkah ini
melainkan doa darimu buat kami
agar kami diberi kekuatan hati
bersatu atas jalan dakwah ini
satukan hati kami
agar saling menyanyangi
dan tidak lagi memusuhi

dan aku tahu Rsaulullah,
jalan ini sangat panjang dan sukar

maka ya Rahman Ya Allah
kuatkanlah hati-hati kami 
dalam memyampaiakn risalah Muhammad
perkukuhkan hati kami
agar tidaki kau balik-balikkannya lagi.

ya Nabi ya Allah
kami mohon syafaatmu
di hari pembalasan nanti.

aku merinduimu..

ini surat peribadi saya buat Nabi.

aku sedeh akan penganiyaian orang kafir terhadap Islam, 
tapi aku terlebih sedeh melihat permusuhan saudaraku sesama Islam. 

moga cinta yang subur pada pagi itu tidak lagi retorik.

lafaz cinta ini buatmu kekasih Allah.
selawat ini akan sentiasa beralaun dibibir
hingga mati jasad ini.

mudah-mudahan nukilan yang lahir dari hati akan sampai ke hati.

allahumma solli ala Muhammad.

~hari-hari selawat~

serikandi kaktus: 
"bagaimana aku mahukan khilafah, andai kerajaan hati masih bergelumang nafsu serakah"


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...