✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

merendam ruhiyyah

terasa hati sepi.
padahal timbunan kerja dan taklifat sudah berlambak di depan mata.
usrah-usrah yang disertai bukan sekadar satu sahaja.
bahkan ditambah pengisian luar dan di dalam bilik kuliah.
mengapa hati masih sepi.?

rasa ingin menangis yang tidak mampu dilepaskan.
barangkali sudah kering air mata yang ingin dirembes keluar.
ah, menangis pun tidak selalu,
mengapa tidak ada air mata lagi?

berdialog sendiri.

keras nya hati. sepinya jiwa.

al quran dibuka satu persatu lembarannya.
dibaca ayat-ayat pilihan.
dilihat satu persatu terjemahannya.
masih tidak enak dan lembutkan hati itu?
apa lagi yang kurang..?
bukankah al quran itu syifa bagi mu'min
rahmat bagi yang beriman.

hati terus dan terus menangis.

panggilan telefon dijawab.
panggilan meeting yang entah kali  keberapa untuk minggu ini.
jasad penat. letih dan layu..


kau kan pekerja Islam.
haruslah itu beban kerja yang perlu ditempuh
mengapa mengeluh?

kaki dihayun melangkah ke daerah keringat.
entah masuk entah kemana fikiran di dalam halaqah itu.
satu pun tidak melekat.
resah nya hati tidak mampu diubat.
rasa ingin segera keluar dari halaqah yang tidak merawat itu.
HATI nya masih sepi..

petang yang mendung itu seolah mengerti burukya hati si hamba.
dipaksa air mata keluar namun gagal.
menangis pun tak berair mata.
pada siapa lagi harus aku luah isi hati yang aku sndiri tidak tahu apa yang dia mahu..
monolognya yang lama tidak juga berhasilkan titisan mutiara.

aku mahu nangis. aku mahu nangis. aku mahu nangis!
diulang ulang ia menjadi zikir.
natijahnya masih gagal!

"engkau pekerja Islam yang sibuk dengan kerja, tapi hancur dengan amalan"

bisikan yang tepat
tepat memanah hati.

bisikan yang berjaya mengeluarkan air mata.
menangis dan teruslah menangis.
rupanya hati telah lama terendam dengan kesibukan dunia.
kesibukan dunia yang  kononya kata bekerja untuk akhirat.

bekerja untuk akhirat apakah itu?
jika amalan hancur.
jika amalan kurang.
jika amalan hampeh.

mengapa merendam ruh pada dunia.
sedangkan ruh itu perlu tempat dan makananya.
makananya Qiam yang menghidupkan malam
menghidupakn hati yang mati
membangunkan hati sepi
makanannya mengingati mati
menginsafi diri.

إلا من أتى الله بقلب سليم
(26:89)


ruh yang direndam ibarat 'sponge' yang direndam
begitu banyak air yang keluar dari perahan 'sponge' itu
begitulah juga dosa noda yang melekat pada hati itu.
jika lama direndam, makin banyaklah air dosa yang terkumpul.
mengalir cair, jatuh ke bumi.
itulah sifatnya ruh yang direndam.

perah lah ia hari-hari.
biar kering dari dosa
kering dari maksiat
bersih dari noda.

yang memberi makan pada hati bukan sesiapa
tapi tuannya sendiri


merendam ruhiyyah ibarat merendam diri di tengah lautan
lemas dan lemas
tenggelam tidak timbul
akhirnya mati menjadi bangkai.


selamat menghidupkan hati yang mati
ruhiyyah kuat, jasmani sihat
kerja smart, natijahnya hebat!  :)


introspeksi: (jawab dalam hati cukup)

agak-agak dalam seminggu berapa kali kita bangun menghidupkan malam?
atau dalam sebulan belum tentu sekali.
atau mgkin dua bulan belum tentu lagi terjaga.?
maka bersedihlah wahai diri
kerana gagal menghidupkan hati!


SK
Mu'tah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...