✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

pembunuh tanzim

::mulakan dengan menyebut namaNya, bismillah.. ::

entri yang baik untuk dikongsi dan haruslah terasa bersama-sama.
namun tak cukup saja sekadar terasa, adalah lebih baik jika rasa dipukul, diketuk dan ditampar.
supaya ia lebih mudah masuk ke dalam hati, serta meninggalkan kesan yang amat..

mencintai organisasi atau tanzim adalah dengan cara membunuhnya.
itukan lebih baik?

kenapa saya kata demikian?


anda melafazkan rasa cinta pada sesebuah tanzim atau organisasi  tetapi anda juga telah membunuhnya secara diam-diam. 


caranya mudah, iaitu dengan anda mengamalkan sikap-sikap ini didalam organisasi anda. :
(sila baca sampai habis)

-Jangan hadiri mesyuarat bila dipanggil.

-Jika datang ke mesyuarat, sentiasalah datang lewat.

-Jika datang mesyuarat carilah kesalahan anggota lain.
-Jika dilantik menjadi jawatankuasa atau diminta sumbangan, jangan bekerjasama, tetapi sentiasalah mengkritik apa yang dibuat oleh organisasi. Jika ditanya oleh pengerusi sebarang cadangan mengenai sesuatu perkara yang penting, katakan no coment, tetapi sesudah itu beritahu semua orang, “ Sepatutnya kita buat begini... begini"
-Bila sesuatu jamuan atau aktiviti dianjurkan, beritahu semua ahli bahawa, “ Kita sebenarnya membazir “.
-Jika tidak dianjurkan sebarang jamuan atau aktiviti, hebohkan bahawa, “ Sebenarnya organisasi kita telah mati “.
-Jika anda dilantik memegang amanah jawatankuasa, tolaklah dengan alasan tidak mampu.
-Selidik setiap sesuatu yang salah, meskipun kecil. Bila anda mendapati kesalahan itu letakkan jawatan.
-Bila menghadiri mesyuarat, sokong semua perkara. Selepas itu jangan berbuat apa-apa.
-Sentiasa lengahkan kerja-kerja organisasi atau mengambil sikap tidak berbuat apa-apa langsung.
-Akhirnya, yang juga tidak kurang pentingnya, jangan letakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan anda, anda tidak berpeluang “ membunuh organisasi “

akhir kata, tahniah jika anda sudah berjaya menjadi PEMBUNUH!

silakan terasa~
check n balance
saya kopi dan saya pasta.

SK
Mu'tah.




"innal amanah annadamah"
sesungguhnya amanah itu satu penyesalan..

2 comments:

Salam anjang.. suka baca entry ni..
Semoga pembunuh itu bukan KITA.. :)
Jaga diri, syafakillah..

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...