✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

pinjam bahu boleh?

:: dengan lafaz bismillah::


inbox ditenung lama.
adik kenalan alam maya itu tidak henti-henti menghantar masej.
katanya bimbang. bimbang masejnya tidak berbalas.

"kakak tolonglah kuat. kakak yang saya kenal bukan macamni."

dia bukan kenalan alam maya yang biasa. dia terlalu istimewa. wajahnya sekali tidak pernah bersua. apatah lagi jasadnya tidak pernah aku rangkul. ada ikatan akidah antara kami.  ada rabitah yang terjalin.

adik. saya cuma letih.
jasad saya kurang stamina.

"ahh yang letihnya bukan jasad kau, tapi Iman kau"

bagai ada yang berbisik.

tangan menaip lambat. perlu dijelaskan situasi agar dia tenang disana.

            "kakak letih sikit. tak kuat lah dik. maaf"

            "kakak kan kaktus gagah"

seGAGAH kaktus

sedikit tersentap. aku ke kaktus? kalau kaktus, aku mana boleh lembik-lembik.

"kakak kaktus lembik"
ada air mata yang jatuh.

"no! kakak, kaktus yang gagah dan kuat" 

kadang-kadang ada masa kita jatuh. dan ada kala kitalah yang membangunkan insan yang jatuh.
indah ciptaan Allah. dijadikan ukhuwah didalamnya saling melengkapi.
saling mengindah. dan saling menguat.

tak tergambar di minda bagaimana saat tiadanya teman disisi. tiada bahu yang ingin ditumpang sandar. tiada rakan yang ingin berkongsi cerita. sepilah dunia tanpa bahagia.

terngiang lagi kata seorang teman. saat dia tidak putus asa memberi harapan dan nasihat. andai akulah menjadi dirinya sudah tentu letih mengulang kalimah yang sama memberi semangat. tapi dia tidak. seolah dia memhami apa yang turut dirasai. kerna derita yang dilalui juga hampir serupa.

"awak memang kaktus yang gagah.
kaktus gagah yang lembik!"

terasa dilanggar lori sampah.
panahan yang tepat.
mahunya jatuh tergolek saat membacanya.

faham saja akan ayatnya.
menangis lagi.

anggota yang sakit itu dipegang perlahan.
duhai makhluk pinjaman Allah, esok kau bakal ke kuliah lagi.
meneruskan amanah disebalik derita.
tak penat kau menghayun langkah.
biar terkadang langkah itu lambat.
selambat kura-kura jalanan.
tak lelah kau mengikut tuan
biar terkadang engkau melawan
tetap juga kau berjalan

nikmat dtarik sebentar
setelah 21 tahun menggunakannya
barangkali ia mahu berehat
setelah penat berkhidmat

bukan kaki kamu yang sakit, tapi ruh kamu yang lemah.

sakit fizikal akan hilang, jika ruhiyyah sihat.
sakit fizikal semakin kritikal, saat ruhi mati.
tiada syifa yang merawat.
tiada iman dituai.

bersedihlah duhai diri kerana ia bisa melembutkan hati.
miliki hati sensitif yang sentiasa peka lebih menjinakkan ruhhi.

tapi bukan merendam ruh terlalu lama hingga melemaukannya.
anda mu'min, bukan sifatnya sedih sentiasa.
perlu dibaja taqwa iman
lebih akrab mendekati tuhan.


Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya
-hilal-


bukan dengan cara merendam air mata terlalu lama.
cukup sekadar engkau tahu diri sebagai pendosa hina.

rupanya RUH yang sakit, tempang dan cacat!

moga bertambah kuat. dan saling menguatkan..

saya nak pinjam bahu boleh?

damainya.
rindu pelukan nya.

kaktus harus gagah. sebab awak ada adikberadik yang perlu awak gagahkan.
dan sebab awak ada mereka yang sering menggagahkan!


SK
Mu'tah

~terima kaseh SKH. sudi teman kaktus lembik malam-malam ni. :)


1 comments:

Salam anjang..
Kuatkan semangat tau..
Kita kan ada Allah..
Jgn sesekali rasa Allah menzalimi kita dgn ujian yang DIA bagi..
akan tetapi, ujian dikurniakan tanda kasihNYA yang tiada bersempadan..
Andai ku ada di sana~ Ku izinkan bahuku untuk dijadikan tempat bersandar..~
Sayang anjang fillah!

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...