✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Cooking Mama

::Mulakannya dengan lafaz yang mulia, Bismillah::

Jari dijilat.
Talam yang cukup makan untuk llima orang itu bersih, licin.
Tinggal ketulan-ketulan ayam sahaja ditebing talam itu. Itupon tulangnya bersih dari sebarang sisa-sisa daging. Mahunya jika tulang itu diberi  makan untuk si jin, pasti jin juga tidak lalu memakannya.

Senyum.
Alhamdulillah, lauk hari ini habis. 
Ayam masak kari. Sedap sangat kah?

Itu bukan lah persoalannya.

Saya pula bukan seorang yang  pandai memasak.  Setakat campak-campak tu bolehlah.  Dan adalah lebih lagi jauhnya menjadi seorang master chef. (mungkin master chef untuk suami dan anak-anak nanti)

Makanan yang dimasak itu sedap atau pun tidak, itu persoalan yang perlu diletak ditangga terakhir. Memasak juga perlu dihubungkaitkan dengan Islam. Kerana makanan adalah aspek terbesar yang mendarah daging di dalam jasad kita.

Dari manakah sumber makanan itu?
Makanan kategori apa?
Harga makanan?
Kuantiti makanan?
Kualiti makanan?

Ye semuanya penting. 

Tidak  membazir adalah perkara yang perlu ditekankan.
Tujuannya haruslah dijauhi dari nikmat nafsu semata.
Perkara yang melibatkan nafsu perlu diletak tepi.
Makanan yang  pada asalnya menjadi daruriyat boleh terkadang menjadi tahsiniyat.
Harus intabih! (ayat Dr Faris ^^)

Menjauhi amalam syaitan itu dituntut.

Dan bagi saya, memasak sebenarnya adalah ubat dalam merawat hati.
Merawat hati manusia.
Merawat hati yang mati.

Bagaimana ia boleh merawat hati?

Dengan melantunkan kalimah-kalimah dan lafaz zikrullah didalamnya.
Nescaya molekul masakan itu tadi terbentuk dengan lafaz yang agung.

Saya sekali lagi menekankan, saya bukanlah seorang master chef yang hebat memasak.
Cuma saya ada satu perisa tambahan  pada setiap masakan saya.
Iaitu doa rabitah.

Resepi ini mudah. Hanya perlu dibaca berulang kali di dalam masakan. bermula dari mengupas bawang sehingga lah menghidangkan makanan, lantunkan saja segala macam doa. Sambil mengacau masakan tersebut, sebutkan dengan perlahan nama-nama  orang yang ingin anda hidangkan makanan. Misalnya saya menyebut nama setiap ahli bayt saya di dalam masakan saya. Ditambah dengan doa pengikat hati antara kami.

anggaplah kita memasak untuk anak-anak sendiri.
bagaimana ye kita mahu memasak? pasti mahukan yang terbaik bukan?

Indah.

Hasilnya saya berharap setiap dari hati kami terikat antara satu sama lain. Menyayangi sesama kami dan paling penting turut merasai taqwa yang sama di bawah satu bumbung.

Agak retorik merasakan taqwa yang sama. Sedangkan disisi Allah itu nilaian taqwanya berbeza. Yang berbeza ini mampu  menampung kelompongan yang lain. Saling menguatkan dan saling mengingati.

إن أكرمكم عند الله أتقكم


Apa yang paling utama, kami merasakan bahagia dalam rangkulan ukhuwah sesame ahli rumah. Merasakan dialah bahu dan tangan yang memimpin kita. Memimpin menuju syurga!

Akhir sekali,
Memasak itu pokok pangkalnya memerlukan niat yang ikhlas.
Kerana kita memasak untuk memberi makan pada jasad yang bekerja.
Jasad yang bekerja untuk Islam dan ummah.
Apa mungkin kita memberi  ala kadar sahaja.
Apa mungkin kita memasukkan makanan ke rongga perut dengan terpkasa.
Kerana ia bakal didarah dagingkan.
Menjadi sebati didalam kehidupan.
Kelak, darah daging ini pula bakal melahirkan zuriat
Menyambung perjuangan membela Islam!

Apa mungkin ia dari sumber yang fasad!

Percayalah, jika anda harini bukan seorang yang pandai memasak, dan makanan yang anda masak pada hakikatnya bukanlah sesedap mana. tapi yakinlah dengan mengamalkan zikir yang saya sebutkan tadi, insha Allah makanan anda akan bertambah sedap.  Menambah selera  dan mengenyangkan. J

Kerana apa?? Kerana masakan anda sudah teradun dengan kalimah agung zikrullah dan tersimpulnya pada makanan anda dengan  tali robitah yang bisa mengikat hati juga perut yang memakannya!

Silakan mencuba !

lagi banyak kuantiti yang anda masak, dan  banyak perut yang memakannya, maka bertambah banyaklah hati-hati yang telah anda taut. semakin meningkat lah jiwa-jiwa yang anda rawat. ^_^

       
~jadilah mama yang memasak penuh ceria dan bahagia~

~testimoni ini sudah berjaya saya lakukan terhadap ahli bayt saya juga adik beradik seperjuangan saya!

Makin hari bertambah sayang,
bercambah rindu,
berkuntum ukhuwah!

alhamdulillah!

SK
Mu'tah

1 comments:

'' Semalam adalah sejarah yang tidak dapat dipinda. Esok adalah khayalan yang belum nyata dan hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita ''.

Salam ziarah dr Agunci. :)

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...