✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

taman hati yang berbicara

:: bismillah thumma alhamdulillah ::

[tiada kena mengena dengan sesiapa, ini cerita sebuah persahabatan]

temannya itu umpama TAMAN hatinya.. 
kredit to kak cik~


"ukhti, saya ada kabar gembira nak kongsi ni"

ye raut wajahnya kelihatan berseri, meskipun ada kekaca mutiara di anak matanya. fikirnya terharu mungkin. berita yang membahagiakan. itulah yang difikirnya.

tangan ukhti itu digenggam erat. rasa bahangnya kedua  tangan itu meresap hingga ke hati. kedengaran degupan kencang jantung yang berirama. seolah mengerti luahan yang bakal diterjemah. ada sesuatu yang pasti, tetap akan dilalui.

kepala disandarkan dibahu teman karibnya itu. entah bila kepala ini dapat lagi bersandar di bahu kecil itu. menumpang kasih di taman hati yang bahagia. 

"ukhti tahu,  saya sentiasa ada dalam taman hati ukhti" 

ayat itu dipegang sungguh. umpama digigit dengan gigi garham. cengkamannya kuat. tak terlepas.

adakah hanya sekadar ayat kosong yang tiada erti? sia-sia sajalah ukhuwah yang terjalin andai sekadar omongan dan buahan retorik semata. rugilah masa bersama yang tiada nilaian biarpun sedikit cuma. 

tumpang berteduh di  hati manusia bukan lah berteduh di bawah pepohon rendang yang rimbun buahnya. berkicau burung-burung bersiul riang di atasnya. ditiup angin lembut yang menguis pipi. gambaran yang indah~

namun hakikatnya, hati manusia adalah hati yang dimilki tuannya. dicipta untuk merasai pelbagai 'rasa'. dikurnia aneka irama dan nyanyian sebuah pentas hati yang berkerajaan. ianya pelbagai~  hadirnya melengkapi yang kurang, mendamaikan yang gelisah, membahagiakan yang duka dan  menenangkan yang resah. itulah 'teduhan' di dalam hati insan. bernaung menghela nafas.

"ingat tau, ukhuwah kita hingga ke Syurga." 

ada nada sebak dalam ucapan. gengaman kali ini lebih erat dari sebelumnya. 

lain macam~

jangan kata awak sakit, then hidup tak lama, dan bla... bla... bla... nauzubillah!

ouhh, itu ayat drama.. jangan mengarut. bentak hati kecilnya. mustahil mustahil. temannya itu sihat jasadanya, kuat fizikal dan ceria orangnya. sila campak jauh-jauh.. tarik nafas dan dengar lagi apa yang nak dicakap. (memujuk hati barangkali)

"ukhti, saya bakal nikah tau dengan seorang ikhwah. insha Allah hujung tahun ni" 

gulppp..!! nak suka ke nak menangis.. nak senyum ke nak masam.. 

kenapa rasa bagai ada yang menampar pipinya. sakit yang tidak berbekas. rasanya ada tapi tiada kesan. kenapa perasaan ni bagai bercampur yang sukar diasingkan. entah apa yang dia rasa.

ada air mata yang mengalir. setitik dua cuma. seketika kemudian, berjujuran membasahi pipi. kolam matanya penuh dengan mutiara. kenapa menangis? 

jasad ukhti dipeluk erat dan seeratnya.. ada rasa yang membungkam. kelu lidah untuk menutur kata yang sepatutnya. ada yang merobek perasaan dan hati ketika itu. menangis dia semahunya dalam dakapan hangat seorang teman. rabak dan sebak barangkali. 

kenapa dia merasakan kasihnya itu dirampas oleh seorang ajnabi yang tiada kaitan dengannya. dia kah perampas? mengapa terasa ukhuwah ini terputus atas nama sebuah pernikahan? nafsu apakah yang bermain dihati? amarah apakah yang tidak mampu dia kawal?

fitrah~ sesuatu yang halal telah pun hadir dalam hidup temannya. penciptaan yang tidak mampu dinafikan manusia akan kehidupan berpasangan yang dijadikan Allah. ketentuan apa lagi yang mahu diafikan.  

jauh disudut hati yang tidak mampu berkata:

teman, kau dahulu tempat aku melepas kasih, menumpang bahagia. di hatimu, aku teduh berkongsi rasa. bahumu tempat aku sandar dikala hiba. tanganmu aku gengam dikala jatuh yang tidak berbangun. siangku kau seiring berjalan di taman. malamku kau teman dengan doa. sakit jatuh ku kau ubat dengan harapan. hati yang aku beri, aku semai hingga syurga. jiwa yang aku kongsi, aku adili bahagia.

kini, atau bakalnya nanti, aku seolah hilang bahu tempat aku duduk bersandar. masih ada kah ruang di hatimu untuk aku? menumpang teduh seperti dulu. bermanja bahagia berkongsi cerita. 

itukah yang difikirnya. ?

kawan karibnya bakal bernikah. meninggalkan zaman bujangnya.  melangsungkan perkahwinan bersama seorag ikhwah. salah satu sunnah yang ditauladani. bahkan pahala buat mereka. akhirnya dia tersenyum bahagia. sunnah nabi yang kau contohi bakal menjamin ke syurga yang abadi. bahagia buat temannya. 

sahabatnya bakal ke syurga! sesuatu yang bahagia. mengapa masih lagi bersedih. 
membina baitul muslim idaman.
melahirkan jundi tentera Islam..
perjuangan mereka tidak terhenti disitu.
bahkan sudah pun mereka sediakan generasi harapan.
harapan sebuah ummah ! 

kerana Allah, akhirnya dilepaskan lembut tangan yang digenggam. 
bukan beerti lepas buat selamanya. 
cuma, kini fahamlah dia situasi baru itu. tidak seperti dahulu.
tanggugjawab temannya ada yang baru. 
penyeri 'taman hati' yang dulu.

ukhuwah hingga ke syurga, walau apa jua terjadi.

nikah bukan beerti kita berpisah kan.. :)

~geram jugak dengan ikhwah ni, rampas kasih hati saya ye.. ish3! ~
monolong nakal seorang teman.. maksudnya apa? 

::maksudnya: "temannya itu sayang sungguh dengan kamu"::

selamat pengantin baru..
barakallahulakuma ! 



kerana kasihkan mu kerana Allah, aku serahkan aturan ini kepada yang lebih Hak ! 
uhibbuki fillah~

nota SK:
tak kahwin lagi saya dah sedih, kalau dah kawin mahunya banjir saya ni.. 
ukhuwah tetap ukhuwah, yang kahwin teruskan perkahwinan.
ia tidak akan terputus jika hadafnya capai keredhaan Allah.
sebab tu saya janji nak jumpa kat syurga.
sebab kat dunia, masing-masing ada syurga yang nak bernaung nantikan (:

saya juga nanti bakal lalui seperti itu, ^_^ insha Allah ! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...