✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

belajar dari perompak.

::bismillah wa alhamdulillah::

"barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka." [HR Baihaqi]

tiga hari lalu selamat bermusafir di bandaraya kuala lumpur. terasa asing setelah 10 bulan meninggalkan tempat transit yang telah mendarah daging semenjak 4 tahun yang lalu. bahkan kenderaan awam seperti KTM, monorel dan LRT sudah lumat dihafal laluan-laluannya suatu ketika dahulu. tiba di hentian Setiawangsa, agak terkejut bila tiket yang dahulunya diguna pakai ditukar kepada token. 

wah, sedikit maju.

akhirnya mulut yang terasa ringan ini bertanya juga kepada pakcik yang berada disitu.

malu bertanya sesat jalan.

tidak ingin saya sesat di tengah bandaraya itu.

bandaraya Kuala Lumpur yang indah. (indah jugak lah walaupun ada pencemaran udara & bunyi yang sedikit menggangu) tapi kira oke lah berbanding Jordan, bumi sahara itu. barangkali sistem yang tidak munazhom mencacatkan pengurusan dan pemandangan di dataran syuhada' yang sepatutnya lebih maju dari negara-negara Eropah yang lain. :))

akhirnya rindu terlerai dengan pelukan erat empat orang akhawat pada hari itu. masa terlalu mencemburui. hanya cerita & perihal perompak yang kurang berstrategi itu menjadi santapan bualan kami. saya akhiri malam itu dengan mengalun al-mulk sebelum tidur. moga-moga 'rompakan jiwa' tidak berlaku lagi pada tengah malam yang mendamaikan.

Perompak pon tahu berstrategi tau.

sempat juga ziarah ke rumah sewa 'akhwat kesayangan' yang kena rompak sebulan yang lalu. anak mata saya melirik tajam memandang keadaan sekeliling. dan cerita perompak itu dicerita satu demi satu. kerugian yang mencecah hampir 60K (eh, yeke ateh?) saya tak ingat. yang pasti banyak juga yang rugi.

katanya, rompakan yang berlaku ada kaitan dengan ilmu hitam. ish-ish orang Melayu ni memang takde kerja, sikit-sikit nak jahanamkan rumahtangga orang dengan perbuatan syirik lagi mungkar ini. sepanjang pemerhatian saya berdasarkan penceritaan kejadian rompakan itu, saya rasa ada sedikit 'kebodohan' yang melanda pada si perompak.

kalau tidak pandai strategi dan siasah jangan berangan nak jadi perompak lah. sorry to say pada perompak-perompak atau low sikit dari kerja merompak, iaitu menyamun & mencuri.

sebab apa tau, sebab tak sampai dalam masa 24 jam si perompak dah kena tahan dan ditangkap polis. :)) tapi dilepaskan semula oleh pihak polis. sebab polis kata penjara dah penuh.. erk rrr, apa punya sistem lah negara Malaysia ni yang satu lagi bagi saya memamg tidak cerdik! Polis-polis... ikat jamin dengan beberapa ribu, kemudian para perompak boleh menjalankan kegiatan harian seperti biasa~ alahai Malaysia..



Kan bagus perompak jadi pendakwah
atau para pendakwah meniru 'geliga otak' si perompak!


tahu sebab apa saya kata kan demikian:

pertama: tanpa keberanian dalam merompak, masakan para perompak berjaya merompak sesebuah rumah atau tempat-tempat rompakan yang lebih superb untuk dirompak. sebab mereka ada self-confident yang tinggi bahawa rompakan pasti berjaya! matlamat mereka jelas untuk dicapai. so, bukan ke bagus para pendakwah di jalan Allah ini miliki sifat berani. ada keyakinan dalam menjalankan gerak kerja dakwah. impaknya, sudah pasti dakwah itu akan berjaya dan mencapai matlamatnya! namun malangnya, ramai para pendakwah hari ini menjadi tikus dalam meja, menyorok dan malu-malu kucing untuk menyampaikan dakwah.

kedua: setiap tindakan yang kita lakukan, pasti akan membuahkan kesan. jika baik ia akan memberi impak yang baik, jika tidak maka sebaliknya. justeru, saya memuji keberanian para perompak kerana mereka sanggup mendepani cabaran dan risiko. jika terkantoi, mereka sudah siap sedia  dicampakkan diri ke lembah penjara bukan? atau kalau berat sedikit hukumannya, mereka sedia dipotong tangan bukan? (itupon, kalo ikut hukuman Islam, kalo tak say babay jelah~) maka, sifat dan sikap ini harus dicontohi oleh para duat sekalian, mendepani cabaran & risiko dalam berdakwah adalah sunnah berjuang. mari kita meneladani seerah nubuwah, bukankah baginda juga melalui jalan yang penuh liku dan kaya  dengan cabaran. seharusnya itu jugalah yang didepani oleh para duat. dan jangan mimpi jalan orang berdakwah dibentangi karpet & permaidani merah, bahkan paku dan duri yang terpacak menjadi laluan!

"jika tidak sakit ketika berjuang, jangan panggillah sedang berjuang~"
ketiga: perompak yang berjaya mereka miliki daya fikir yang tinggi serta kaya dengan ilmu strategi dan siasah. tanpa strategi yang disusun baik, maka tidak akan berjaya rompakan yang ingin mereka lakukan. bahkan, jika dikaji para perompak ini lebih hebat dari mahasiswa! kerana apa? kerana mereka sering membudayakan suasana fikir secara kritis dan kreatif dalam merencana sesebuah rompakan. sedangkan mahasiswa, mereka tidak gemarkan budaya fikir ini. silibus yang dimuntahkan hanya akan diterjemahkan di kertas-kertas peperiksaan. sangat memalangkan. err rrr !

gagalnya sebuah usaha dakwah kerana gagalnya perancangan dan pelan stategi yang disusun baik. kegagalan menyusun strategi dalam menyampaikan dakwah adalah perkara malang bagi kumpulan duat. kerana mereka melepaskan 'mad'u' yang begitu tinggi nilainya sebegitu sahaja. metod dakwah yang semberono serta tidak tepat mampu melarikan lebih ramai mad'u yang ingin didekati. oleh kerana itu, kumpulan duat yang berjaya mereka adalah yang membudayakan budaya fikir dan zikir dalam halaqahnya, serta merencana agenda dakwah dengan langkah yang penuh strategi yang kreatif!


ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صلحا فقال أنني من المسلمين  
(Fussilat:33)

hebat rupanya para perompak ini. mereka lebih hebat dari para pendakwah yang menggelar diri sebagai daei. daei yang mandom sekadar memuntahkan isi yang sama dari bahan yang baca. dan yang lebih malang adalah daei yang malas membaca lantaran mengkopi pasta sahaja apa yang didengar dari ceramah-ceramah dari dalam dan luar bilik kuliah. budaya fikir dan 'pecah kepala' atau istilah omputih nya 'brainstorming' semakin menjadi layu dalam kalangan duat masa kini.

mari mengambil ibrah dari perompak.
malu kita dekat perompak kan..
apa ni, perompak pon lebih hebat!

maaf ateh atas kesilapan bercerita tentang perihal perompak tuh. hihi.
:))

            Duat vs Perompak!

adakah saya meniru along dengan meletakkan 
gambar kecil seperti ini? rasanya ye, tapi along
belah kanan, saya kiri. hoho~~ sory along!

SK,
Melaka, Malaysia.









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...