✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

kerana Iman, aku sanggupi

::bismillah thumma alhmadulillah::

lafaz takbir diungkap perlahan, sekadar kedengaran kecil di gegendang telinga.
sunnah baginda ditauladani, mengungkap takbir saat berada di tempat tinggi.
"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar"
moga tiada yang lebih tinggi dari Nya, tiada yang lebih besar dari segala sifat-sifatNya.

selamat tinggal kekasih hati.
dataran Syuhada' yang dirindui~
hati melambai hiba, pada sebuah perpisahan.

sabar kata nabi umpama dhiya' (cahaya yang amat terang)

"....dan kesabaran merupakan cahaya yang terang."
(HR Muslim)

penangan rindu barangkali~
setelah berpisah beberapa hari, badan mula menunjukkan responsi yang tidak selesa.
buah durian yang kekuningan isinya hanya dilihat saja
hati teringin, tekak tidak mengizin
bahang panas mentari diluar rumah sama suhunya pada jasad
perubahan cuaca sungguh, antibodi jasmani yang tidak kental.
sudah beberapa hari begini,
apakah ia kesan rindu pada ukhti
rindu pada dataran yang menjadi saksi
tertumpahnya darah mewangi para syuhada sejati
barangkali iye, ataupun sudah termaktub ianya kaffarah dosa lalu

kabarkan tentang sabar,
moga dihati kembali tenang.

rindu yang membungkam cuba disorok dalam
alunan zikir dipanjat
Hasbi Rabbi Jalla Allah
Mafi Qalbi Ghairullah
moga nanti, jika saat rindukan sang ukhti,
biarlah efeksi dari tertempiasnnya kerana mengingati Rabbi

ah~
untuk apa selindung diri
jika benar rindu, kabarkan
hati tidak mampu menipu
dirinya dirindu bagai kekasih hati
kerana jalinan perjuangan yang telah membumi
saat baiah persaudaraan ini kami tuturi
Dia menjadi saksi pada janji bahtera ukhuwah ini

firman ukhuwah sering menerjah, aku mahukan seperti itu
menjadi sahabat sesetia Abu Bakar yang sentiasa disisi Nabi
seperti gagahnya Umar yang sentiasa melindungi

"teman yang baik adalah apabila melihat wajahnya, teringatkan Allah."

mahunya seperti itu. sahabat ku buah hati ku~
saat melihatnya, lantas mengingati Allah.
duduk bersamanya menambah amal
berbicara dengannya becambah mahabbah
bercanda denganya mengingati sunnah






















seakan serikandi melihat dia
persis sayap-sayap kiri Sang Nabi
Aishah, Khadijah, Zainab, Fatimah
mereka semua, tabah dan cekal mendepani liku
begitu juga dia, laksana bidadari patah sayapnya
sakit ditanggungi, namun masih berseri manis lahiriah jasmani
bidadari indah, patah sayap bakal tumbuh kembali
begitulah kehidupan. begitulah hidup didalamnya.
kagum~ dirinya hebat.
kehidupan yang mematangkan
sering membelai dirinya menuju kedewasaan.

lalu aku persis saudara yang bagaimana?
apa yang telah aku korbankan buat dirinya?
apa yang telah aku dahulukan darinya?
jika dihitung, malunya aku mengaku saudara
perihal khilaf furuiyah juga tidak pernah selesai
inikan pula memberi diri yang menuntut pengorbanan.

hadiah apa yang harus aku sembahkan pada persaudaraan ini
aku tidak punyai apa
cuma tinggal hati
untuk dibahagi dan diadili
menyebar bahagia disana sini
mahunya aku mencontohi sifat mulia sang Nabi
rakan karibnya sentiasa dihati
rapat dan dekat ditulang rusuk kiri
hampir sungguh pada organ hati
terteduh pada bahu yang melindungi

Syurga....
itulah janji pada ukhuwah ini
ke Syurga menggapai redha Ilahi.




















Nota SK:
sedih sebenarnya rasa hati. tak mampu diluahkan pada seni pena. cukup Allah mendengar, keluh rinduku dimalam-malam hari. dan kerana iman, rela aku sanggupi, pada sebuah perpisahan ini !
jaga diri baik-baik ye~

moga yang terakhir itu yang terindah

SK
Melaka, Malaysia.

2 comments:

Salam kerinduan, rindu pd bumi sana, tak rindu bumi sini kaa..=) ehem. selamat kembali.

 

alhmdulillah..ukhti sudah selamat kembali..
langsaikan kerinduan pd tanah air yang pernah memuncak saat kaki masih di bumi syam.

Kerna sampai masanya, kaki itu akan kembali jua!
bi iznillah~

Salam juang fillah dr bumi mansourah,mesir.

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...