✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

ulang tahun: 11 Ramadan#

::bismillah wal hamdulillah::


catatan ringkas: 11 Ramadan#  (ikut timur tengah)

beerti telah menjengah kefasa kedua bulan Ramadan, yang mana pertengahannya maghfirah. maka sedang berbaki lebih kurang 19 hari lagi meninggalkan bulan rahmah ini. entah akan datang merasa lagi ataupun tidak kenikmatan bulan yang Allah  janji pelbagai tawaran dan kaya keampunan ini. Ya Allah, kau berkatilah kami di bulan ini dan sampaikan kami pada malam lailatul Qadr.

setahun yang lalu, pada tarikh keramat bulan barakah ini,  11 Ramadan lalu  yang menyaksikan aksi terbang jalan raya yang sungguh mentraumakan. motor yang saya bonceng merempuh kuat sebuah kereta di simpang jalan raya. dan ketika itu saya dalam perjalanan menuju ke sebuah sekolah, melangsaikan tanggungjawab mengajar anak bangsa sendiri. lalu allah hadiahkan sebuah kemalangan jalanraya yang hingga kini masih memberi kesan fizikal ke atas jasad saya.
alhamdulillah, syukur diuji!

yang lalu telah Allah uji sedemikian rupa. entah yang mendatang apa pula ujian yang Allah hadiahkan, kita sendiri tidak ketahui.

Ramadan menjadi detik indah buat saya, akan dikenang kenangan ini selamanya.kerana padanya tersingkap 1000 hikmah yang tidak terucap :') 


     duri~

tidaklah seorang muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampunkan dosa-dosanya. (HR Bukhari)

ujian adalah lumrah. fitrah manusia akan dibentangi pelbagai ujian. sama ada kesakitan, kedudukan, mahupun kesedihan. ada orang diuji dengan kematian insan tersayang, mengalami sakit kronik yang bisa menbunuh, ada juga diuji dengan kesusahan kesempitan kewangan dalam melayari kehidupan. dan semua jenis ujian ini tanda Allah sayang. tanda Allah masih ingat akan kita.

mengapa jika sayang, kita diuji? 

kerana Allah masih mahu kita merayu-rayu, merintih-rintih, menangis diahadapannya dengan penuh kehambaan. bahkan Dia jua rindu tangis syahdu kita dimalam-malam hari meminta dan terus meminta.

tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingatiNya, bergerak ke arahNya, muhasabah kembali kehidupan kita.
sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.
ya, manusia yang lemah. sebagai yang lemah, kita perlu beringat. perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Allah yang maha kuasa.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radiallahu anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, Dia akan mengujinya degan kesulitan.

untunglah kita saat diuji
kerana semuanya itu adalah kaffarah dosa lalu yang terkemudian.

salam introspeksi Ramadan~


Nota SK:
syafakillah buat adik sabreena,
moga cepat sehat tau!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...