✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

♥♥ buah hati ♥♥

bismillah wal hamdulillah.

apa lah yang aku ada untuk sumbang pada Islam. ?
saya takde kuda dakwah macam kak diba, ada kereta sendiri, boleh kesana sini dengan kuda dakwahnya. huhu, jeles! T_T kalau ada pon kaki sendiri yang dah nak tercabut. moga-moga masih lagi kuat 'kaki dakwah' ini hingga ke hujung nyawa.

saya cuma ada ini. buah hati yang harapnya mampu menyumbang saham di akhirat.

para buah hati yang sentiasa disisi
::cikdora-QuranHijau-paksalim-cikansar-ensetBiru::


walaupon adikberadek yang lain takde kat rumah, boleh kata memang jadi anak tunggal yang emas, maka mereka inilah yang menemani saya. mereka inilah kawan saya.

paling buah hati adalah QuranHijau, takde dia memang tak lengkap langsung hidop. itulah jiwa dan raga saya. tempat membasah iman yang paling masyuk. kedua cikansar, lappy merah yang banyak berjasa (selepas lappy hijau sakit) dengan wasilah cikansar saya boleh meneruskan aktiviti dakwah alammaya, berhubung dengan akhawat, siapkan paperworks, geladah blogblog dan tak kurang juga terkadang terbazir masa melayan kerenah nya!-gelengpale-

seterusnya ensetBiru, walaupon tak banyak sangat fungsi kat malaysia (ketika ini) tapi paling tidak awak dah banyak menghubungkan silatturrahim kan :'D tapi awak lah yang banyak tahun sumbang saham terbesar sekali since 2010? after henset sony jatuh nazak. takde awak, tak tahu lah nak cakap. tak gerak satu apa agaknya. hamdalah!

paksalim, buku yang sangat menggugah hati. terpaksa tinggalkan buku fatimah syarha semata-mata mengadap paksalim ni :))

dan cikdora, pemberian seorang akhawat tersayang. moga kamu menjadi akahwat yang super saiya, oke! cikdora banyak duk tepi saya je, bukan geti nak borak-borak ke, err.

moga mereka menjadi aset dakwah yang bakal memeberi saham kelak.


pernah saidatina Khadijah berkata pada sang Nabi:

kelak kalau aku wafat, aku waqafkan tulang belulang aku ini untuk dijadikan titi buat para sahabatmu yang pergi berjuang. 

masha Allah. hingga tulang belulang juga mahu diwaqafkan, agar kelak ia memberi saham. sampai begitu sekali nilai juang demi Islam. lantaran kita? apa yang kita miliki untuk diwaqafkan untuk Islam?

hanya keringat yang jarang keluar? sambil keluhan yang lebih banyak keluar dibibir? *sigh*

maka, jiwa-raga-harta inilah menjadi aset bernilai yang layaknya diwaqafkan demi Islam. moga tinta ini menjadi saksi. (9:111)

sekian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...