✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

sentuhan Rabbi: 5 Ramadan#

::alhamdulillah thumma alhamdulillah::

alhamdulillah menjengah juga ke 5 Ramadan. beerti Allah maseh meminjamkan nyawa untuk terus teguk tarbiyah pada bulan penuh barakah ini. tadi after balik teraweh dan usai tadarus bersama para makciks, rasa sangat iman hari ni macam melonjak tetiba. (alhamdulillah thumma alhamdulillah.) elok-elok balik rumah, ustaz Kazim pula sedang beri tazkirah di TV3. ma sha Allah, perihal Ramadan ini akan sentiasa diulang-ulang fadilat, kelebihan, dan segala macam nikmat yang Allah beri. Shahrul Quran wa Rahmah. 

kemudian masa on 'cik ansar' iaitu lappy merah saya, lalu Allah gerak kan hati untuk menjengah blog para adik DQ-IIUM itu pula. (btw, ex-DQ pun). macam mana boleh tersesat jumpa link blog diorang ntah. adalah dalam 5 buah blog yang saya baca harini. hmm blog yang simple, duk cerita pasal si A, B dan para kawan-kawannya, pasal daurah nya, pasal para akhawats mereka, pasal Quran nya, pasal segala macam yang berlaku, ibrahnya: saya rasa sangat lah terkesan dengan beberapa yang mereka tulis. 

dan yang paling sangat terkesan, ayat quran yang dikongsikan:

sesekali tidak! sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas.
apabila melihat dirinya serba cukup.
surah Al-Alaq, ayat 6 & 7.

adik tu tulis: "macamana lah boleh tak perasan ayat ni." dan pada masa yang sama rasa macam lori sampah sedang melanggar diri sendiri. "ya Allah, aku pun dua kali 10 tak perasan ayat ni." padahal surah al-alaq je pun. apa tak pernah tadabbur ke. kalau pernah pun, mesti tak ingat le tuh (eceh, backup diri sendiri nampak) . saat ketika itu benarlah, malu nya pada diri sendiri. malu sebab bila baca terjemahan dan selak semula surah tu, dan rasa kenapalah aku macam first time tengok ayat ni. ya Allah, malunyaaa... Malu pada Allah sebenarnya. T_T

nak katanya, masha Allah Quran itu memang sangat mukjizat. perihal apa je yang tidak ditulis dalam Quran, semua ada. tentang azab, nikmat, hari kebangkitan, kehidupan, ayat ahkam, mutasyabihat dan sangat banyak yang Quran bercerita. tinggal kita je nak faham isi ayat dengan baik atau tidak. gunalah kelapangan pada bulan Rmadan ini untuk bertadabbur. tak banyak pun sikit pun jadilah. jangan kerana kita kejar nak khatam 2 3 kali dalam bulan ni, akhirnya kita langgar hukum tajweed, redah je semua ayat tanpa memerhati isi kandungannya. wahaa, bukankah itu satu kerugian. :'(  kredit: nasihat untuk diri sendiri juga.

*****

apa lagi yang saya tersentuh ye, ouhh.. pasal seorang adik yang terharu (mungkin) atau sedih bila kenangkan kesungguhan kawan baiknya yang mengajaknya menyertai program. (rasa macam kenal je ukhti tu). apa yang mengharukan adalah kesungguhan sahabat nya itu. kesungguhan dan kesungguhan. akhirnya dia pergi juga. -cerita dia takat ni je, apa jadi lepas tu tak tahulah.

oke, nak highlightkan pasal kesungguhan tu. saya boleh bayangkan bagaimana seorang ukhti fillah, dengan sedaya yang mungkin, dalam erti kata lain sangat 'bersunguh-sungguh-sungguh' ingin kan kawan baiknya bersama-sama dengannya menemani di atas jalan dakwah ini. menyusurinya sehingga mampu thabat dengan jalan dakwah dan tarbiyah. dan pasti soal hati ketika itu bagai nyawa dihujung tanduk, bermain dengan perasaan dan emosi. dan beruntunglah jika iman yang didahulukan mengatasi segalanya. moga kesungguhan mereka dikira ibadah disisi Allah Rabbul Jalil. sapa yang tak nak kan, kawan baik kita, anak usrah kita, insan-insan yang kita sayang turut bersama dalam kafilah tarbiyah ini. kan kan.. :')

endingnya: mereka bersama jua akhirnya :') di atas kapal yang sama (mungkin setelah berlemas-lemasan mengharungi badai yang melanda). didoakan agar kedua-dua adik fillah itu terus thabat dan istiqamah! ingat jalan ini penuh onak dan duri yang terpacak. 

"beri dengan hati, akan sampai ke hati!"
"beri dengan iman, insha Allah, Allah teman!" 

dan ini quote yang adik tu kongsikan:

"Bahkan ketika ada sebuah kesalahan yang ditakdirkan atasmu pada diriku, aku selalu menginginkan takdir kemaafanku mengiringinya!"

entah lah, sekali baca macam terharu, dua tiga kali baca bertambah haru.  ya Allah, moga ukhuwah yang tercipta ini Engkau pelihara dan Engkau redha.



uhibbukunna fillah!

to my adiks-adiks: yang akak tersinggah di blog kamu, lalu ambil sedikit dan kongsi disini, mohon halal ye. :)) (itupun kalau kamu perasan lah sumbernya dari blog kamu). selamat membesar dengan haruman tarbiyah di bumi uia. moga Allah kokohkan langkah kaki kamu semua! maan najah wa taufiQ.

Nota SK:
kena perkasa tadabbur ni.
moga dalam redha Allah.

cik hazirah, sila kurangkan penggunaan 'dan & dan' ye. hoho

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...