✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

tempang kalau tak boleh drive?

alhamdulillah thumma alhamdulillah.

pulang erti nya berjuang!
tapi sangat sedih sebab tak berapa nak berjuang sangat lah kan. sobsob :((

tempoh hari sepatutnya ada program yang wajib dihadiri, tapi oleh kerana kudrat yang sedikit kurang serta tiadanya kenderaan nak bergerak, maka tak jadilah pergi. oke, ini adalah alasan yang tak wajar untuk diberi.

maaf pada pihak yang terlibat. hati saya lebih menderita berbanding sakit yang melanda tau.. 

dan bila situasi ini berlaku, mulalah saya menanam dan mempasak azam dan cita-cita yang tinggi untuk tiga tahun yang mendatang. selepas pulang dari Jorden. oke, saya nak jadi akhawat super saiya!

ouh alangkah indahnya kalau saya boleh drive.

boleh bergerak kemana-mana yang saya ingin.
boleh ke program tamrin dengan mudah.
boleh jemput akhawat-akhawat yang nak tumpang sekali.
boleh hadir ke mana-mana talk dan event.
boleh berusrah dengan adik-adik saya.
boleh ziarah DQ bila saya rasa rindu.
boleh geladah mana-mana bookstore yang saya suka.

dan lebih indah ada kereta sendiri dan kereta itu auto-drive (wahaa, demand pulak)

cemburu tengok akhawat-akhawat yang dah berkereta. best je drive attend mana-mana program. yang paling jeles tengok mereka berusrah! oke, ini sangat jeles sebenarnya. best je setiap minggu jumpa halaqah-mate masing-masing, then berkongsi ilmu, saling membasahklan hati dan minda. 

**best je kan boleh hadir talk Dr Tariq Ramadan di UIA tu.. 

halaqah akhawat.


tapi sedih jugak, ada juga akhawat yang sudah berlesen, tapi takot untuk drive! waahh ruginya disitu. sampai bila mahu takut kan. jadilah seorang yang berani di atas jalan raya, berhadapan dengan kenderaan-kenderaan besar dan kesesakan lalu lintas.  bukan kah rugi atas kemahiran yang sudah dimiliki tapi tidak dimanfaatkan?. paling kurang mereka yang boleh drive mampu menyumbang besar untuk sebuah perjalanan dakwah. angkut orang kehulur hilir itu pahala, tahu. 

cuba bayangkan, andailah ditakdirkan saat dan ketika memandu, Allah hadirkan ujian kemalangan misalnya (waiyazubillah) dan saat itu pula anda sedang berulang alik mengambil adik-adik untuk tujuan dakwah, gambarkan, indah bukan ujian ketika itu. anda terkorban demi sebuah dakwah, demi islam! 

masha Allah! moga ada nilai di sisi Allah pada saat itu.

dan bukan kah, nilaian Allah jua yang kita harap selama ini.

 takut eksiden.

dan benarlah, akhawat tanpa kenderaan seperti kereta ini, agak tempang gerak kerja dakwah dan tarbiyah nya. tempang disini adalah kurang sempurna. bukan tak jalan langsung. lain lah ikhwah, dia boleh ngongeng naik motor sesuka hati, di tengah malam yang gelap pekat, di waktu hujan mahupon panas terik. tapi akhawat tak boleh sedemikian (takdelah tak boleh sangat pun), tak kan lah nak tengok akhawat berlecun baju basah dek terkena hujan, lalu berhenti di bawah jambatan di tengah-tengah lebuhraya? ouhh, mungkin tidak sesuai dengan fizikal nya selembut mawar itu. :D

antara aset dakwah yang paling berharga juga adalah kenderaan bukan :) tanpa kenderaan maka sukarlah nak bergerak mencari tempat program, mengangkut adik-adik, membeli barang dan banyak lagi keperluannya.. maka nak atau pun tidak, mereka yang bergelar daei wajib miliki aset tersebut. tak kiralah sama ada di sewa, pemilikan mutlak, mahupon pemilikan kongsi dengan ayah! 

dan saya pula  sudah pun membuat planning hidup ringkas untuk tiga tahun mendatang. paling kurang saya akan cuba dapatkan job ditengah bandaraya Kuala Lumpur, (takdelah tengah sangat, setakat hujung-hujung Selangor tu boleh lah). boleh lah berpusat ditempat yang kaya ilmu itu kan. isi minyak, jalan. dan alangkah indahnya boleh menabur khidmat semula di Dq, lalu menjadi murabbiyah yang osem! Ya Allah, masa tu mungkin jadi 'akak murabbiyah' kot untuk adik-adik di sana. ye lah, sebab muda lagi kan time tu. **berangan!

boleh solat jemaah sekali. 
usrah setiap minggu.
liqo dan berhalaqah di petang hari.
mengulang dan mentadabbur quran.
berdiskopi setiap bulan. 
berkhidmat masyarakat dengan penduduk setempat.

seseuatu yang seronok jika digambarkan. :) mana tahu Allah beri peluang lagi merasai keindahan berada di sana. boleh ajak Aisyarah jadi guru tasmik ni, mesti dia suka! :D

**kemudian dengan sewenang-wenangnya nak tinggalkan Melaka, tanah tumpah darah ku. macam tak wajar je lari dari Melaka ni. hehe.


tidak kisahlah dimana-mana pun, yang pasti mahu jadi akhawat super saiya, boleh memberi khidmat pada masyarakat bila-bila jika perlu. boleh bersama setiap minggu. boleh membasah hati dan jiwa. boleh mengisi dan terisi. boleh drive balik kampung setiap bulan! indahnya boleh drive~~

akhawat super saiya, berkorban dan terkorban!


macam seorang ukhti tu, seronok je tengok dia update perjalanan dakwah nya bersama kereta kesayangan nya itu. dari KL-Bangi-Ipoh-KL semula, masha Allah bertapa osem lah boleh berjalan sejauh itu  demi dakwahnya! 

moga suatu hari nanti, aset dakwah saya juga menjadi penyumbang besar untuk jalan ini!

thabbit qulubana ya Rabb!

SK
Melaka.


2 comments:

Insyallah satu hari nanti anjang x pyh susah2 nk drive.
mungkin dah ada driver siap2.. :)
Ehe...Mai jenguk akk di Perak ni. ^^

 

Hazirah, sementara ada kat msia ni kalau nak pegi mana2 bagitau la sy

;)

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...