✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

musafer Ramadan

alhamdulillah thumma alhamdulillah

 
ما شا الله

Ramadan yang berlalu, bagai disapa angin bayu. selembut menampar pipi, menguis hati. Ramadan melambai-lambai, persiapan sebagai musleem ditunaikan segera. kini kita saum, mereka juga saum. kita berlapar dahaga di siang hari, begitu juga mereka. mereka inilah yang  jauh nun di timur tengah, asia barat. saudara seaqidah yang tertidas dibumi Allah sendiri. cuma bezanya, kita saum dan yakin akan menikmati hidangan semasa iftar, lalu mereka? 

ustaz, bagaimana dengan puasa saya apabila saya berpuasa dan saya juga berbuka. tetapi saya berbuka tanpa makanan. ? 

mengharukan sungguh soalan ini T_T. akhirnya ustaz terdiam, lalu menagis hibalah dia dimeja tazkeerah itu. berbuka tanpa makanan, puasa apakah itu? sedangkan iftar beerti berbuka. masha-Allah.

saff teraweh yang diamarahkan bagai satu susunan bagunan yang utuh. tegap berdirinya para jemaah. merapatkan kedudukan biarpon masih punya ruang celah diantaranya. maka nikmat itulah dikecapi pada dingin Ramadan yang barakah. dan disitulah, tercipta cinta hati para orang beriman saat mata bertemu mata, tangan berjabat, pipi berlaga, tubuh dirangkul, dipeluk erat, salam dihulur, kabar disapa, hati mula menyentuh. dia dan aku seaqidah. kami sesaudara. masakan tidak, tidak betemu sehari dua sudah mula menyulam rindu yang membara. demikian erat sebuah cinta kerana Allah.

bagai institusi keluarga yang harmoni. pelbagai usia menghidupkan hati. dari sekecil kanak-kanak sehingga keringat tua yang bertongkat. dialah kakak kami, emak kami, dan dia juga nenek kami. tiada ikatan darah yang menyatu, cuma tinggal ikatan iman yang mengalir. saat aku menyebut lafaz jallah jallaluhu, demikian juga kamu. 

imam mengangkat takbeer "Allahu Akbar", dan kami juga demikian. lafaz yang sama kami ungkap, membesar-besar kan zat yang Maha Agung, Allah Rabbul Jaleel. tiada bezanya kita. kita sama. sedemikian itu terciptanyaa cinta atas nama keimanan itu disuntik.

teraweh bukan sahaja ibadah solat bahkan tempat menyatu silaturrahim. memekar ukhwah diladang keimanan. membaja mahabbah dikebun kecintaan kepada Tuhan.

tazkeerah dan peringatan di saji bagai hidangan mewah di malam hari. lebih dari hidangan mewah para pemuka raja-raja. bahkan mengalahkan moreh selepas teraweh. sedapnya ia hingga meluluhkan hati yang mendengar, menggugahkan jiwa yang menghayati. diingat-ingat agar tidak lupa,  disentuh hati agar sentiasa insaf. bertaubat dan memohon ampuanan dari Tuhan.

mengalun kalimah-kalimah Allah di malamnya bagai satu kenikmatan yang tidak terungkap. halaqah kecil dibentuk bertilawah bersama. saling membaiki bacaan, membetulkan tajweed, lalu mengimani setiap ayat yang dibaca. Allahu Allah. inilah ia tadarus di malam Ramadan bagi menghidupkan ia. Sungguh, kenikmatan manakah lagi saat membaca ayat cinta dari Allah, lalu kitalah si pembaca itu. kitalah si pencinta itu. pasti memekar indah menyulam ayat Allah dengan penuh ke-tawadu-kan ke-iman-nan dan ke-cinta-an. 

siangnya bekerja seperti biasa, anak yatim disantuni. hati dibangunkan. disuntik oleh hammasah para pejuang. seerah nabi diteladani. perang Badar di iktibari. kesungguhan mereka diikuti, diserap penuh dalam kehidupan. para sahabatanya bertempur gah di medan perang, dipanas terik Ramadan, lalu mereka peroleh kejayaan atas nama keimanan yang mereka sandar. Allahu Allah, demikian hebat tarbiyah Nabi buat para sahabat, sehebat itu jua roh-roh ditiup, terus gagah menjulang panji Islam. dakwah dan tarbiyah-berjalan lah dikau seperti biasa! 

qiam yang mereka hidupkan di sepertiga malam, sujud bertafakkur menghina diri. dan sedemikian itu sehari-hari di bulan Ramadan. segenap minit di hidupkan dengan amal, dibasahkan dengan zeekerullah, agar terpilih menjadi hamba yang bertaqwa, impian  akhir para mu'meen yang beriman.

dan itulah tujuan utama di bulan Ramadan.

moga kami terpilih menjadi orang yang bertaqwa. sehingga ditemukan lagi pada Ramadan yang akan datang, penuh keimanan dan ke-ihtisaban.


catatan ringkas musafer Ramadan.
24  Ramadan 1433
6 days to go~ T_T


halaqah musleemat after tadarus

 
menghidupkan hati

edar sambil seru~

 
menyediakan hati mendengar dan membasah
 
 
eh btw ni Pasti tempat saya membina iman pada usia 6 tahun. :))
(takde kaitan pon, saja promote~)


::sekian, selamat berpencak di hujung tirai Ramadan::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...