✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Fasa Tajdid: Wasilah Semak Imbang


bismillah wal hamdulillah. 
Saidina Umar pernah bertanya kepada para sahabatnya:

"Kalaulah aku melantik seorang pemimpin yang baik untuk pemimpin pembantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah ini dengan baik.?"

Para sahabat menjawab: "Sudah tentu wahai Amirul Mukminin."

Jawab Umar: "Tidak sama sekali, selagi mana aku belum memastikan pemimpin yang baik itu membuat kebaikan. "

****
 لا يوجد حلاوة الأخيرة رجل يحب ان يعرفه الناس
Tidak mengecap kemanisan akhirat, dia yang suka terkenal dalam kalangan manusia.

-Bisyr Ibn Harith-
 ****
Kemahsyuran itu peluang untuk jadi bodoh dengan hilangnya kesempatan belajar kerana sibuk tertampil.
 -Salim A.Fillah-
****

Sinonim dengan sifat pemimpin itu seperti mana Tuhan bertitah dalam KitabNya yang azim: Al Qowiy dan Al Amin.


Pilihanraya Kampus (PRK)

Fasa tajdid.
5 hari yang dikira beban itu berlalu mudah.
Pergi dengan tenang.
Bermula dari hari penamaan calon sehingga selesai muktamar tahunan.
Allah menenteramkan hati dari bisikan halus para syaitan. 
Dialun-alun tasbih agar tiada yang suci sesuci Allah. 
Tiada yang tinggi setinggi Allah. 
Sungguh pada amanah ini padanya hanya kekesalan. 
Bila mana ia tidak ditunai dengan  penuh pertanggugjawaban.

Sungguh ketika mana makhluk gah bernama gunung serta bumi yang sarat isi kandungnya dan langit yang terbentang meluas itu; taktala Tuhan serah amanah ini buat mereka, katanya mereka tidak mampu. Nah Tuhan beri pada manusia, ternyata mereka zalim lagi bodoh. Itulah dia namanya pemimpin. Si pemikul amanah! Si bodoh lagi jahil !

Musim yang mengusik jiwa dan perasaan itu berlalu dengan semudah aturan Allah. Secantik rencanaNya. Tipu kalau aku katakan hati aku keras membatu, tidak berperasaan. Saat kita diiklan depan khalayak, mahu diraih undi, mahu dipromosi pada rakyat, mahu ditunjuk kredebiliti dan personaliti diri. Aku tertunduk, tentu sekali aku malu. Aku tentu sekali tidak layak. Tapi Tuhan atur sebegitu, aku gagahi, aku turuti.

Medan realiti.
Medan tajdid.
Wasilah Islah. 
Dididik berjiwa besar,
agar berhati kental.

Wasilah.
Saat bermain dengan emosi dan hati.
Tentu sekali aku turut menjuarai.
Tapi itu tidak lebih penting dari rasa yang mencengkam diri.

Rupanya Allah beri satu jalan
Untuk sembang dan imbang
Renung dan muhasabah
Wasilah ini mentajdid hati,
Wasilah ini mengislah diri.

Tuhan kabul, Dia tahu yang terbaik. Malah, Dia tahu yang terbaik dari segala aturanNya. Dari A hingga Z semuanya berada dalam genggamannya. Tuhan Maha Hebat.

 Aku senyum, aku bangga, aku bahagia !

Buat adinda, 
Teruskan langkah perjuangan,
Sentiasa bersemangat.
Dengan izin Tuhan,
Aku sentiasa di sisi
Tika mana kamu perlu
Tika mana kamu  mahu
Selagi nyawa belum dikerongkongan
Selagi itu aku sanggup berkorban
Asal sahaja namanya perjuangan.

In sha Allah.

Moga Allah nilai ia sebagai ibadah. 


Kenangan semalam, bisakah aku lalui tanpa tangis yang merobek sanubari.Ecehh ! ^^

Gambar Kiri: Mantan Calon Presiden & Presiden PERMATA

Berdebat dengan mereka yang hebat, bagaikan si semut hitam tersepit di tengah batu besar di gelap malam yang gelap pekat. HEHE ^^

 


Poster kenangan~
"Dunia ini kalau mahu dilihat manusia, lebih baik kembali pada Pencipta buat selama-lamanya."



Inilah tuannya, adinda yang dikasihi kerana Allah,
Timbalan Presiden II



Berakhir sudah fasa ini. :')

Mantan mundar-mandir,
Alhamdulillah, ada juga ruang kerja yang boleh sumbang untuk Islam.

Mutah, 
19 Mac 2013



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...