✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Jalan Para Pejuang Simpang Siur

Benarlah jalan dakwah para pejuang ini dibentangi dengan onak duri serta jalan yang penuh berliku. Kadang jalannya juga bersimpang siur, begitulah pejuangan.

Tadi semasa dalam perjalanan nak pergi usrah, hampir-hampiur sahaja kaki terpelecok. Aduhai, jalannya sudah lah banyak duri, tidak rata pula tu.

Mungkin begitulah agaknya  jalan para pejuang. Heh. :)

#Sembang petang. 

Kenapa Thiqah Tangga Terakhir Dalam Rukun Baiah ?


Bismillah walhamdulillah.

Semalam usai pulang dari talk Dato Paduka Hussam Musa, saya terasa dipanggil untuk menyahut seruan Dato'. Sepanjang perjalanan pulang ke Mu'tah Kepala saya terngiang-ngiang dua perkara penting dalam ucapan dato'. Pertama: kuasai multi-langguage. Kedua: mengprofesionalkan ulama'. Ya, peranan besar bila pulang ke tanah air nanti adalah berhadapan dengan masyarakat setempat yang pelbagai. Disamping  komitmen kepada gerakan jemaah yang jitu nanti. Allahu, moga-moga thabat ! 

Sampai dirumah saya disajikan dengan satu status milik seorang akhawat Mesir. Seingat saya tiga tahun yang lalu adik akhawat ini pernah soal saya mengapa thiqah kedudukannya di hujung tangga rukun baih? Tidak terfikir dek fikiran. Rupanya ulasan yang dia berikan sedikit membantu kepala saya untuk mengganguk dengan buah fikir beliau. 

Ma sha Allah, menarik ! Jemput untuk baca. 

*******
Bismillah.


KENAPA THIQAH RUKUN KE 10 DALAM RUKUN BAIAH?



Sejak saya bertentang mata dengan syarahan Rukun Baiah kira-kira 5 atau 6 tahun yang lalu, seringkali persoalan yang menjadi tumpuan dalam usrah atau diskusi bersama teman-teman adalah, mengapa rukun sepuluh disusun begitu oleh as Syahid Imam Hasan Al Banna?



Mengapa FAHAM di rukun yang pertama, mengapa IKHLAS yang kedua, dan seterusnya. Dan yang lebih menghairankan mengapa THIQAH menjadi rukun yang terakhir sedangkan dampak THIQAH ini sama tinggi tarafnya dengan rukun yang pertama, FAHAM (tanpa menafikan kepentingan rukun-rukun yang lain).

Dalam ilmu Fawasil, cabang kepada ilmu Qiraat yang saya dalami di sini, permulaan ayat al Quran di panggil 'awal ayah' manakala hujung ayat al Quran dipanggil 'ra'sul ayah' atau kepala ayat, tidak dipanggil 'akhir ayah' kerana sifat sesuatu yang berada di akhir adalah lemah, dan tidak mungkin kalam Allah ada yang bersifat kuat dan lemah. Kalam Allah semuanya sama taraf, dan mustahil ada yang bersifat lemah. Itu ilmu fawasil, bagaimana pula ilmu jemaah, ilmu baiah. 

Dalam rukun baiah yang sepuluh, thiqah berada di kedudukan terakhir. Adakah thiqah ini sifatnya lemah? Sedang thiqah itulah yang perlu disemat dalam-dalam, padu-padu, kemas-kemas dalam diri setiap ahli yang berbaiah. Bahkan isu thiqah lah yang sedang melambung samudera gerakan Islam di Malaysia saat ini. Pelbagai jawapan yang saya dapat dari pelbagai diskusi, namun semuanya jawapan yang tak pasti. Tak kurang juga jawapan mati, "Entah, tak tahu."

Ini pandangan daif saya.

Andai rukun baiah dilihat dalam rangka graf 'mendaki anak tangga', iaitu FAHAM di tangga pertama, IKHLAS di tangga kedua (seterusnya) dan THIQAH di tangga kesepuluh, secara jujurnya saya tidak ketemu titik temu, atau perkaitan antara sepuluh rukun tersebut. Mungkin yang saya dapat hanya syarah umum mengenai FAHAM di tangga pertama, kemudian terpisah dengan syarah IKHLAS secara umum di tangga kedua dan seterusnya. Mengapa FAHAM dahulu sedangkan kita tahu bahawa IHKLAS kunci amal, bahkan menjadi hadis utama dan pertama dalam kebanyakan kitab hadis yang mahsyur. Itu tidak mampu saya kaitkan.

Namun (ini pandangan daif saya), jika kita lihat Rukun Baiah yang sepuluh ini dalam rangka graf 'kalungan rantai', walau tidak tepat tetapi sedikit sebanyak ia membantu saya untuk memahami dan (berusaha) untuk thabat dalam perjuangan ini. Andai kita misalkan FAHAM sebiji permata, IKHLAS sebiji permata, AMAL sebiji permata, dan rukun-rukun seterusnya sebagai biji-biji permata yang lain. Dan biji permata yang terakhir, permata THIQAH.

Permata THIQAH inilah yang menghubungkan, yang mencantumkan permata FAHAM dan permata UKHUWAH (serta permata-permata baiah yang lain). Hadirnya permata THIQAH untuk menenangkan yang FAHAM (mungkin terlebih faham) dan menggerakkan yang sentiasa tenang dalam UKHUWAH di jalan Allah. 

THIQAH permatanya, kuncinya.

Saya jumpa ramai yang FAHAM, yang hebat mengupas pelbagai buku haraki, mampu 'membaca' dan membuat kajian yang baik terhadap isu-isu yang berlaku dalam gerakan khususnya dan isu-isu luar umumnya. Namun tak sedikit yang dikatakan FAHAM ini kecundang pada permata yang bernama THIQAH terhadap apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin dan gerakan masing-masing.

Saya juga ketemu ramai yang asyik dan damai dalam dekapan ukhuwah yang terbina di jalan dakwah. Dialah yang sentiasa meraikan sahabat seperjuangan, belanja makan setiap minggu, membuka luas rumahnya untuk dikunjungi adik beradik seperjuangan. Dialah, yang tidak bisa dikalahkan puncak kasihnya. Tetapi dia juga yang kecundang pada permata THIQAH apabila diajak turun ke medan. Tiba-tiba pintu rumahnya berkunci, kelibatnya muncul jarang sekali.

Hebat penangan permata bernama THIQAH. Jika dibandingkan dengan cincin permata yang ada di jari First Lady sekalipun, bahkan tiada nilai yang mampu menandingi permata THIQAH. THIQAH, amat sulit untuk sebati dalam diri, sekalipun 9 rukun yang lain kita hadam sebaiknya.

Coretan ini adalah untuk diri saya. Tidak mengapa jika anda tidak memahami apa yang saya sampaikan. Cuma doakan saya, agar saya sentiasa thiqah dengan pimpinan saya. Dan doakan juga agar pimpinan saya mampu thiqah dengan saya. Thiqah, bukan hanya milik mutlak pimpinan, tetapi terdapat hak ahli di dalamnya. Untuk dipercayai kata-katanya, pengakuannya, perbuatannya, keupayaannya dan segala-galanya.

Anda, yang bergelar pimpinan atau ahli gerakan, pasti pernah menzalimi permata ini. Saya, lebih-lebih lagi. Permata THIQAH (pada diri sendiri) saya sudah tercalar teruk. Tidak pasti samada anda masih lagi mampu untuk thiqah pada saya sebagai ahli atau adik beradik seperjuangan. Segalanya saya serahkan pada Tuhan.

Yang pasti, saya masih dan sentiasa berusaha untuk thiqah pada pimpinan saya, dan saya teruskan perjalanan walau terus dipandang tajam. Kerana baiah saya adalah pada sebuah gerakan dan Dia, pemilik hati saya dan anda semua. 

Ya Allah, aku mohon dengan sangat.
Allahumma thabbit qulubii 'ala diinika wa 'ala to'atika wa 'ala jihadi fi sabilika.

p/s : Permata Baiah ada 10 biji semuanya. (Goku)

Wallahu'alam.
Allahumma solli 'ala Muhammad.

*******

Jazakillah atas perkongsiannya. 


Usai faham 10 rukun baiah, mari kita taaruf pula dengan 10 jejaka dijamain ke Sorga !


Mutah, Jordan
19/6/2013 |12:34 AM

Budak Wajhul Kitab, Game dan Movie.

Bismillah walhamdulillah.

Balik dari wida' adik-adik yang nak khirej tadi terus langkah laju-laju ke rumah. Mujur muraqib yang baik hati itu rajin untuk teman. Sampai rumah, aku gapai phone gajet bajet samsung. Tekan application Facebook. Newsfeed yang keluar dari skrin itu aku scroll sampai ke bawah.

Tiba-tiba terberhenti di satu status seorang ikhwah ini. Aku cuak jugak la.Sebab dekat sebulan tak pulang buku yang aku pinjam tempoh hari. Kut la dia update seru orang yang pinjam bukunya untuk pulang. Aduh, aib gamaknya. 

Tapi mujur bukan itu. Status dia agak sentap. Buat aku terfikir. Iya ada benarnya. 


Aku fikir apa yang dia cakap memenag benar. Ada jugak ye orang yang hidup layan game movie 24/7 ? tak rasa terbazir masa ke ? Tapi status ikhwah ni aku fikir tak tertumpu pada budak Syariah je. Semua students walau takhasus apa jua pun. Kalau akhawat  ni , mungkin jarang kut nak main game. Tapi banyak buang masa dengan tonton video Korea. Tak Korea Hindustan. aduii. 

Nak tengok tu boleh je selagi mana datang manfaat. Haritu aku tengok video Jepun. Tajuk dia Good Luck. Dekat 10 episod kut. Tak penah aku terbazir masa menghabiskan 10 episod lengkap. Walau ada je aku cut sendiri. :) Cerita tu tentang kegigihan seorang pilot. Memang banyak manfaat. Selain aku faham istilah kat tempat kokpit, aku juga belajar erti sungguh-sungguh tu bagaimana. Pada aku, selagi ada manfaat, selagi tu boleh. Selagi mana video tak lagho, tak ada maksiat dan tak ada hiburan melampau. Tapi beragak jugak lah. Kalau yang sampai langgar waktu solat tu apekehal pulak kan. Lagilah kalau pemilihan video yang tak betul, memang buat koleksi dosa jelah kan. 

Jadi, beringat ! 

Aku datang sini (Jordan) sebenarnya tujuannya apa ? 

Malam exam jangan nyusahkan kawan lain sampai nak kena syarah satu kitab penuh kat kita. Ohoi, boleh jadi bengkak mata gamaknya. 

Untuk aku, tentu-tentu kena banyak lagi beringat. 

Buat Akhi Nazirin, syukran atas peringatannya . :')

Bayt Kauthar, Mutah
16/6/2013 | 11:39PM

Faiza Azamta..

Fasal soifi bermula.
Semalam liqo kami bincang tentang azam.
Azam merentasi segalanya.

Seharian memikirkan takrifan azam. Barangakali aku yang sudah lama tidak memasang azam. Dahulu aku biasa sahaja kalau datangnya tahun baru masihi. Rasanya macam tidak perlu pasang azam. Sebab azam tahun sebelumnya selalu aku lupa bila sampai dipertegahan tahun. Itu dahulu zaman budak-budak. Macam tu juga bila tahun hijri datang. Aku pun pasang juga azam, konon-konon menyahut seruan peristiwa hijrah. Iya hijrah. Berubah dari baik kepada lebih baik. Tapi aku biasa-biasa sahaja. Mungkin aku kurang dengar pasal tazkeerah azam ni kut. Atau dahulu cikgu aku lupa nak selitkan point penting dalam ceramah Hijrah. 

Sebelum mula liqo, aku buntu. Tak faham aku kenapa google tidak mahu keluarkan tentang azam. Pelik juga. Yang keluar hanya takrifan versi indonesia. Akhirnya aku beralih ke web arab. Rasanya tafseer akan lebih banyak membantu aku. Teringat surah al Imran, ayat 159. Aku google. Jumpa tafseeran dari Ar Razi.

[...Faiza azamta fatawakal ala allah. Inna Allahayu hibbul mutawakkilin. ]

Aku fikir Quran lebih tepat terjemahannya tentang azam. Membulatkan tekad. 

Allah seru supaya selepas kita membulatkan tekad dalam satu-satu urusan kita, maka bertwakal kepada Allah. Konsep tawakal, Allah kaitakn dengan azam. Dalam semu urusan perkara kebergantungan itu perlu letak pada Allah. Tapi berapa ramai yang buat azam lalu kaitkan dengan Allah. Hmm, berapa yang tahu jelah kan.

Aku fikir, patut azam aku dulu tengah-tengah jalan terus stop. Rupanya aku tak letak kebergantungan pada Allah. Pastu buat azam baru. Begitulah akhirnya sampai aku abis sekolah rendah. 

Allah sebut lagi, sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakal. 

Kenapa Allah suka ?

Mudah, sebab kita kembali kepada Allah. Thats why Allah suka. 

Boleh bayang tak Allah suka tu jenis yang bagaimana ? Suka senyum ke atau bagaimana ? 

Tak tergambar kan. Maka untunglah orang yang membulatkan tekad lalu dia bertawakal. Sebab pasti Allah suka akan dirinya !

Oke, sudah mula fasal soifi. Kena buat Azam.

Azam aku : 

Mumtaz untuk Ummah ! 
Gapai Mardhotillah.

Sesungguhnya aku berazam lillahi taala. Moga dikabulkan. Ameen.












Mutah,
Sonata Musim Soifi ~


Rehlah ke Langit Tuhan

Bismillah walhamdulillah.

Dua hari lepas, dalam kesibukan dunia yang mencengkam, sempat juga hadiri pengisian daripada al fadhil Duktur Masyhur tentang peristiwa agung Isra Mikraj. Peristiwa yang sudah lama dihadam lumat oleh otak tika itu seolah merasakan ia baru pertama kali mendegarnya. Tidak bosan, tidak pula jemu. Rasa diri dibawa berjalan dari Masjidil Haram hingga ke Masjid Aqsa, kemudian naik ke langit, ke Sidratul Muntaha, ke Baitul Makmur dan naik lagi hingga bertemu Allah azzawajalla. Malam itu hati di bawa rehlah nan indah mengingati Rabb serta utusan Agung Muhammad Saiydidul Mursalin. Allahu, hati menangis !  

                                                                              ♥♥♥

 "Sekiranya ku menjadi Muhammad

Takkan sudi ku beranjak ke bumi
Setelah sampai di dekat ’Arsyi"
-’Abdul Quddus, Sufi Ganggoh-
Buraq namanya. Maka ia serupa barq, kilat yang melesat dengan kecepatan cahaya. Malam itu diiring Jibril, dibawanya seorang Rasul mulia ke Masjidil Aqsha. Khadijah, isteri setia, lambang cinta penuh pengorbanan itu telah tiada. Demikian juga Abu Thalib, sang pelindung yang penuh kasih meski tetap enggan beriman. Ia sudah meninggal. Rasul itu berduka. Ia merasa sebatang kara. Ia merasa sendiri menghadapi gelombang pendustaan, penyiksaan, dan penentangan terhadap seruan sucinya yang kian meningkat seiring bergantinya hari. Ia merasa sepi. Maka Allah hendak menguatkannya. Allah memperlihatkan kepadanya sebagian dari tanda kuasaNya.Buraq namanya. Ia diikat di pintu Masjid Al Aqsha ketika seluruh Nabi dan Rasul berhimpun di sana. Mereka shalat. Danpenumpangnya itu kini mengimami mereka semua. Tetapi dari sini Sang Nabi berangkat untuk perjalanan yang menyejarah. Disertai Jibril ia naik ke langit, memasuki lapis demi lapis. Bertemu Adam, Yahya serta ’Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa, dan Ibrahim. Lalu terus ke Sidratul Muntaha, Baitul Ma’mur, dan naik lagi menghadap Allah hingga jaraknya kurang dari dua ujung busur. Allah membuka tabirNya..
Allah.. Allah.. Jika melihat Yusuf yang tampan sudah membuat jari para wanita teriris mati rasa, apa gerangan rasa melihat Sang Pencipta yang Maha Indah? Atau katakan padaku shahabat, apa yang kau rasakan saat melihat Ka’bah yang mulia untuk pertamakalinya? Ya, sebuah ekstase. Kita haru. Kita syahdu. Air mata menitik. Raga terasa ringan. Jiwa kita penuh. Mulut kita ternganga.Maka apa kira-kira yang dirasakan Muhammad,Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam ketika ia mi’raj bertemu Rabbnya? Kesyahduan. Keterpesonaan. Kesejukan. Kenikmatan ruhani. Kelegaan jiwa. Tiada tara. Tiada tara. Tiada tara.
Demi Allah, alangkah indahnya, betapa nikmatnya..
Maka ada benarnya Sufi Ganggoh itu. Di saat mengalami puncak kenikmatan ruhani itu, tentu ada goda untuk bertahan lama-lama di sana. Kalau bisa, kita ingin menikmatinya selamanya. Atau setidaknya mengulanginya. Lagi dan lagi. Kesyahduan yang tak terlukiskan, ruhani yang terasa penuh, berkecipak, mengalun. Jiwa yang terpana bagaikan titik air menyatu dengan samudera, kedirian kita hilang lenyap ditelan kemuliaan dan keagungan Ilahi. Kita ingin mereguknya, menyesapnya, lalu rebah, dipeluk, direngkuh, dan menyandarkan hati di situ saja. Selama-lamanya.
Kenikmatan ruhani. Kekhusyu’an batin. Kita pasti ingin menikmatinya selalu. Kita menghasratkannya tiap waktu.
Tetapi justru di situlah salahnya.
Justru di situlah kekeliruan terbesar kita.
Coba tengok perjalanan mi’raj Sang Nabi. Ia tidak terjadi setiap hari. Ia terjadi sekali, hanya ketika deraan rasa sakit, badai kepiluan, dan himpitan beban telah melampaui daya tahan kemanusiaan. Ia terjadi ketika sang Rasul merasakan puncakkepayahan jiwa; da’wah yang ditolak, seruan yang diabaikan, pengikut yang tak seberapa, sahabat-sahabat yang disiksa, dan para penyokong utama satu demi satu mencukupkan usia. Maka satu hal yang kita maknai dari perjalanan mi’raj adalah, bahwa ia sekedar sebuah waqfah. Ia sebuah perhentian sejenak. Sebuah oase tempat Sang Nabi mengisi ulang bekal perjalanannya.
Bekal perjuangannya.
Mi’raj bukanlah titik akhir dari perjalanan itu. Merasakan kenikmatan ruhani yang dahsyat bukanlah tujuan dari perjalanan hidup dan risalahnya. Itulah yang membuat Sang Nabi dan Sang Sufi dari Ganggoh bertolak belakang. Jika Sang Sufi memandang ekstase kenikmatan ruhani itu sebagai tujuan hidupnya, Sang Nabi sekedar menjadikannya sebuah rehat. Sejenakmengambil kembali energi ruhani, mengisi ulang stamina jiwa. Sesudah itu dunia menantinya untuk berkarya bagi kemanusiaan. Dan iapun, kata Muhammad Iqbal dalam Ziarah Abadi, menyisipkan diri ke kancah zaman.
Padaku malaikat menawarkan,
Tinggallah di langit ini, bersama syahdu sujud-sujud kami
Bersama kenikmatan-kenikmatan suci”
Tidak!”, kataku, ”Di bumi masih ada angkara aniaya
Di sanalah aku mengabdi, berkarya, berkorban
Hingga batas waktu yang telah ditentukan.”
Inilah jalan cinta para pejuang. Para penitinya bukanlah para pengejar ekstase dan kenikmatan ruhani. Mereka adalah pejuang yang mengajak pada kebaikan, memerintahkan yang ma’ruf, mencegah yang munkar, dan beriman kepada Allah. Dalam kerja-kerja besar itu, terkadang mereka merasa lelah, merasa lemah, merasa terkuras. Maka Allah menyiapkan mi’raj bagi mereka. Sang Nabi yang cinta dan kerja da’wahnya tiada tara itu memang mendapat mi’raj istimewa; langsung menghadap Allah ’Azza wa Jalla. Kita, para pengikutnya, berbahagia mendapat sabdanya, ”Saat mi’raj seorang mukmin adalah shalat!”
Shalat, kata Sayyid Quthb, adalah hubungan langsung antara manusia yang fana dan kekuatan yang abadi. Ia adalah waktu yang telah dipilih untuk pertemuan setetes air yang terputus dengan sumber yang tak pernah kering. Ia adalah kunci perbendaharaan yang mencukupi, memuaskan, dan melimpah. Ia adalah pembebasan dari batas-batas realita bumi yang kecil menuju realita alam raya. Ia adalah angin, embun, dan awan di siang hari di siang hari bolong nan terik. Ia adalah sentuhan yang lembut pada hati yang letih dan payah.
Maka shalat adalah rehat. Ketika tulang-tulang terasa berlolosan dalam jihad, rasa kebas di otot dan kulit berkuah keringat, Sang Nabi bersabda pada muadzinnya, ”Yaa Bilal, Arihna bish shalaah.. Hai Bilal, istirahatkan kami dengan shalat!”
Berhala Kekhusyu’an
Seorang musafir berhenti di sebuah Masjid. Ia lelah, gerah, penat, pegal, dan pening. Terlebih, sepanjang jalan ia merasa sepi di tengah ramai, dan asing di tengah khalayak. Di masjid itu ia menemukan ketenangan. Wudhunya serasa membasuh seluruh jiwa raga. Ketika air itu menyapu, ia seperti bisa melihat noktah-noktah hitam dosanya luntur berleleran, mengalir hanyut bersama air. Dalam shalatnya ia benar-benar merasa berdiri di hadapan Sang Pencipta. Tiap bacaannya seolah dijawab olehNya. Ia merasakan getar keagungan. Ini pertama kalinya ia bisa terisak-isak dalam sujudnya. Hatinya diselimuti perasaan tenteram, sejuk, penuh makna. Dia merasakan sebuah ekstase.
Saat lain ia lewat di masjid itu. Ia memang sengaja ingin shalat di sana. Ia rindu kekhusyu’annya. Masjid ini memancarkan keagungan. Pilar-pilarnya tegak kokoh, berlapis marmer kelabu. Kolom-kolom setengah lingkarannya manis dengan ukiran geometris. Lampu-lampunya remang dibingkai logam mengilat bersegi delapan. Lantainya lembut menyambut tiap sujud, dingin menyejukkan khas granit hitam.
Ia memilih shalat di sebalik tiang berbalut kuningan yang berukir ayat suci. Ia mencoba menghayati shalatnya. Tapi aneh. Kali ini, ia tak menemukan getar itu. Ia kehilangan kekhusyu’annya. Benar. Ia kehilangan semua perasaan itu. Tak ada ekstase. Tak ada kelezatan ruhani. Tak setitikpun air matanya sudi meleleh. Dalam sesal ia menguluk salam. Ke kanan, lalu ke kiri. Dan matanya menumbuk terjemah sebuah kaligrafi di dinding selatan. Terbaca olehnya, ”Barangsiapa mencari Allah, ia mendapatkan kekhusyu’an. Barangsiapa mengejar kekhusyu’an, ia kehilangan Allah.”
♥♥♥
Alangkah malang para penyembah kekhusyu’an. Khusyu’ menjadi tujuan, bukan sarana menuju Allah Subhanahu wa Ta’alaa. Maka perhatian utama dalam shalatnya terletak pada bagaimana caranya agar khusyu’, atau setidaknya terlihat khusyu’. Ayuhai, andai kau tahu bagaimana Sang Nabi dan sahabat-sahabatnya shalat. Mereka mendapatkan kekhusyu’an bukan karena mencarinya. Mereka khusyu’ karena shalat benar-benar perhentian dari aktivitas maha menguras di sepanjang jalan cinta parapejuang. Mereka khusyu’ karena payahnya diri dan kelelahan yang membelit melahirkan rasa kerdil dan penghambaan sejati.
Seperti para penyembah Al Masih merumit-rumitkan trinitas ketuhanan, berhala kekhusyu’an juga sering disulit-sulitkan. Tak salah sebenarnya mengutip kisah bahwa ’Ali ibn Abi Thalib meminta dicabut panahnya ketika beliau shalat. Agar sakitnya tak terasa karena khusyu’ shalatnya. Tak salah juga meneladani ’Abbad ibn Bisyr yang tetap melanjutkan shalat meski satu demi satu anak panah mata-mata musuh menancap di tubuh. Tapi apakah hanya itu yang disebut khusyu’?
Sang Nabi adalah manusia yang paling khusyu’. Dan alangkah indah kekhusyu’annya. Kekhusyu’an yang seringkalimempercepat shalat ketika terdengar olehnya tangis seorang bayi. Atau memperpendek bacaan saat menyadari kehadiran beberapa jompo dalam jama’ahnya. Kekhusyu’an yang tak menghalanginya menggendong Umamah binti Abil ’Ash atau Al Hasan ibn ’Ali dalam berdirinya dan meletakkan mereka ketika sujud. Kekhusyu’an yang membuat sujudnya begitu panjang karena Al Husain ibn ’Ali main kuda-kudaan di punggungnya.
Sahabat, inilah jalan cinta para pejuang. Khusyu’ dan gelora kenikmatan ruhani hanyalah hiburan dan rehat, tempat kita mengisi kembali perbekalan dan melepas penat. Ini adalah jalan cinta para pejuang. Bukan jalan para pengejar kenikmatan ruhani, hingga harus mengulang-ulang takbiratul ihram sampai sang imam ruku’. Ini bukan jalan para penikmat kelaparan yang ketakutan berkumur saat puasa tapi diam saja menyaksikan kezhaliman. Juga bukan jalan penikmat Ka’bah yang kecanduan berhajisementara fakir miskin lelah mengetuk pintu rumahnya yang selalu terkunci.
Senarai sejarah memberi pelajaran tentang para pengejar kenikmatan ruhani. Mereka jauh terlempar dari jalan cinta ini. Ada yang merasa diri menjadi mukmin yang baik; karena bisa menangis saat shalat, bisa terharu saat membagi zakat, bisa berdzikir hingga hilang kesadaran saat berpuasa, atau berhaji setahun sekali; terbuta mereka dari dunia Islam yang serak memangil-manggil.
Inilah mereka yang selalu bicara agama sebagai urusan pribadi. Urusan pribadi untuk menikmati kesyahduan spiritual. Bagi mereka, alangkah nikmatnya shalat khusyu’ di atas sajadah mahal, dalam ruangan berpendingin, dengan setting pemandangan yang bisa diatur berganti-ganti. Khusyu’ adalah menikmati bacaan imam bersertifikat dari audio premium, dalam hembusan harum parfum aromaterapi. Jauh di sana, di jalan cinta para pejuang, Sang Nabi shalat di sela-sela jihad menegakkan syari’at. Dengan debu, dengan darah, dengan lelah, dengan payah.
Yang lain, mencari pelarian dari tekanan dunia yang menghimpit. Menikmati rasa tenteram karena dzikirnya, rasa melayang karena laparnya, rasa syahdu karena gigil tubuhnya. Ia bertapa dalam pakaian campingnya, hidup dalam kefakirannya, lalu merasa menjadi makhluq yang paling dicintai Allah. Tapi tak pernah wajahnya memerah ketika syari’at Allah dilecehkan. Tak pernah ia merasa terluka melihat kezhaliman. Tak pernah hatinya tergetar melihat nestapa sesama. Orang-orang semacam si Sufi dari Ganggoh. Dialah si burung unta yang merasa aman saat membenamkan kepalanya ke dalam pasir. Padahal tubuhnya terguguk tepat di depan pelupuk pemburu.
Ekstase. Kenikmatan ruhani. Kekhusyu’an. Jangan kau kejar rasa itu. Dia bukan tuhanmu. Dan tak hanya seorang muslim yang beroleh kemungkinan merasakan ekstase macam itu. Tanyakan pada seorang beragama Budha, penganut Zen, Tao, atau praktikan Yoga. Merekapun mengalaminya lewat meditasi dan rerupa puja. Seorang Nasrani dari Ordo Fransiskan yang melarat merasakannya dalam pengembaraan bertelanjang kaki ala kemiskinan Kristus. Seorang Nasrani dari Ordo Benediktin yang mewah menikmatinya dalam mengoleksi relik-relik suci peninggalan para bapa gerejawi.
Bukan itu.
Bukan itu yang kita cari.
Di jalan cinta para pejuang, berbaktilah pada Allah dalam kerja-kerja besar da’wah dan jihad. Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban, menyeru pada iman. Larilah hanya menujuNya. Meloncatlah hanya ke haribaanNya. Walau duri merantaskan kaki. Walau kerikil mencacah telapak. Sampai engkau lelah. Sampai engkau payah. Sampai keringat dan darah tumpah. Makakekhusyu’an akan datang kepadamu ketika engkau beristirahat dalam shalat. Saat kau rasakan puncak kelemahan diri di hadapan Yang Maha Kuat. Lalu kaupun pasrah, berserah..
Saat itulah, engkau mungkin melihatNya, dan Dia pasti melihatmu..
Pak salim antara penulis yang berjaya mencuri hati saya. Tulisannya yang sungguh menggugahkan itu sering membuat saya tafakur. Ertinya meluas. Gaya tulisannya sahaja sudah buat saya jatuh cinta. Ya, jatuh cinta pada jalan dakwah !

Mutah,
7 Jun 2013 | 6:19 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...