✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Apps Android : Pro & Cons dalam gerakan Jamaah

Bismillah.

Wahai Sang Nabi,
Kalau lah kau masih ada di sini,
Aku juga tidak pasti bagaimanakah perasaan mu melihat Ummatmu kini. 


Kalau dulu, ketika mana aplikasi-aplikasi Whatsapp, Viber, Tango dan seangkatan dengannya masih belum wujud, pemimpin dan ahli hanya menggunakan medium aplikasi Message yang biasa untuk berhubung selain panggilan telefon. Apa-apa sebaran maklumat adalah melalui mesej, kemas dan padat, memandangkan aplikasi Message ini akan dikenakan caj setiap kali penggunaan. Namun begitu, tidak berlaku pula salah faham dalam menyampaikan maklumat, tidak terjadi juga maklumat tidak sampai keada ahli. Kerana masing-masing tahu keterbatasan medium yang ada untuk berkomunikasi, maka digunakan medium yang ada sebaiknya.

Kesan daripada itu, izzah pemimpin terjaga dengan asbab kurangnya berbicara (mesej) perkara yang kurang keperluannya. Dan juga dengan asbab berhati-hati dalam sebaran maklumat (kalau salah send message, kena resend, guna duit lagi). Dan juga dengan asbab kepekaan mereka untuk menyampaikan setiap maklumat penting kepada ahli. Izzah pemimpin begitu terasa.

Namun begitu, pemimpin hari ini begitu teruji dengan pelbagai aplikasi yang ada. Aplikasi-aplikasi percuma ini yang sepatutnya membantu melicinkan gerak kerja bertukar menjadi sebaliknya. Tersalah maklumat, maklumat tidak tepat, maklumat tidak sampai pada ahli, maklumat celaru, haru, biru dan sebagainya. Yang paling terkesan adalah apabila izzah pemimpin dirobek rakus oleh aplikasi-aplikasi percuma tadi, terutama apabila wujudnya group-group mesej yang melibatkan ajk sesuatu program. Hancus!

Perkara yang tiada keperluan jadi bualan, dalam 100 notifications, hanya 20 yang berkaitan dengan kerja, bakinya adalah emoticon-emoticon dan simbol-simbol yang tiada ahli dapat mengambil manfaat darinya. Dari simbol bayi comel kepada simbol hantu nakal, dari emoticon 'smiley face' kepada 'satan face', dari simbol anak ayam kepada hidung bab*, semuanya jadi bahan mainan.

Walhal, dengan medium-medium inilah pemimpin dapat menyalurkan ilmu, pengalaman dan buah fikiran kepada ahli-ahli yang akan menggantikan mereka suatu hari nanti. Medium-medium inilah yang sepatutnya menjadi lapangan perbincangan, mengasah pemikiran kritis dalam kalangan ahli dan akhir sekali membantu kumpulan membuat keputusan yang tepat bersama. Tarbiyah yang dilupakan oleh pemimpin.

Pemimpin tidak akan selamanya berada di atas. Satu ketika, mereka akan digantikan dengan yang lain. Maka apakah tarbiyah yang kita tinggalkan pada bakal-bakal pelapis kita yang akan datang? Atau hanya mewariskan ayam, lembu, naga, kokedai, kereta, kapal terbang, 'hati-merah-hidup' dan lain-lain yang tidak real. Justeru tarbiyah bukan hanya didikan dalam program-program, tidak juga hanya bersifat gerak kerja teknikal memasang banner atau memasak lauk dalam kuantiti yang banyak.

Tarbiyah yang paling utama adalah kefahaman dalam bergerak kerja untuk Islam, kefahaman untuk bergerak dalam keadaan teratur dan berorganisasi, kefahaman untuk sentiasa meningkatkan kualiti kerja dan tidak hanya mencetak idea warisan turun-temurun. Tarbiyah akal adalah yang paling utama. Maka adakah kita sudah melakukan perkara-perkara tersebut, sebelum kita bercanda dan galak bertukar-tukar emoticon bersama ahli?


Dengan izin tuan punya status, maka ianya dikongsi di sini.

Jiran Para Syuhada'
Mutah Jordan.

Mansoura Egypt.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...