✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Dia

Allah pesan dalam firmanNya agar kelompok manusia ini saling bertaaruf. 

Aku pandang dia. Ini kali pertama aku pandang. Sebenarnya mungkin dah beberapa kali kami bersua, Cuma tak perasan dan tidak tahu ada orang  dan ada manusia yang nama nya seperti dia.

Aku sarung jaket tok guru macam biasa. Jaket berlogo ulama dunia, tok guru Nik Aziz (rahimahullah) berani aku sarung sejak dah masuk tahun akhir pengajian. Dulu awal tahun bawa juga , tapi tak berapa berani nak pakai. Maklumlah pimpinan lagi masa tu. Nanti orang kata aku ke partisan pulak. Tambahan pulak, aku ni dicop hijau kat mana-mana. Mungkin satatus fb kot. Tapi dah memang darah hijau, nak buat bagaimana, 

Musim sejuk begini elok nya dikenakan maflah. Maflah yang sangat valueable untuk aku. Tepatnya sangat sentimental. Sinonim sangat aku dengan jaket tok guru dan mafla kelabu dililit keliling leher. Atau nak mengkomfemkan identity aku, jaket tok guru, maflah kelabu, berniqob, tshirt labuh gaza dan skirt hitam yang selalu aku kenakan. Boleh katakan suit pakain febret ! aku selesa pakai begitu. Nampak cool dan bersahaja. Dari jauh orang boleh cam tu aku. Lagi lagi ketinggian ala ala pokok rendang akan meyakinkan identity aku. Macam biasa aku akan turun seawal pagi hari itu.  Sejuk mencengkam tulang belulang. Sesekali gema takbir kedengaran. Ala ala mujahedin berjihad. Aku turun tangga. Jaket tok guru dan sehelai lagi sweater aku kenakan. Maflah menutupi mulut. Sejuk campur mengantuk yang tak tertahan. Tapi waktu itu normal sahaja. Aku tidur jam 3 pagi. Dan bangun semula 4 pagi. Tak ironi sangat, bila kami yang geng tidur 3 pagi, bagun 4 pagi kemudian tunaikan solat dua rakaat dan turun bawah selepas itu. Iman pun naik sebab duduk berjamaah. Tambahan ada qudwah baik depan mata yang mustahil untuk aku butakan untuk ikut sama. Entah pagi tu tiada siapa dalam kotak fikiran aku. Rupa-rupanya nya dalam ketiadaann sesiapa dalam kotak fikiran aku, ada saja mata sedang memerhati. Memerhati aku sedang bercakap. Memerhati aku bersuara. Memerhati aku berjalan. Makan (mungkin kot) dan memerhati segala lalu lintas aku di hadapan mata mereka.

Beberapa bulan selepas itu, di suatu tempat.

Assalamualaikum akak. Sihat ? Dia menyapa.

Entah siapa agaknya dia aku pun tak pasti. Berniqob ninja, baju serba hitam. Lain mantiqah pula. Mana nak kenal. Alasan clishe, sorry la tak kenal sebab pakai niqob kan. Cis. Kadang-kadang aku meluat jugak orang yang dah berapa kali aku introduce dia still tak hingat. Cakap jela lupa, kan senang. Boleh introduce sekali lagi. Tapi sombong campur malu tu kadang kadang jelas sangat. Kau kalau tak kenal orang atau once kau tetiba terlupa nama orang tu, kau kena bijak guna uslub buat-buat kenal.

Assalmualaikum akak. Sihat ke ? kau kerut-kerut fikir siapa dia. Jangan Nampak sangat.

Ehhh awak, waalaikumsalam. Sihat je. Awak sihat tak ? Widad belajar macam mana ? tolak kol berapa tadi.

Eh Widad tu lain la kak, saya Anah la.

Tarangg,, nama dia anah ! got it. Simple beb.

Hahha. Sorry tersasul pulak Anah. Banyak sangat adik nak kena ingat. Puii.  Haa anah kan. J

Aku jawab salam budak niqob tadi. Waalaikumsalam. Sihat. Salam macam biasa. Tak menyempat nak sapa nama. Ruh ukhuwah tu biasa sahaja. Maklumlah tak kenal. Itu pon skrip ni dia yang ingatkan sebab aku tak ingat apa malam tu. Yang aku tahu satu rombongan sampai waktu malam, dan berduyun masuk dewan lepas tu. Mana taknya dah la ramai, dan dalam kepala aku hanya ada program program program. Dan ada lah sorang dua manusia yang aku tunggu (mungkin) Lol.

Lusa tu ada beberapa orang majmuah akhawat datang jumpa.  Minta keizinan nak balik. Siapa aku masa tu sampai datang nak berjumpa aku kan. Sekumpulan akhawat yang dihadapan aku ini dari latar belakang pengajian berbeza memberi alasan tersendiri. Exam. Sakit dan lain-lain. Ada yang dah menangis. Aku cuak juga. Belum sempat aku tanya kenapa, air mata dia laju mengalir. Jangan buat kakak serba salah boleh tak ?

Ni nama siapa ?

Aku ingat dia. Alasan sakit kepala. Tepat lagi magrain. Campur nak exam minggu tu. Aku offer bilik untuk rehat dan study dia tak mahu. Lagaknya memang nak balik. Noktah. Kau jangan lah offer benda lain selain balik.

Budak niqob tu pandang aku. Ye budak. Umur 19. Gaya lepas spm tu masih ada. Dengan muka yang nampak la kemagrainan tu lalu Dia angkat muka, sebut nama dia. Dan dari situ, aku ingat lagi lah nama dia. Sekurangnya pernah melintas dalam kepala aku.

Ouh. Dia.

 Bersambung.. 


Di sini Lahirnya sebuah cinta ~



Di sini lahirnya sebuah Cinta ~


Konvokesyen Darul Quran kali ke 20, 2011. 

Tiga tahun sudah berlalu. 

Muga Allah Redha

****

Hadiah ini mungkin yang paling besar buat ibu & ayah aku.

Graduasi dari bumi Quran, Darul Quran.

Dengan selesai menghafaz 30 juzu' al Quran.

Bersama dengan CGPA yang membahagiakan. 

Tapi semuanya ini tiada erti.

Bahkan satu pelabuaran yang rugi.

Kalau-kalau aku calitnya dengan debu-debu dosa.

Aku warnainya dengan lumuran leka.

Aku bajaianya dengan baja-baja murka dari Tuhan Pencipta.

Aku biarkan ia.

Tidak menjaga dan tidak pelihara.

Tidak mengulang dan tidak murajaah.

Tidak mengamal da tidak beramal.

Maka segalanya tiada lagi erti.

Hanya tiggal nama yang aku banggakan.

Terbang bagaikan debuan.

Yang ruginya aku.

Yang deritanya aku.

Yang jahilnya aku.

Kalau aku tidak berusaha menjaga nya.

Tuhan thabatkan aku.

Tuhan jadikan aku ahli Quran.

Hingga hari aku dibangkitkan.



Mu'tah Jordan
31 Ogos 2014.

eh eh. Merdeka rupanya.
Di sini lahirnya sebuah Cinta ~



Pakcik Mat'am yang Ohsem !

Bismillah.

Balik dari meeting tadi aku menapak menuju ke Pekan. 

Hari ini singgah di Mat'am Zumir. 

Lama juga aku tidak pergi ke Mat'am ini. Rasanya sebelum Ramadan lalu mungkin yang terakhir. 

Setiap kali masuk ke kedai ini pasti ucapan salam perlu didahulukan. Sebab dahulu aku pernah ditegur oleh pakcik mat'am ini. Dan memang ianya satu tuntutan kan. 

Tadi aku masuk melangkah dengan memberi salam. 

Mungkin pakcik dibahagian hadapan mendengar salam aku. Segera aku ke kaunter menempah makanan.

Pakcik kaunter memandang aku dengan pandangan yang tajam dan memberi salam pada aku. Seolah isyarat nya bagai satu teguran.

Aku senyum menjawab salamnya dan berkata :

Aku dah beri salam di pintu tadi ammu.

Lantas dia juga turut tersenyum.

Kiranya kalau mahu ke Mat'am Zumir kena hulur dua kali ucapan salam. Satu di pintu masuk. Kedua di hadapan kaunter.  Tak salahkan mengucap salam berulang kali.

Oh indahnya Islam. Saling menjaga adab dan akhlak.



Pakcik ini antara pakcik-pakcik yang ohsem di Mu'tah ini.
Barangkali mereka antara yang mewarisi para Syuhada' yang syahid di sini.
Bahagianya aku berjiran kan para Syuhada'.


Mu'tah Jordan.
Summer Holiday.

Apps Android : Pro & Cons dalam gerakan Jamaah

Bismillah.

Wahai Sang Nabi,
Kalau lah kau masih ada di sini,
Aku juga tidak pasti bagaimanakah perasaan mu melihat Ummatmu kini. 


Kalau dulu, ketika mana aplikasi-aplikasi Whatsapp, Viber, Tango dan seangkatan dengannya masih belum wujud, pemimpin dan ahli hanya menggunakan medium aplikasi Message yang biasa untuk berhubung selain panggilan telefon. Apa-apa sebaran maklumat adalah melalui mesej, kemas dan padat, memandangkan aplikasi Message ini akan dikenakan caj setiap kali penggunaan. Namun begitu, tidak berlaku pula salah faham dalam menyampaikan maklumat, tidak terjadi juga maklumat tidak sampai keada ahli. Kerana masing-masing tahu keterbatasan medium yang ada untuk berkomunikasi, maka digunakan medium yang ada sebaiknya.

Kesan daripada itu, izzah pemimpin terjaga dengan asbab kurangnya berbicara (mesej) perkara yang kurang keperluannya. Dan juga dengan asbab berhati-hati dalam sebaran maklumat (kalau salah send message, kena resend, guna duit lagi). Dan juga dengan asbab kepekaan mereka untuk menyampaikan setiap maklumat penting kepada ahli. Izzah pemimpin begitu terasa.

Namun begitu, pemimpin hari ini begitu teruji dengan pelbagai aplikasi yang ada. Aplikasi-aplikasi percuma ini yang sepatutnya membantu melicinkan gerak kerja bertukar menjadi sebaliknya. Tersalah maklumat, maklumat tidak tepat, maklumat tidak sampai pada ahli, maklumat celaru, haru, biru dan sebagainya. Yang paling terkesan adalah apabila izzah pemimpin dirobek rakus oleh aplikasi-aplikasi percuma tadi, terutama apabila wujudnya group-group mesej yang melibatkan ajk sesuatu program. Hancus!

Perkara yang tiada keperluan jadi bualan, dalam 100 notifications, hanya 20 yang berkaitan dengan kerja, bakinya adalah emoticon-emoticon dan simbol-simbol yang tiada ahli dapat mengambil manfaat darinya. Dari simbol bayi comel kepada simbol hantu nakal, dari emoticon 'smiley face' kepada 'satan face', dari simbol anak ayam kepada hidung bab*, semuanya jadi bahan mainan.

Walhal, dengan medium-medium inilah pemimpin dapat menyalurkan ilmu, pengalaman dan buah fikiran kepada ahli-ahli yang akan menggantikan mereka suatu hari nanti. Medium-medium inilah yang sepatutnya menjadi lapangan perbincangan, mengasah pemikiran kritis dalam kalangan ahli dan akhir sekali membantu kumpulan membuat keputusan yang tepat bersama. Tarbiyah yang dilupakan oleh pemimpin.

Pemimpin tidak akan selamanya berada di atas. Satu ketika, mereka akan digantikan dengan yang lain. Maka apakah tarbiyah yang kita tinggalkan pada bakal-bakal pelapis kita yang akan datang? Atau hanya mewariskan ayam, lembu, naga, kokedai, kereta, kapal terbang, 'hati-merah-hidup' dan lain-lain yang tidak real. Justeru tarbiyah bukan hanya didikan dalam program-program, tidak juga hanya bersifat gerak kerja teknikal memasang banner atau memasak lauk dalam kuantiti yang banyak.

Tarbiyah yang paling utama adalah kefahaman dalam bergerak kerja untuk Islam, kefahaman untuk bergerak dalam keadaan teratur dan berorganisasi, kefahaman untuk sentiasa meningkatkan kualiti kerja dan tidak hanya mencetak idea warisan turun-temurun. Tarbiyah akal adalah yang paling utama. Maka adakah kita sudah melakukan perkara-perkara tersebut, sebelum kita bercanda dan galak bertukar-tukar emoticon bersama ahli?


Dengan izin tuan punya status, maka ianya dikongsi di sini.

Jiran Para Syuhada'
Mutah Jordan.

Mansoura Egypt.

Kena tolak tu biasalah.

Bismillah.

Ramadan lalu masa aku mengedar pek berbuka puasa kepada penduduk arab Mutah, aku hulur satu pek pada seorang perempuan arab. Dia menolak tanpa memandang aku sedikit pun dan berlalu pergi. Hati hampa.


Aku terfikir..

Kalau makanan pun ada orang menolak.
Ini kan pula dakwah. 

Biasala tu orang tolak dakwah kita.
Kita, kena terus usaha. 
Jangan putus asa. 

muhasabah di hujung Ramadan. 



#kullunaGhazzah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...