✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Showing posts with label ramadan. Show all posts
Showing posts with label ramadan. Show all posts

Ruh Shiam.

Bismillah wal hamdulillah

Hari ini, 19 Ramadan.
11 Ramadan lagi berbaki

Minggu lalu dalam kekalutan minggu imtihan, sempat murabbi berpesan:

Ingat kan kawan-kawan lain bahawa Ramadan yang sudah berlalu semakin banyak,
Sedang yang berbaki tinggal sedikit.

Hati dipukul rasa.

Allahu Rabbi.. semakin banyak hari Ramadan meninggalkan kita.

Murabbi juga berpesan :

Kalau masih sedikit membaca Quran, perbanyakkan lagi membaca Quran.

Bulan barakah.
Rugi kalau tak guna sebaiknya.
Rugi kalau tak hidupkan.
Rugi kalau biar berlalu sahaja.
Rugi.

Pelaburan yang rugi.

Alhamdulillah,
Sudah dua kali menjadi makmum solat terawih yang diimamkan oleh Duktur Tholib Surairah.
Duktur yang mengajar di jamiah Mutah.
Duktur yang kachak.
Duktur yang bicaranya penuh dengan Ruh,
Duktur yang Hafiz.
Duktur yang mashi hafalannya.

Kagum. Ma sha Allah.

Shahdu mendengar bacaan qurannya. Hari itu, duktur dua kali mengulang ayat dari Surah al Isra. Berkaitan ikram pada ibu bapa. Sengaja dia ulang. Tahu, itu peringatan. Terpukul lagi.

Qunut yang dialun pada witir terkahir malam haritu telah banyak menjatuhkan mutiara halus di pipi para jemaah. Rasa. Sangat menyentuh. Doanya penuh Ruh. Ruh ÷man. Ruh Islam.

Minggu lalu, Duktur mengisi tazkeerah ringkas selepas terawih.

Duktur kata:

Shiam maknawi padanya terdapat Shiamul Qalb.  Puasa hati. Puasakan hati dari sifat mazmumah. Riyak, takabbur, ujub. Dan kosongkan hati dari mengingati selain daripada Allah. 

Sentap dua kali.

Perkara yang paling disyukuri belajar di Jordan apabila dapat bersama dalam majlis ilmu bersama para alim ulama. Tak terkata. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Tak pernah rasa rugi berada di sini.

Doakan. Tinggal setahun setengah berbaki. Moga pulang jadi Permata Ummah.

Ramadan.

Shahdu.

Esok lusa, akan datang entah kan sempat entahkan tidak ketemu lagi,

Rabbana Taqabbal minna Shiamana, wa Solatana, wa Qiamana, wa Sujudana, wa Ruku'ana.

Allahuyabariklana fi Ramadan, wa Balighna Lailatil Qadr.

Tuhan, pilih aku sebagaia tetamu al Qadr.


لعلكم تتقون 

Tetamu Ramadan,
Mutah, Jordan.
6:36 am | 28 Julai 2013


musafer Ramadan

alhamdulillah thumma alhamdulillah

 
ما شا الله

Ramadan yang berlalu, bagai disapa angin bayu. selembut menampar pipi, menguis hati. Ramadan melambai-lambai, persiapan sebagai musleem ditunaikan segera. kini kita saum, mereka juga saum. kita berlapar dahaga di siang hari, begitu juga mereka. mereka inilah yang  jauh nun di timur tengah, asia barat. saudara seaqidah yang tertidas dibumi Allah sendiri. cuma bezanya, kita saum dan yakin akan menikmati hidangan semasa iftar, lalu mereka? 

ustaz, bagaimana dengan puasa saya apabila saya berpuasa dan saya juga berbuka. tetapi saya berbuka tanpa makanan. ? 

mengharukan sungguh soalan ini T_T. akhirnya ustaz terdiam, lalu menagis hibalah dia dimeja tazkeerah itu. berbuka tanpa makanan, puasa apakah itu? sedangkan iftar beerti berbuka. masha-Allah.

saff teraweh yang diamarahkan bagai satu susunan bagunan yang utuh. tegap berdirinya para jemaah. merapatkan kedudukan biarpon masih punya ruang celah diantaranya. maka nikmat itulah dikecapi pada dingin Ramadan yang barakah. dan disitulah, tercipta cinta hati para orang beriman saat mata bertemu mata, tangan berjabat, pipi berlaga, tubuh dirangkul, dipeluk erat, salam dihulur, kabar disapa, hati mula menyentuh. dia dan aku seaqidah. kami sesaudara. masakan tidak, tidak betemu sehari dua sudah mula menyulam rindu yang membara. demikian erat sebuah cinta kerana Allah.

bagai institusi keluarga yang harmoni. pelbagai usia menghidupkan hati. dari sekecil kanak-kanak sehingga keringat tua yang bertongkat. dialah kakak kami, emak kami, dan dia juga nenek kami. tiada ikatan darah yang menyatu, cuma tinggal ikatan iman yang mengalir. saat aku menyebut lafaz jallah jallaluhu, demikian juga kamu. 

imam mengangkat takbeer "Allahu Akbar", dan kami juga demikian. lafaz yang sama kami ungkap, membesar-besar kan zat yang Maha Agung, Allah Rabbul Jaleel. tiada bezanya kita. kita sama. sedemikian itu terciptanyaa cinta atas nama keimanan itu disuntik.

teraweh bukan sahaja ibadah solat bahkan tempat menyatu silaturrahim. memekar ukhwah diladang keimanan. membaja mahabbah dikebun kecintaan kepada Tuhan.

tazkeerah dan peringatan di saji bagai hidangan mewah di malam hari. lebih dari hidangan mewah para pemuka raja-raja. bahkan mengalahkan moreh selepas teraweh. sedapnya ia hingga meluluhkan hati yang mendengar, menggugahkan jiwa yang menghayati. diingat-ingat agar tidak lupa,  disentuh hati agar sentiasa insaf. bertaubat dan memohon ampuanan dari Tuhan.

mengalun kalimah-kalimah Allah di malamnya bagai satu kenikmatan yang tidak terungkap. halaqah kecil dibentuk bertilawah bersama. saling membaiki bacaan, membetulkan tajweed, lalu mengimani setiap ayat yang dibaca. Allahu Allah. inilah ia tadarus di malam Ramadan bagi menghidupkan ia. Sungguh, kenikmatan manakah lagi saat membaca ayat cinta dari Allah, lalu kitalah si pembaca itu. kitalah si pencinta itu. pasti memekar indah menyulam ayat Allah dengan penuh ke-tawadu-kan ke-iman-nan dan ke-cinta-an. 

siangnya bekerja seperti biasa, anak yatim disantuni. hati dibangunkan. disuntik oleh hammasah para pejuang. seerah nabi diteladani. perang Badar di iktibari. kesungguhan mereka diikuti, diserap penuh dalam kehidupan. para sahabatanya bertempur gah di medan perang, dipanas terik Ramadan, lalu mereka peroleh kejayaan atas nama keimanan yang mereka sandar. Allahu Allah, demikian hebat tarbiyah Nabi buat para sahabat, sehebat itu jua roh-roh ditiup, terus gagah menjulang panji Islam. dakwah dan tarbiyah-berjalan lah dikau seperti biasa! 

qiam yang mereka hidupkan di sepertiga malam, sujud bertafakkur menghina diri. dan sedemikian itu sehari-hari di bulan Ramadan. segenap minit di hidupkan dengan amal, dibasahkan dengan zeekerullah, agar terpilih menjadi hamba yang bertaqwa, impian  akhir para mu'meen yang beriman.

dan itulah tujuan utama di bulan Ramadan.

moga kami terpilih menjadi orang yang bertaqwa. sehingga ditemukan lagi pada Ramadan yang akan datang, penuh keimanan dan ke-ihtisaban.


catatan ringkas musafer Ramadan.
24  Ramadan 1433
6 days to go~ T_T


halaqah musleemat after tadarus

 
menghidupkan hati

edar sambil seru~

 
menyediakan hati mendengar dan membasah
 
 
eh btw ni Pasti tempat saya membina iman pada usia 6 tahun. :))
(takde kaitan pon, saja promote~)


::sekian, selamat berpencak di hujung tirai Ramadan::

Jom lari pecut-pecut, nak?

::alhamdulillah thumma alhamdulillah::

bismillahirrahmanirrahim.

btw, bila kita nak bercakap, tolonglah jadi humble, rendah hati dan tawadhu'. jangan cakap nampak sangat kebelagakkannya. yang part ni, memang pantang saya, tak suka oke. sekian :))

tahu, tinggi diri itu Allah tak suka tau. 

kredit: nasihat untuk diri sendiri jugak. sama-sama lah beringat.

i'm going to win! (pic ni sangat berbicara kan?)


Road to Taqwa.~~

sahabat saya di bumi sahara sana, Urdun sudah mula berpuasa esok hari (20 Julai 2012). awal sehari dari Malaysia. seronok lah kan kalian. boleh berpuasa di bumi anbiya, dataran syuhada', sangat hampir seerah yang ada untuk diteladani bersama. (orang Jordan kata: kita seronok ramadan dengan family) ala kullihal, semua tempat sama, berpuasa jua walau dimana kan. bezanya nilai taqwa kita.

Taqwa misi utama yang kita nak capai kan. mari tadabbur semula firman Allah:

[كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون]



"agar kamu menjadi orang yang bertaqwa" (2:183)

highlight sikit taqwa tuh. misi kita semua mahu kejar taqwa kan. 

kata Ubay, ketika ditanya oleh Umar tentang perihal taqwa: 

what is TAQWA?


It was reported that Umar bin Khattab asked Ubay ibn Kaab about Taqwa. Ubay said, "Have you ever walked on a path that has thorns on it?" Umar said, "Yes." Ubay asked, "What did you do then?" to which Umar replied, "I rolled up my sleeves and struggled." Ubay said, "That is taqwa, to protect oneself from sin through life’s dangerous journey so that one can successfully complete the journey unscathed by sin.



ingat senang ke nak capai taqwa tu. bagai berjalan di atas duri dara, paku paka tahu. 

bayangkan bagaimana kita jika mahu lalu pada laluan itu, maka sukarnya sebegitulah taqwa. 



Ramadan lalu, Allah uji dengan kaffarah eksiden. jalan raya yang menyaksikan aksi terbang yang memang tak disangka seawal pagi Ramadan lalu. alhamdulillah, kesannya masih lagi terasa hingga sekarang . sehinggakan parut lama jika dikenang, semakin mengingatkan dosa lalu untuk diinrtospeksi. syukur, diuji.

lalu ramadan kali ini bagimana pula?

rindu menanti kedatangannya. bagai menanti kekasih hati!

mulut kata rindu, hati kata apa?
amal pula bagaimana?
ade rupa orang sedang berindu ke?

iman lebih rela menjawab dari diri sendiri kan.


ya allah, sampaikan  kami di bulan Ramadan. Hidup dan matikan  kami dalam keadaan yang mulia pada bulan ini. Ameeen ya Rabb!

Jom lari pecut-pecut. kendong amal bersama!

ayuh ukhti!


Nota SK:
saja belik kitab fiqh manhaj, 
usha-usha bahagain shaum.
alhmdulillah boleh membaca kitab arab dengan lebih baik.

SK
Melaka.


RAMADHAN: FASA AKHIR INI HAMPIR MENUTUP TIRAINYA



Subhanallah.. pejam celik pejam celik hari ini sudah masuk 27 Ramadan. Bererti tiga hari lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Namun, apakah natijah yang kita perolehi sepanjang menjalani madrasah tarbiyah ini. Apakah kita sekadar mendapat lapar dan dahaga? Atau keasyikkan dalam beribadah kepada Allah? Ataupun anda sendiri mampu menjawabnya. Tepuk dada tanyalah iman.

Rasa berat hati untuk membenarkan Ramadhan pergi, namun tiada siapa mampu menghalanginya. Inilah peraturan alam yang telah Allah aturkan. Mengapa di saat ini aku baru mahu untuk menghargai kedatangan Ramadhan? Hari-hari yang lepas tidak pula aku bersungguh-sungguh meraikan kedatangannya. Ajukan soalan ini kepada diri kita senua. Teringat saya, satu analogi yang saya sampaikan pada majlis tazkirah dua minggu lepas di surau asrama.

ANALOGI RINGKAS

“ Ramadhan ini umpama kawan baik kita yang telah setahun berpisah dengan kita. Suatu hari, kita dapat makluman dia akan datang menziarahi kita selama sebulan. Pada saat itu, pelbagai persiapan kita lakukan. Kita mengemas rumah, berfikir untuk sediakan makanan apa untuknya, nak bagi apa time dia datang nanti dan bermacam-macam lagi idea yang kita nak lakukan.

Tibalah saatnya, dia pun telah sampai ke rumah kita. Bukan main exited lagi kita menyambutnya. Melayannya dengan penuh istimewa. Tiga hari, enam hari, seminggu, dua dan tiga minggu kita hampir melupakan kedatangan istimewanya itu. Tidak lagi kita melayannya seperti di awal kedatangnnya yang lalu.

Hari ini, lebih kurang 12 jam lagi dia akan pergi. Mungkin pemergiannya ini untuk selamanya. Barulah di saat ini kita merasa sayu untuk melepaskannya, menyesal tidak menghargai sepenuh kehadirannya yang singkat itu. Namun segalanya tidak mendatangkan apa-apa, kerana dia tetap juga akan pergi.

Begitu juga dengan Ramadhan. Masih ingatkah kita bagaimana disaat awal kedatangannya. Poster, banner ditampal dan digantung tanda untuk mengizzahkan Ramadhan. Hari pertama bersolat terawih, soff jemaah hampir ke pintu belakang masjid, penuh dengan makmum yang hadir bersolat ketika itu. Majlis tadarus dipenuhi ramai. Namun hari berikutnya, bilangan ini semakin berkurang. Hari demi hari, tiada lagi izzah di bulan barakah ini.

Tiba pada detik ini, baru kita tersedar bahawa Ramadan bakal pergi. Hati-hati yang gersang mula menyesal tidak memanfaatkan Ramadhan sebaiknya. Di dalamnya pula, penuh dengan kelalaian dan kemaksiatan. Oh Ramadhan! jangan pergi meninggalkan kami."

Segalanya sudah terlewat. Gunakan masa yag berbaki ini sebaik mungkin. Moga diakhirnya kita mendapat keberkatan dari Allah.

MEMBURU AL QADR

Firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar (1) Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3) Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut)(4) Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(5)
         -al Qadr: 1-5-


Malam yang Allah janjikan lebih baik dari seribu bulan. Maka, beruntung bagi mereka yang memburu untuk mendapatkannya.

Allah menjadikan malam yang istimewa ini sebagai bonus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana jangka hayat umat kini adalah tidak panjang seperti umat-umat dari kaum-kaum yang terdahulu yang mampu beribadat bertahun-tahun lamanya. Allah permudahkan ianya lagi dengan menjadikan malam istimewa ini pada malam yang ganjil disepuluh malam terakhir. Ada pula riwayat yang mengatakan ianya berlaku pada 27 Ramadhan. Dan ada juga mengatakan ianya berlaku berdasarkan tarikh bermulanya awal Ramadhan dan beberapa lagi pendapat ulama yang lain.

Pada malamnya pula suasana sekeliling kelihatan tenang, tidak pula panas dan tidak pula sejuk. Suasananya hening, sunyi dan teneram. Keesokannya pula matahari tidak terlalu panas, dan keadaan ini berteruan sehingga terbitnya fajar. Alangkah bertuahnya kita kerana terlalu banyak petunjuk yang telah diberikan untuk mendapat Al Qadr ini. (rujukan beberapa buah hadis)

Pada saat itu, turunnya malaikat secara berbondong-bondong mengucapkan salam sejahtera kepada mumin yang bangun menghidupkan malam tersebut. Abu Hurairah menyifatkan, banyakknya bilangan malaikat itu melebihi pepasir yang berada di bumi ini.

Meskipun begitu, hanyalah mereka yang inginkan kepada Al Quran sahaja yang memperolehinya. Masakan orang yang menolak Al Quran, menolak hukum yang Allah tetapkan di dalamnya merasai kelebihan ini. Pasti ianya hanya untuk mereka yang cintakan Al Quran dan benar-benar mengkehendaki malam tersebut. Inilah mukjizat agung, mukjizat terpelihara.

“Maka carilah ia sungguh-sungguh pada sepuluh malam yang terakhir” –al bukhari-


MASIH ADAKAH LAGI WAKTU


Masa semakin menghampirin kita. Namun, gunalah masa yang berbaki ini sebaik mungkin sementara masih ada lagi waktu untuk kita beribadah kepada Allah, mengharap maghfirah dan rahmat dari Nya.

“ KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA”

Inilah tema Ramadhan yang dibawa oleh LADAR PERKEMAT 09/10. Tersenyum saya taktala teringat peritiwa untuk mensyurakan nama tema ini dalam meeting Ihya Ramadhan Ladar sebulan yang lepas. Tema ini penuh dengan makna bagi yang menghayatinya. Hanya diri kita sendiri sahaja yang mengetahui sejauh mana Ramadhan kali ini bermakna ataupun tidak buat kita. Moga Allah mempertemukan bulan kerinduan ini pada tahun hadapan. Itupun andai Allah masih memberi kesempatan untuk kita hidup di muka bumi ini.

Allahumma innaka 'afuun karim, tuhibbul 'afwa fa’fuanna..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...