✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Ruh Shiam.

Bismillah wal hamdulillah

Hari ini, 19 Ramadan.
11 Ramadan lagi berbaki

Minggu lalu dalam kekalutan minggu imtihan, sempat murabbi berpesan:

Ingat kan kawan-kawan lain bahawa Ramadan yang sudah berlalu semakin banyak,
Sedang yang berbaki tinggal sedikit.

Hati dipukul rasa.

Allahu Rabbi.. semakin banyak hari Ramadan meninggalkan kita.

Murabbi juga berpesan :

Kalau masih sedikit membaca Quran, perbanyakkan lagi membaca Quran.

Bulan barakah.
Rugi kalau tak guna sebaiknya.
Rugi kalau tak hidupkan.
Rugi kalau biar berlalu sahaja.
Rugi.

Pelaburan yang rugi.

Alhamdulillah,
Sudah dua kali menjadi makmum solat terawih yang diimamkan oleh Duktur Tholib Surairah.
Duktur yang mengajar di jamiah Mutah.
Duktur yang kachak.
Duktur yang bicaranya penuh dengan Ruh,
Duktur yang Hafiz.
Duktur yang mashi hafalannya.

Kagum. Ma sha Allah.

Shahdu mendengar bacaan qurannya. Hari itu, duktur dua kali mengulang ayat dari Surah al Isra. Berkaitan ikram pada ibu bapa. Sengaja dia ulang. Tahu, itu peringatan. Terpukul lagi.

Qunut yang dialun pada witir terkahir malam haritu telah banyak menjatuhkan mutiara halus di pipi para jemaah. Rasa. Sangat menyentuh. Doanya penuh Ruh. Ruh ÷man. Ruh Islam.

Minggu lalu, Duktur mengisi tazkeerah ringkas selepas terawih.

Duktur kata:

Shiam maknawi padanya terdapat Shiamul Qalb.  Puasa hati. Puasakan hati dari sifat mazmumah. Riyak, takabbur, ujub. Dan kosongkan hati dari mengingati selain daripada Allah. 

Sentap dua kali.

Perkara yang paling disyukuri belajar di Jordan apabila dapat bersama dalam majlis ilmu bersama para alim ulama. Tak terkata. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Tak pernah rasa rugi berada di sini.

Doakan. Tinggal setahun setengah berbaki. Moga pulang jadi Permata Ummah.

Ramadan.

Shahdu.

Esok lusa, akan datang entah kan sempat entahkan tidak ketemu lagi,

Rabbana Taqabbal minna Shiamana, wa Solatana, wa Qiamana, wa Sujudana, wa Ruku'ana.

Allahuyabariklana fi Ramadan, wa Balighna Lailatil Qadr.

Tuhan, pilih aku sebagaia tetamu al Qadr.


لعلكم تتقون 

Tetamu Ramadan,
Mutah, Jordan.
6:36 am | 28 Julai 2013


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...