✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Tuhan Mengerti. Pasti.

Peti masuk di buka

Senyum.

Dari seberang sana dia mengirim pesanan ringkas.

Maafkan saya. Ingin menjaga hati.
Juga turut tidak mahu melukai dan dilukai.
Saya tidak pasti bagaimana saya di hati saudari.
Namun saya pasti bagaimana saudari di hati saya.
Saya juga manusia.

Dua kali saya ulang membaca.

Simbol kembali saya sentuh.

Tafakur seketika.

Menyusun ungkapan suci.

Lalu mengalun di antara dua bibir ini.

Allahumma solli ala Muhammad.

Saya juga pasti bagaimana kamu di hati saya.
Tetap sama tidak berubah, dengan izin Yang Esa.

Hati saya mengumam perlahan.

Tidak tersusun dengan aksara huruf
Tidak tertulis dengan jari jemari
Tidak terhantar lewat pesanan ringkas
Hanya terpahat di hati
Moga kamu mendengari.


Bayt Kauthar, Mu'tah
11/5/2013 | 8:27 PM

Nota SK:
Ini bukan sebuah kisah percintaan teruna dara,
Ia kisah sebuah persaudaraan yang penuh cerita suka hiba.
Tuhan mengerti saat kita ikhlas mengasihi.
Kerana Ilahi. Pasti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...