✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Fasa Tajdid: Wasilah Semak Imbang


bismillah wal hamdulillah. 
Saidina Umar pernah bertanya kepada para sahabatnya:

"Kalaulah aku melantik seorang pemimpin yang baik untuk pemimpin pembantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah ini dengan baik.?"

Para sahabat menjawab: "Sudah tentu wahai Amirul Mukminin."

Jawab Umar: "Tidak sama sekali, selagi mana aku belum memastikan pemimpin yang baik itu membuat kebaikan. "

****
 لا يوجد حلاوة الأخيرة رجل يحب ان يعرفه الناس
Tidak mengecap kemanisan akhirat, dia yang suka terkenal dalam kalangan manusia.

-Bisyr Ibn Harith-
 ****
Kemahsyuran itu peluang untuk jadi bodoh dengan hilangnya kesempatan belajar kerana sibuk tertampil.
 -Salim A.Fillah-
****

Sinonim dengan sifat pemimpin itu seperti mana Tuhan bertitah dalam KitabNya yang azim: Al Qowiy dan Al Amin.


Pilihanraya Kampus (PRK)

Fasa tajdid.
5 hari yang dikira beban itu berlalu mudah.
Pergi dengan tenang.
Bermula dari hari penamaan calon sehingga selesai muktamar tahunan.
Allah menenteramkan hati dari bisikan halus para syaitan. 
Dialun-alun tasbih agar tiada yang suci sesuci Allah. 
Tiada yang tinggi setinggi Allah. 
Sungguh pada amanah ini padanya hanya kekesalan. 
Bila mana ia tidak ditunai dengan  penuh pertanggugjawaban.

Sungguh ketika mana makhluk gah bernama gunung serta bumi yang sarat isi kandungnya dan langit yang terbentang meluas itu; taktala Tuhan serah amanah ini buat mereka, katanya mereka tidak mampu. Nah Tuhan beri pada manusia, ternyata mereka zalim lagi bodoh. Itulah dia namanya pemimpin. Si pemikul amanah! Si bodoh lagi jahil !

Musim yang mengusik jiwa dan perasaan itu berlalu dengan semudah aturan Allah. Secantik rencanaNya. Tipu kalau aku katakan hati aku keras membatu, tidak berperasaan. Saat kita diiklan depan khalayak, mahu diraih undi, mahu dipromosi pada rakyat, mahu ditunjuk kredebiliti dan personaliti diri. Aku tertunduk, tentu sekali aku malu. Aku tentu sekali tidak layak. Tapi Tuhan atur sebegitu, aku gagahi, aku turuti.

Medan realiti.
Medan tajdid.
Wasilah Islah. 
Dididik berjiwa besar,
agar berhati kental.

Wasilah.
Saat bermain dengan emosi dan hati.
Tentu sekali aku turut menjuarai.
Tapi itu tidak lebih penting dari rasa yang mencengkam diri.

Rupanya Allah beri satu jalan
Untuk sembang dan imbang
Renung dan muhasabah
Wasilah ini mentajdid hati,
Wasilah ini mengislah diri.

Tuhan kabul, Dia tahu yang terbaik. Malah, Dia tahu yang terbaik dari segala aturanNya. Dari A hingga Z semuanya berada dalam genggamannya. Tuhan Maha Hebat.

 Aku senyum, aku bangga, aku bahagia !

Buat adinda, 
Teruskan langkah perjuangan,
Sentiasa bersemangat.
Dengan izin Tuhan,
Aku sentiasa di sisi
Tika mana kamu perlu
Tika mana kamu  mahu
Selagi nyawa belum dikerongkongan
Selagi itu aku sanggup berkorban
Asal sahaja namanya perjuangan.

In sha Allah.

Moga Allah nilai ia sebagai ibadah. 


Kenangan semalam, bisakah aku lalui tanpa tangis yang merobek sanubari.Ecehh ! ^^

Gambar Kiri: Mantan Calon Presiden & Presiden PERMATA

Berdebat dengan mereka yang hebat, bagaikan si semut hitam tersepit di tengah batu besar di gelap malam yang gelap pekat. HEHE ^^

 


Poster kenangan~
"Dunia ini kalau mahu dilihat manusia, lebih baik kembali pada Pencipta buat selama-lamanya."



Inilah tuannya, adinda yang dikasihi kerana Allah,
Timbalan Presiden II



Berakhir sudah fasa ini. :')

Mantan mundar-mandir,
Alhamdulillah, ada juga ruang kerja yang boleh sumbang untuk Islam.

Mutah, 
19 Mac 2013



[Dalam Dekapan Ukhuwah 2 # Iman Tak Sendiri]

[Dalam Dekapan Ukhuwah 2 # Iman Tak Sendiri]

"Injak kepalaku ini hai Bilal!"
"Demi Allah ku mohon injaklah!"

Abu Dzar Al-Ghiffari meletakkan kepalanya di tanah berdebu.
Dilumurkannya pasir ke wajahnya dan dia menunggu penuh mengharap terompah Bilal segera mendarat di pipinya.

"Ku mohon Bilal saudaraku, " rintihnya
"Injaklah wajahku. Demi Allah aku bergarap dengannya Allah mengampuni dan menghapus sifat jahiliyah dalam jiwaku."

Abu Dzar ingin sekali menangis. Dia menyesal. Dia sedih. Dia takut.
Dia marah pada dirinya. Dia begitu lemah berhadapan dengan hawa nafsunya.
Maka dengan kepala berselaput debu dia mengerang,
"Ku mohon injaklah kepalaku!"

Sayang, Bilal terus menggeleng dengan mata berkaca-kaca.

Peristiwa itu memang menjadi kekesalan Abu Dzar pada Bilal.
Dia merasa Bilal tak mengerjakan sebuah amanah dengan utuh.
Abu Dzar kecewa dan sayang, dia tak dapat menahan diri.
Dari lisannya terlontar kata-kata kasar.
Abu Dzar sempat berteriak melenting,
"Hai anak budak Hitam!"

Rasulullah yang mendengar herdikan Abu Dzar pada bilal itu memerah wajahnya.
Dengan bergegas bagai petir menyambur, baginda hampiri dan menegur Abu Dzar.
"Engkau!"
Sabdanya dengan telunjuk mengarah ke arah Abu Dzar,
"Sungguh dalam dirimu terdapat jahiliyah"

Maka Abu Dzar yang dikejutkan hakikat dan disergap rasa bersalah
Dia lantas bersujud dan memohon Bilal menginjak kepalanya.
Berulang-ulang dia memohon.
Tapi Bilal tetap tegak mematung.
Dia marah tapi juga haru.
"Aku memaafkan Abu Dzar Ya Rasulullah" kata Bilal.
"Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."

Hati Abu Dzar rasanya perih mendengar.
Alangkah lebih ringan andai semua ini ditebusnnya di dunia.
Alangkah tidak nyaman menelusuri sisa umur dengan rasa bersalah yang tak terlupakan.

Demikianlah Abu Dzar, sahabat Rasulullah yang mulia.
Adapun kita, dengan segala kelemahan dan kealpaan dalam menjaga persaudaraan
mungkin tak hanya satu jari yang harus ditelunjukkan ke wajah kita
Lalu sebuah kesedaran menyentak,

"Engkau! Dalam dirimu masih terdapat jahiliyah!"

DDU, Salim A.fillah.



Mutah,
1/3/2013
Road to AGM~

Dia kan daei, bukan aku.

Henset ditenung
Kalender gadjet bajet itu di sentuh
Dikira perlahan,
esok, lusa, tulat, ...
huhhh...
dia mengeluhh panjang
haduhh. tak sempat minggu ni !

********

tit tit.
ukhti, bila kita nak buat usrah?

eheh, comel nya anak usrah aku
hantar masej tanya usrah.
sengih dia panjang.
sebagai kakak dan naqibahh yang baik
dia membalas dengan bahasa keibuan

adik sayang,
dah makan ke tu? sihat?
pasal usrah nanti ukhti bagitahu kemudian ya
sehari dua ini ukhti sibuk la syg
jaga diri baik-baik tau.
*kenyit mata* 

papan keyboard laju ditekan
ruangan 'dalam kotak' facebook di buka
sengih memanjang
sesekali gelak sakan
ditenung lima enam saat memikir sesuatu
dapat.
dia tulis laju
sambil sengih yang masih belum kendur dibibir
dia sambung gelak
keh keh keh
gelak seorang
rakan bilik melirik ke arah nya
macam tak sedar
gila apa roomate aku. huh

asyik membalas ayat cinta
berbalas bahasa puitis
entah apa di borak,
entah apa disembang

tit tit..
ok ukhti, takpa ja. nanti dah free ukhti bagitahu tau
rindu nak dengar tazkirah ukhti
rindu nak dengar tasjik DnT ukhti
basah hati! bye~

hihih. aku cakap dah.
mesti dia suka punya aku cakap
kejap lagi cari kata-kata lain nak hantar kat adik-adik usrah aku.
sengeh!

mata beralih laju ke skrin komputer
menyambung perbualan masej
membalas ayat-ayat cinta sang kekasih 
sambil gelak dan sengeh sendirian
dia menekan laman sesawang DnT yang menarik
mengutip bicara-bicara dakwah para duat
sesekali dia membelek naskhah quran di meja
membaca terjemahan ayat
buat kongisian anak binaannya
ditaip satu-satu
butang 'send' ditekan
disetiap akhir kalamnya dia menulis
'Moga menjadi daei ila Allah'

buku catatan dikeluarkan
menulis di helain kosong
dengan tulisan yang sederhana besar
remainder !
buat usrah minggu depan!

kemudian dia menyambung sengeh dan gelak
sambil hanyut dan mabuk dalam cinta puitis 'sang daei'~

Check n Balance.

*DnT : Dakwah dan Tarbiyah

Mutah
26/2/2013

mood: melihat daei zaman sekarang.


Dalam Dekapan Ukhuwah #1: Kekasih hati

Allahumma solli ala Muhammad Mustafa Habibina

As Siddiq
sedemikian itu gelaran buat teman karibnya
insan yang sentiasa di sisi taktala susah mahupon senang
teman yang akrab rapat sungguh dengan jantung hatinya
sentiasa membenar kan katanya kalaupun saat itu tiada siapa yang pecaya
bertapak bersama membelah malam nan gelap menemani sang kekasih hati
saat baringan kekasih hatinya dialas dengan peha
ditutup baki lubang kecil itu dengan sandal kakinya
ditahan kerut bisa sengatan taktala dipatuk sang haiwan
mengalir menitis lembut basahan air matanya yang berguguran jatuh dipipi sang kekasih
ahhh, aku tidak mahu kekasihku tersedar
badan dan jasadnya letih perlukan rehat
bertahan lah diri bertahanlah!

akhirnya kekasihnya itu tersedar
'ada apa denganmu wahai Abu Bakar?'
'ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah!
Aku telah disengat.'
Sang kekasih meludah kecil ke arah As siddiq
takjub, bisanya hilang!

di selatan Kota itu mereka beriringan
mendaki bebukit tinggi yang sulit didaki dan banyak batuan
hingga kaki sang kekasih itu melecet kesakitan
Sang Nabi digendong teman karib nya hingga ke puncak
itulah Gua Thur menjadi titik kenangan kaqraban persaudaraan

misi buruan sang kekasih masih belum selesai
andai berjaya ditangkap entah kan dicincang dipenggal
tawaran harta ditawar diheboh diiklan
andai sahaja sang kekasih ketemu ratusan unta sebagai imbalan
di setiap penjuru dicari diburu
di lereng di bukit di lembah semuanya dituju

as sidiq cemas
saat mereka sang pengkhianat dibibir pintu gua
berdiri cegat benar dihadapan tempat pensembunyian
dia berkata:
'wahai Rasulullah, andai sahaja salah seorang dari mereka menoleh ke bawah
pasti dia dapat melihat kita'
sang kekasih berkata:
'Diamlah wahai Abu Bakar,
Kita memang berdua, tapi Allahlah pihak ketiganya!'

dalam dekapan ukhuwah, seerah nubuwah sangat membekas di jiwa.
andai sahaja diberi peluang
ingin aku menjadi seperti dia,
kekasih hati Nabi, as Siddiq!

Raheeq Makhtum,
Mutah 11:35PM


Sikit, Allah kasi banyak!

Bismillah walhamdulillah

Diambang imtihan yang masih belum selesai,
ditunda dek salji yang mencurah
ditambah pula salji lebat yang gebu di dataran Syuhada'
dan dipanaskan lagi dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR#13

wahhh sangat mengujakan untuk tekun, itqan, juhud untuk mengulangkaji. fuhh.

sekejap naik sutuh main salji,
sekejap intai-intai facebook tengok isu terkini,
sekejap tengok dengan tekun buku-buku ini. heh!
sutuh : (bumbung rumah berbentuk mendatar petak)

sedemikian itulah ceritanya di sini.
teruja melihat lambakan dan banjiran umat manusia di stadium merdeka
seolah menyaksikan himpunan rakyat Mesir di dataran Tahrir mereka
seramai mana mereka, sebegitulah anggaran yang mampu dinisbahkan.
jasad di sini, hati di sana! pfff.


.........

"Tangan yang menghulur lebh baik dari yang menerima"
"Siapa yang berbuat kebaikan Allah akan ganjarkan kebaikan buat mereka"
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menola kepapaan.
-an Nurain-

"Barangsiapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup, dan jadikan setiap kegundah-gulanaannya menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka."

(HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)


dinihari yang mencengkam sukma dan jasad menyedarkan saya dari lamunan dingin salji yang menyejukkan. phone cikai samsung mini pocket berbip beberapa kali. lock screen saya  buka.

jam 4.00 pagi.

ouhh, masej whatsApp dari bang ngah.
kemudian berbip lagi,
kali ini group 'usrati' dalam application whatsapp saya pula
masej dari kak long.. :)

"Ira, tadi busu datang beri duit zakat." [busu: kembar abah.]
tidak sempat membalas, masej yang sama dihantar oleh kak long.

hanya membalas ringkas,

"alhamdulillah, berapa tu"
"Rm ......."
"alhmadulillah, nanti tolong ucapkan terima kasih kat busu ye"

senyum syukur, kemudian mata kembali terpejam, entah ayat apa dibalas kak long pun tidak pasti.
lena. awal lagi untuk Qiam, Subuh selewat 6.15 pagi. :D bisik dalam hati.

thumma alhamdulillah.

pagi itu saya bangkit kembali, menolak selimut tebal ke tepi. menyegerakan langkah ke bilik air. heater air saya hidupkan suiznya. mengangkat wudhu' membasuh muka. bersugi mensucikan jasad.

masej pagi tadi masih terngiang, kembali senyum.
mana ada orang yang tidak gembira diberi wang bukan.
dapat pula, buka mata tersedia duit.
syukur.

teringat beberapa hari lalu, bulan lepas. specifically tahun lepas, penghujung tirai 2012.

kata mak, 
"uda, duit zakat TAPEM dah masuk."

again, alhamdulillah. borong kitab-kitab, spend Rm1000 untuk kitab sahaja.
tapi sedih, rak takde.

"mak, duit nanti, mak bagi adik-adik sorang RM20 ye. Dan RM 50 untuk dua orang anak buah, iman dan alia."

mak telefon kembali,
"uda, dalam bank uda ada baki RM 1000 lebih. ada orang beri ke?"
muka terkejut. "eh, tak la mak. baki haritu memang banyak tu je."

komfem. memang ada orang beri. tapi tidak tahu siapa yang masukkan.

alhamdulillah.
alamdulillah kan. saya keluar hanya RM110 untuk adik saya tiga orang dan dua orang anak buah saya. tapi Allah pulangkan semula lebh dari yang saya keluarkan.

sehari atau dua hari kemudian, kak long pula guna duit saya sekitar RM200 sumting untuk beli barang. sementara tunggu alaun bulanan nya masuk.

baru-baru ini tergerak hati masej dengan kak long.
"along, duit tu tak payah la bayar. ambik je"
"eh, kenapa?"
buat terkejut pulak.. padahal suka kan.. hehh

"saja, sedekah :)"

dan memang bukan kebetulan, hari ini pakcik saudara saya datang beri duit zakat kepada saya. Allah ganti kembali apa yang saya keluarkan, walhal saya tidak mengharap walau apa jua balasan. Namun yang baik tetap Allah balas baik. Alhamdulillah.

"Lalu nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (Ar Rahman)

alhmdulillah rezeki Allah datang dari arah yang tidak disangka.
dengan hal itu, agar aku tidak kufur!

Lazimi istighar.
Lazimi dhuha
Lazimi Solat taubat
lazimi selawat
Lazimi solat rawatib

dan lazimilah sebanyak mana amalan sunnat yang ada. moga dengan kebaikan itu, Allah limpah luaskan lagi nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya!

pokoknya: jangan berkira ^^kalau buat baik jika berkira baik buat jahat! heheh! (tak baik sebenarnya)

al-faqierah ila Allah,
Winter Mutah
12 Jan 2013!

[hah 2013! im 23 oke.. :) ] kenapa macam baru perasan.. lol!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...