abah.. ingin sekali uda nukilkan tentang mu disini.
agar dunia mengerti bahawa abah lah hero,
permata hatiku jejaka pertama dalam hidupku ini.
"ermm betol ke uda nak sambung belajau kat Jordan ni."
"betul lah abah, abah jangan risau, pasal rezeki duit tu, insha Allah ada. "
"ok lah. pergi lah ye. abah tak kisah pun.."
ABAH. dialah insan yang selalu memberi diri ini semangat, dan taujihat. teringat di awal pengurusan untuk ke Jordan, pada mulanya abah agak berat untuk lepaskan saya pergi ke sini. kerana bimbang soal duit. mak pada ketika itu telah tekad tidak mengizinkan saya ke bumi itu. gugur lagi air mata ini. dalam diam, doa ini dipanjat, moga Allah mengkabulkan permintaan si hina ini. akhirnya bila bicara dengan abah, alhamdulillah abah sungguh positif. terima kasih abah!. dan berkat dari kuasa abah sebagai bapa, dan suami buat emak: akhirnya mak pun merestuinya juga.
dan ternyata rezki Allah itu dimana-mana. saya menerima zakat dari seorang hamba Allah dengan nilai yang agak besar. subhana Allah. saya melihat sujud terakhir abah yang begitu lama pada satu solat fardhu.. dan abah, sungguh besar jasamu buat diri ini.