✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

Tsunami Politik Melayu!



*mud sedang membaca dan mengupas isu-isu semasa di Malaysia.*
Astagfirullahal aziimm. Tiada lafaz lain yang mampu saya ucapkan bila mana mengetahui perkara tersebut. Saya sendiri pun agak serabut dengan dunia politik hari ini. Baru-baru ni selepas satu demonstarsi yang meminta Anwar Ibrahim untuk menyerahkan ujian DNA nya, kemudian yang terkini ada satu dakwaan terhadap video seks Anwar. Tuduhan yang dibawa oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk T. Siapakah Dato' T ini?
Saya tidak berhajat untuk mendedahkan siapakah beliau ini (beliau lah sangat, xsesuai!), Namun yang pasti beliau merupakan seseorang yang ada kaitan dengan politik Negara. Bolehlah kiranya mencari beliau ini melalui mana2 sumber yang boleh dipercayai.
Terlalu banyak cerita berkaitan ini. Berita-berita tempatan pun tidak kurang hebat mengupas isu ini termasuklah siaran swasta astro awani mahupun bernama. Hingga tidak larat untuk saya mendengar kekhilafan media yang membuat liputan. Kebanyakan akhbar pun lebih kurang sama saja isinya, dan ada lah ditokok tambah yang diletakkan bagi menyedapkan cerita. Alahaiii, taktik yang sudah lapok lah wahai kerajaan!! Lalu, saya mengambil langkah selamat untuk membaca Harakahdaily, yang lebih bersifat telus. Insya Allah.
Mari kita lihat apakah yang cuba dimainkan oleh kerajaan bersama rejim tenteranya BN?
Kes Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat pun masih lagi tidak selesai, kemudian muncul pula isu yang terlatest, VIDEO SEKS ANWAR. Apakahh ini?? Betapa bijaknya mereka menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Dengan kata mudahnya bagi saya, mereka ini sebenarnya bodoh, tidak berfikiran jauh. Kedua-dua kes ini saling berkait rapat dengan Anwar, Mengapa mesti Anwar? Tidak pula pada pimpinan pakatan yang lain. Agak musykil saya. Maka jelaslah teramat sangat perkara ini adalah satu perkara yang telah rancang. Dengan mudahnya mereka menuduh serta menyebarkan fitnah untuk mengaut kepentingan tertentu. Tidak syak lagi, dasar politik kotor ini cuba dimainkan kerajaan untuk memenangi kerusi pada pilihanraya ke-13 ini.
Politik Melayu Malaysia juga dihidangkan isu liwat yang sangat memualkan, meloyakan serta jijik untuk mendengarnya. Rasuah, jenayah, maksiat sudah terlalu sangat subur dalam negara kita. Mengapakah perkara yang bersifat lucah ini menjadi permainan politik? Apakahh?
THE ENDS JUSTIFIES THE MEANS,
AL-GHAYAH TUBARRIR AL-WASILAH,
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Ketiga-tiga bahasa ini mempunyai satu makna dan maksud yang sama. Ia adalah bentuk politik Machiavelli tanpa mengira halal ataupun haram. Yang penting matlamat terakhirnya dapat dicapai.
Siapakah pula Machiavelli ini?
Beliau merupakan seorang ahli diplomat dan politikus Itali dan juga seorang ahi falsafah suatu ketika dahulu. Nama Machiavelli ini kemudiannya disosialkan dengan hal yang buruk, dengan menghalalkan cara untuk mencapai tujuan. Secara umumnya ajaran Machiavelli menghindar dari nilai keadilan, kasih sayang, kearifan, serta cinta, dan lebih cenderung mengajarkan kekejaman, kekerasan, ketakutan, dan penindasan. Demikianlah politik MELAYU MALAYSIA! Disamakan dengan politik MACHIAVELLI ini.
Dialah makhluk Allah, Machiavelli ni.
Melayu tanpa taqwa sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat nafsu serakah tanpa mengira perhitungan dosa pahala. Melayu tanpa Iman sudah tidak mengenal sang Pencipta yang ESA. Lalu, tidak hairanlah perkara sedemikian boleh berlaku. Padahal Islam sendiri secara terangan telah menjelaskan perkara berkaitan ini. Wahai kerajaan, SEDARLAH!
“Adakah mereka akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti bersama Machiavelli?”
Politik pada asalnya merupakan sesuatu perkara yang murni lagi suci. Islam sendiri mengangkat ia sebagai salah satu aspek kehidupan dan tidak memisahkan ia dari agama. Namun, ia dikotori oleh tangan-tangan mereka yang bukan ahlinya.
Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan"
Bak kata pensyarah saya: Org yg mengambil jurusan agama, terutamnya pengkhususan syariah, boleh rosak aqidah mereka, jika mereka memilih, menyokong dan mendukung UMNO dan seangkatannya. Mengapa ustaz berkata demikian? (boleh fikir2kan)
*tujuan penulisan bukanlah untuk memaksumkan, memuliakan si tertuduh, namun Islam sendiri telah memberikan keadilan untuk mereka yang baik dan tidak terlibat mempertahankan maruah yang difitnah. Kita juga ma’ruf perkara mana yang hak dan yang mana pula yang batil. Sedikit maklumat diambil dari sumber Harakahdaily untuk perkongsian bersama.
KEMBALILAH KALIAN KEPADA ISLAM!

~to acik: sy telah pun m’update blog! J

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...