✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

lagi lagi IKHTILAT..

alaaa.. borak-borak kosong je pon..
saje tanya-tanya kabar..
bukan cakap tepon pon, chating kat FB je..

bole ke ikhtilat antara syabab akhawat ni?

ikhtilat tu menda apa pulak yer? 

ada sorang teman ni kata: ikhtilat tu halawiyat.. saya hanya mampu tersenyum ^_^

dah dalam Islam ni ada ke tidak ikhtilat-ikhtilat ni? 

serabut lah! semua page kat FB nak cakap pasal ikhtilat.

Salju Yang Mengetuk Diri

Syitawi melambai-lambai
Katanya mahu mengundurkan diri
Namun sejuk masih membaluti
Jasad kecil tika menghadap Ilahi..

kali ni saya nak tulis ringkas jer.

sebab malam ni terlalu sejuk, hingga menggigit tulang kaki.

dan hirom (baca: selimut tebal) pula dah sedia untuk memanggil masuk kedalamnya.

cuma nak kongsi satu gambau yang berjaya di snap 2 hari lepas (26.1.12) di Masjid Mazar, Karak Jordan.


eh eh.. apa yang putih-putih tu?
salji ke? wahhhh salji lah.. ^_^

aneh.

taklifat yang terabai

musim cuti fasal awal semakin melabuhkan tirai. beban stress dan serabut menghadapi imtihan nihaei yang lalu di lepaskan semahunya dengan melancong serta bermusafir keserata pelusuk dunia. dan tidak kurang juga ada yang pulang ke tanah air mengubat rindu pada ayah dan bonda.. bestnyaaaa... (jeles jeles.. >.< )

aktiviti dakwah dan tarbiyah pula diisi semahunya bagi memenuhi masa lapang yang terbentang luas. usrah dijalankan setiap minggu. itulah makanan rohoni yang menghidupkan hati. tafsir quran ditadabbur memahami dan menghayati setiap bait ayat suci itu. hadis-hadis nabi dihadamkan, dihafal dan ditasmi' (mendengarkan bacaan) kepada orang lain. buku-buku ilmiah dibedah, mengambil ibrah intisari didalamnya. daurah dan program-program tarbiyah dihidupkan. disemai ukhuwah dan rabitoh. meriahnya bagai dipasang lampu neon disekeling hati. indah serta berseri. hidup dan terang!

ibrah dari kisah..

Salam alaik. moga subur bersama  nikmat Iman dan Taqwa.

baru balik dari hospital askari (kenapa askari yer? sebab doktor-doktor dia pakai baju askar, dan memang askar kat sini adalah doktor..) pelik kan?? pelik tak pelik lah, dah life nya macamni. masalah batuk teruk yang berterusan lebih dari seminggu serta pendarahan di dalam kahak. mungkin sebab musim sejuk kot dan penggunan sobah (baca: pemanas@heater) gas yang dipasang di rumah. 

ala kullihal, alhamdulillah selepas x-ray tadi doktor kata: paru-paru dalam keadan normal dan tak serius. cuma pendarahan kecil yang berlaku dalam salur darah ke apa tadi. entahlah. apapon hamdalah!

maka, post kali ini agak panjang, lebih kurang esei sedikit. hanya secebis pengalaman dan suasana Jordan untuk dikongsi serta ibrah yang mungkin dapat diambil darinya.. ^_^

kau istimewa: ABAH


abah.. ingin sekali uda nukilkan tentang mu disini. 
agar dunia mengerti bahawa abah lah hero, 
permata hatiku jejaka pertama dalam hidupku ini.

"ermm betol ke uda nak sambung belajau kat Jordan ni."
"betul lah abah, abah jangan risau, pasal rezeki duit tu, insha Allah ada. "
"ok lah. pergi lah ye. abah tak kisah pun.."

ABAH. dialah insan yang selalu memberi diri ini semangat, dan taujihat. teringat di awal pengurusan untuk ke Jordan, pada mulanya abah agak berat untuk lepaskan saya pergi ke sini. kerana bimbang soal duit. mak pada ketika itu telah tekad tidak mengizinkan saya ke bumi itu. gugur lagi air mata ini. dalam diam, doa ini dipanjat, moga Allah mengkabulkan permintaan si hina ini. akhirnya bila bicara dengan abah, alhamdulillah abah sungguh positif. terima kasih abah!. dan berkat dari kuasa abah sebagai bapa, dan suami buat emak: akhirnya mak pun merestuinya juga.

dan ternyata rezki Allah itu dimana-mana. saya menerima zakat dari seorang hamba Allah dengan nilai yang agak besar.  subhana Allah. saya melihat sujud terakhir abah yang begitu lama pada satu solat fardhu.. dan abah, sungguh besar jasamu buat diri ini.


setahun yang berlalu

perkara yang paling sedih bagiku apabila tibanya tahun baru ialah: UMURKU semakin bertambah sedangkan amalanku semakin berkurang.

-ibnu masud-


merenung setahun yang berlalu, penuh dedebu dosa dan kekesalan. lantaran apakah yang ingin dimuhasabahkan sepanjang hidup yang sudah menjangkau dua dekad kehidupan.

terlalu bertimbunnya dosaku.
terlalu banyak pula khilafnya.

fikiran ligat mengingati semula nostalgia dan dramatik liku dan rancah kehidupan setahun yang berlalu.

dibumi hijau tarbiyah itu pernah melakar sejarah duka yang meninggalkan parut dihati.
kisah perjalanan sebuah persaudaraan di landasan cemuhan dan caci maki sangkaan.
mata mampu memandang memori duka yang berlaku.
sedangkan hati ranap pilu menanggung derita itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...