✿♥ inni Faqiran ila Allah ♥✿

"thabbit Qulubana, Ya Rabb!"

setahun yang berlalu

perkara yang paling sedih bagiku apabila tibanya tahun baru ialah: UMURKU semakin bertambah sedangkan amalanku semakin berkurang.

-ibnu masud-


merenung setahun yang berlalu, penuh dedebu dosa dan kekesalan. lantaran apakah yang ingin dimuhasabahkan sepanjang hidup yang sudah menjangkau dua dekad kehidupan.

terlalu bertimbunnya dosaku.
terlalu banyak pula khilafnya.

fikiran ligat mengingati semula nostalgia dan dramatik liku dan rancah kehidupan setahun yang berlalu.

dibumi hijau tarbiyah itu pernah melakar sejarah duka yang meninggalkan parut dihati.
kisah perjalanan sebuah persaudaraan di landasan cemuhan dan caci maki sangkaan.
mata mampu memandang memori duka yang berlaku.
sedangkan hati ranap pilu menanggung derita itu.


memaafkan itu bukankah ia lebih mulia dari memendam rasa berterusan
sukarkah melupakan sahaja silap yang tidak disengajakan.
berlapang dada pada yang telah lalu
biar diulit zaman tenggelam bersama kenangan.

والكظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسنين
dan tahanlah kemarahan, dan memaafkanlah sesama manusia, dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(3:134)

barangali sahaja yang menutur tidak semudah yang merasa.
tidak seberat yang menimpa.
tidak sesakit yang menderita.

berlalu sudah zaman itu
terbit pula mentari baru
bulat kan tekad
satukan azam
ikhlaskan niat
islahkan pemikiran
tajdidkan hati
lapangkan jiwa

maafkanlah yang berada disekelilingmu
dunia sudah lama berteriak agar meninggalkan saki baki lalu
kini medan juang menyanyi rancak dipentasnya
kamu dan aku dan mereka
tiada masa lagi bermain dengan hati
sedangkan pertempuran siap siaga untuk diperangi.


berlalu sudah tahun lalu, kini ia berwajah baru.


~wahai Allah, si kerdil ini memohon ampun dan maghfirah dariMu atas dosa-dosa setahun yang lalu, bersama maskiat yang sering menggelapkan hatiku, dan amalan sia-sia yang kerap melalaikan kehidupanku. 
Ampunkan aku ya Allah..

Agar tahun baru ini lebih menambah amalku dan mempertingkatkan keImananku. 
Jauhi aku dari amal yang tidak berbuah dan kata-kata yang lagha. 
ameen..

si kerdil dataran Syam,
Faqierah ila Rabbi.


1 comments:

Assalamualaikum wbt
Apa khabar? Ya Nazirah, masa begitu cepat berlalu lebih2 lagi tanpa disedari sebagaimana diri kita digiring angin!. Janganlah kita jadi seperti ahli kitab Yahudi dan nasaro, apabila telah berlalu jarakmasa yang panjang diantara nabi2 mereka, maka telah kerss jantung2 mereka dari mengingati Allah SWT. Surah AlHadid:16 أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ ﴿Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

Orang Islam kini dilanda penyakit yang menjauhkan dari AlQuran sebagaimana Rasulullah saw pernah meriwayatkan dari Muslim,`....Akan terbit nanti disebelah timur, kaum2 yang dijangkiti oleh bidaah sebagaimana seseorang itu dijangkiti penyakit anjing gila, tidak tinggal suatu pun urat dan tulang, semuanya terkena jangkitan`.
Biasanya, org yang terkena serangan `rabid dog` ini takutkan air sehingga mendengar titisan air pun sudah cukup membunuh jiwanya. Begitulah juga umat manusia kini, begitu `fobia` mempelajari AlQuran dan Hadis sehingga memandang n menganggap mrk yang mempelajarinya adalah `square` atau `diverge` dari Islam! Walhal itulah penawar dan ubat dlm kehidupan kita. Hidup kita perlu dikuatkan dgn ruh dari urusan Allah SWT. Gejala ini berleluasa semenjak runtuhnya Daulah Uthmaniyyah sejak 1924 dimana sistem muamalat, jinayat,siasah, ibadat, syariat byk yang berubah!
Begitu juga dalam situasi dimana kita sering dilonggokan dgn kitab2, buku2, nota2 dsb tetapi agak keberatan utk mengkaji dan menelaah kandungannya. Malah kadangkala dibawa ke hulu dan kehilir seperti perumpamaan dalam Surah AlJumaat:5 مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul berjela2 Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).

Larangan demi larangan apabila tidak diendahkan lama-kelamaan akan zahirlah sifat2 tidak baik dlm diri kita dan sering terlupa. Jika berlaku demikia, jangan kita salahkan takdir jika Allah SWT melupakan kita diakhirat apabila menerima siksaan! Surah AlHasyr:19 وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.
p/s Peringatan bagi mereka yang terlupa!
Wallahualam.

 

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...