dalam dunia ini ada ke yang Allah ciptakan secara kebetulan?
Mamat A lahir pada 12.12.12 dan Mamat B pun lahir pada tarikh yang sama. apakah ia juga dikira satu kebetulan. padahal Mamat A dan B tidak saling mengenali pun. bahkan jauh sekali mereka kembar atau sama ibu yang melaahirkan.
ajaib bukan.
setiap sesuatu yang Allah cipta itu tiada yang kebetulan melainkan terkandung hikmah-hikmah yang tersendiri.
pasti dalam kalangan kita selalu je melalui perkara-perkara yang dijangka sebagai kebetulan bukan?
~tiba-tiba je terserempak dengan kawan lama dekat shopping mall, padahal baru je tadi hati kita terdetik teringat kat dia. tup tup, terjumpa pulak. ouhhh kebetulan tu.
~terserempak dengan dia lah, si A lah, si B lah dalam keadaan yang memang tak disangka-sangka. ouhh kebetulan tu..
dan saya ada jawapan bagi 'kebetulan' dalam sebuah persahabatan mahupon persaudaran sesama muslim.
ia bukan lagi digelar kebetulan tetapi Rabithah.
ye. saya sangat pasti akan itu.
baru-baru ini saya datang ke University Yarmouk, Irbid bagi menghadiri program Anak Melaka.
situasi A:
ketika saya sedang seronok berborak dengan seorang adik ni, bertaaruf dan bersapa bersamanya. dan dalam keasyikan berborak tanpa saya sedar rupa-rupanya dia adalah adik junior sekolah lama saya dahulu. dan ketika itu saya pula memang tengah mencari sosok tubuh "adik" tadi. (wah, dah tahu dia adik sekolah lama, exited bukan main lagi.)
ini kebetulan ke atau rabitoh?
situasi B:
masa borak-borak dengan adik tersebut, saya trylah tanya tentang seorang rakan saya yang turut belajar di sana. kot lah kalau dia kenal kan. ok, jawapannya : dia kenal kawan saya tu, dan mereka serumah! dan dan,, kawan saya tu berada di sekitar kawasan University Yarmouk juga ketika itu. ohooo, memang tak tahu nak cakap apa. ok. dan saya rasa nk jumpa lah kawan saya tu..
situasi C:
saya pon try untuk kol kawan saya tadi, tapi sayangnya tak berjaya. dan adik tadi pon dah cuba hantar masej tapi juga tak berespon. maka, kemudiannya saya menyusun langkah untuk ke masjid berrsolat Zohor, dan suddenly dari jauh saya nampak kelibat kawan saya tadi dari arah masjid... ya Allah.... KAutharrrrrrrrrrrrrrrr!!
memang sangat terkejut. tak sangka saya jumpa juga dia akhirnya.
lalu saya peluk dia erat. ye, saya sangat rindu kan nya.
maka pertemuan kami tadi bukan lagi kebetulan. melainkan ia adalah kesan dari hasil rabitoh. bilamana dua saudara itu saling berkasih sayang kerana Allah, maka perantara antara mereka itulah terjalinnya rabitoh.
cantik bukan susunan rabitah yang Allah aturkan.. :)
cantik bukan susunan rabitah yang Allah aturkan.. :)
tiada lagi ungkapan "KEBETULAN" dalam hidup.
itulah dinamakan rabitoh.
kekuatanya melalui doa. pengikatnya iman.
selalulah dalam merajinkan diri mengamalkan doa rabitoh selepas solat. kerana, melalui doa itulah Allah mendekatkan hati kita dalam mencintai dan menyanyangi saudara kita itu.
hebatkan Allah!
dia mempereratkan ikatan muslim itu melalui kekuatan rabitoh. dan Iman lah wasilahnya. :)
~Kauthar, saya rindu awak ok. :') huhu.
5 comments:
Assalamualaikum wbt
Sebermula hidup kita semua dalam perancangan Allah SWT sejak azali dan bukan secara kebetulan. Surah Alhadid:22 مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya;
Allah SWT telah menciptakan manusia dgn sebaik2 rupabtk dan program masa kehidupan (takwim). ۚSebab itu manusia mempunyai takwim/kalender terbaik (Ahsanutaqwiim) yang telah Allah SWT aturkan bermula sejak dialam ruh sehinggalah ke alam akhirat. Surah AtTin:4 لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
Terpulanglah kpd manusia itu sendiri utk menentukan nasibnya setelah membuat pemilihan... Wallahualam.
http://auramujahadah.blogspot.com/2011/10/saya-masih-muda.html
awk dh bca post sy y ni?
oh baca dah post awak yg gedegang langgau besi kan.. btol3. there re no accident in life.. segalanya sudah tersurat.. nice! :)
tajnur:
syukran kathir atas komentar anda. (nak pgil saydara ke saudari ni) sbb sy tak thu identiti anda. btw, sy suka komentar3 yg mnarik dr anda. terima kaseh atas perkongsian stp ayat quran yg dikaitkan dgn msj yg inginn sy smpaikan.
tp, sekiranya tak keberatan mungkin bole perknlkan diri anda.
barakallahu fik.
Assalamualaikum wbt
Alahai malu rasanya nak perkenalkan. Secara ringkas, nama panggil `nickame` di atas pun boleh sebab tiada menjadi satu kesalahan, nak panggil cikgu pun boleh sebab pernah ambil pendidikan dlm 2 m/p Matematik dan B.Arab, nak panggil ustazah pun boleh (dulu je ngajar agama ), nak nama panggil akak pun boleh dan nak panggil `makcik` pun boleh sebab `anakbuah` pun ramai dan ada yang sebaya dgn Hazirah! Namun apa yang penting hubungan adalah atas dasar ikatan tali Allah SWT dan kerahimanNya. Surah AnNisa:1 وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚDan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat.
Surah AlBaqarah:256 فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
p/s minta maaflah selama ni mencelah tanpa izin!
Wallahualam
ok. syukran kathir. sy lbh selesa pgl akk kot.. btw, satu sentuhan ukhuwah yg sangat mndalam buat sy. walaupun sy tak knl akk, dan sy rasa komfem je akk knl sy kan.. (melalui fb n pnulisan2 sy sblum ni) dn rasa tak aci pula, bila yg mngenali hnya disebelah pihak. mngapa tdk kita lebarkan sayap ukhuwah kita ni kan..
kalo tak keberatan mgkin akk bole pknlkan diri dgn pm inbox sy dlm fb. brgkali saja sy knl akk. dan sy juga ada rasa nk mngenali sosok tubuh yg sering mmberi komentar yg positif dlm blog sy.. (kalo tak keberatan, dan sy sntiasa mnunggu.. )
dan tak perlu minta izin u komen di belog sy yg biasa ni.. sdgkn sy pula lbh mngharapkn komen3. nasihat d lm mmbimbing pnulisan sy ni. jazakillah kheir ukhti.. <3
^_^ jazakillah sudi mnjengah ke blog yg tak seberapa ni..
Post a Comment