air mata yang mengalir diseka
entah berapa kali mata itu membengkak
kadang malu menghadap muka ke cermin
ah tidak comel nya muka bila menangis
tapi lebih rela membiarkan ia mengalir
terasa puas di hati
terasa lepas lelah didada
akukah yang bersalah?
mengapa ukhuwah ini compang camping?
mengapa rabak dan rapuh
puas aku muhasabah
puas aku menyalahkan diri
akulah punca segalanya
mengapa harus mencari kesalahan manusia lain
padahal yang lebih besar khilafnya adalah aku
iman aku lah yang lemah
iman aku lah yang koyak
iman aku lah yang tempang
iman aku lah yang lembik
segalanya berpunca dari iman ku
Allah..
bertapa lemahnya iman aku
membuatkan tempangnya pada ukhuwah ini
cacatnya hubungan ini
tidak wajar aku menyalahkan yang lain
sedangkan ia berpunca dari rapuhnya
iman ku
maafkan aku teman,
tidak ada satu pun salah dari mu
melainkan ianya hadir dari diriku
maafkan aku teman
andai hak mu aku terabai
andai dirimu aku cuai
tegurlah aku
nasihatilah aku
anggap lah aku rakanmu
aku ingin sekali memeluk erat tubuhmu
menikmati ruh rabitoh yang bersatu
kembali mesra seperti dulu
akulah perindu itu..
sedang ku jahit koyaknya hubungan ini
dengan membaiki iman dihati
maafkan aku teman....
dan selayaknya aku memohon maaf kepada Mu wahai Allah,
atas lalai dan cuainya aku memelihara persaudaraan ini...
Allahummaghfirli...
~al faqierah ila Rabbi~
1 comments:
Assalamualaikum wbt
Ukhwah yang dibina oleh Rasulullah saw dgn para sahabat adalah diatas dasar kalimah Allah SWT. Surah AlBaqarah:256 فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus.
Hasil keteguhan tali Allah SWT inilah maka diwujudkan ikatan kekeluargaan dan persaudaraan sehingga tidak ada satu kaum didunia yang dapat menandinginya kerana meletakkkan keutamaan pada Allah SWT dan RasulNya. Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚEngkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka.
Khilaf adalah perkara yang sukar dielakkan oleh mrk yang dinamakan manusia. Sebab itulah kita kena lapang dada dan memberi keutamaan pada kepentingan persaudaraan. Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
Namun sebagai manusia, kita mesti ada sifat kejujuran, menjaga hubungan dan menepati janji2 yang dibina. Itulah yang dibina oleh Rasulullah saw dan para Sahabat krn krisis hidup manusia sekarang ini adalah mengenai kebolehpercayaan. Apatah lagi kebanyakan manusia suka merongkai persahabatan apabila mendapat tawaran yang lebih baik! Surah AliImran:118 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu.
Wallahualam
Post a Comment